Resepi Kek Coklat Mudah Dan Cepat | Disebabkan anak-anak saya memang suka sangat dengan coklat, dan dah macam wajib je ada apa-apa yag berasaskan coklat ni kat rumah. Kadang-kadang bila rajin saya buat kek coklat untuk mereka. Tak ada lah pandai sangat tapi resepi kek coklat yang ni memang sangat mudah dan cepat, boleh (dah rasa rajin) nak buat selalu.

resepi kek coklat mudah

Resepi Kek Coklat Mudah dan Cepat

Resepi ini saya dapat dari adik ipar yang juga anak buah Shaklee saya, Fiza Ratu Nutrisi. Dulu Fiza ni memang menjual kek, sedap sangat dan resepi ini beliau kongsi dengan saya sebab dah tahu anak-anak memang makanan kegemarannya coklat kan *_^  *terima kasih Fiza*

Resepinya kek coklat ni memang mudah sangat. Tak ada timbang-timbang. Cuma sukat pakai cawan je. Dan resepi kek coklat ini boleh dibakar atau dikukus. Cuma bila nak lebih mudah, saya prefer kukus sahaja. Tak perlu nak jaga suhu sebab kalau kukus ni confirm tak hangus bila terlebih masa.

Bahan-bahan kek coklat

Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko (nak sedap pakai vochelle)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (lebih sedap kalau minyak Mazolla)
  • 1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

  • 1 1/4 cawan tepung gandum (saya suka campur sedikit Meal Shakes untuk rasa lemak berkrim – sukatan dalam 1-2 sudu)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C

  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara penyediaan

  • Campurkan Bahan A ke dalam periuk. Masak double boiling seketika untuk memastikan gula cair.
  • Ayak tepung gandum, Meal Shakes, baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) di dalam satu bekas. Asingkan.
  • Dalam bekas yang lain, pukul telur dan esen vanilla (Bahan C) sehingga kembang.
  • Masukkan campuran Bahan A ke dalam Bahan C dan kacau rata.
  • Campurkan Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati. Siap, dah boleh masuk dalam loyang.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih terlebih dahulu barulah dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat tadi. Kukus selama 1 jam.
  • Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak masuk ke dalam kek.

Bahan-bahan dan cara penyediaan topping kek coklat

Bahan-bahan;

  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu mentega
  • chocolate rice untuk hiasan

Cara penyediaan topping

Masukkan susu, serbuk koko dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan teknik double boiling. Kacau perlahan sehingga larut. Tutup api bila coklat mula mendidih dan memekat. Sejukkan sebentar sebelum di tuang ke atas kek. Hias dengan taburan chocolate rice. Atau kalau rajin boleh juga pipingkan topping tu buat corak bunga-bunga bagi cantik 🙂

resepi kek coklat sedap

Senang kan resepi kek coklat ni? Sebab itu saya cakap mudah dan cepat. Rasa pun wallah tau. Sedap sangat. Selamat mencuba!

Nak resepi Meal Shakes lain yang saya selalu cuba?

Boleh klik di sini;

“Ais Krim Meal Shakes Oreo”

“Apam Kasih Sayang”

“Puding Jagung Kastard Meal Shakes”

Jom dapatkan Meal Shakes hari ini. **best**

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin, VitaMoon, dan BabyKawaiiStore

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Resepi Kek Coklat Mudah Dan Cepat
Tagged on:     

4 thoughts on “Resepi Kek Coklat Mudah Dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge