Rawat Sakit Pinggang Dengan Solat | Sakit Pinggang dan jadi masalah biasa je sekarang ni kan. Kalau dulu-dulu selalu dengar sakit pinggang ni terjadi kepada orang tua-tua. Tapi sekarang ni budak-budak sekolah pun dah ramai yang kecik-kecik lagi dah kena sakit pinggang.

Mana tidaknya, budak sekolah pun setiap hari kena menggalas bag sampai 10 kg buku ke sekolah. Orang-orang muda pula banyak masa seharian dihabiskan dengan duduk sahaja di kerusi sambil buat kerja berjam-jam. Lepas tu balik kerja pula stucked dalam traffic jammed juga berjam-jam di posisi duduk yang sama dalam kereta.

Penyelesaian mudah rawat sakit pinggang, balik rumah ambil minyak angin. Sapu-sapu dan urut-urut sedikit terus lega. Itu sahajalah yang mampu diikhtiarkan dengan mudah dan cepatkan? Nak harapkan senaman memang memanjang alasan “TAK SEMPAT

Rawat Sakit Pinggang Dengan Senaman

rawat sakit pinggang dengan senaman 2

rawat sakit pinggang dengan senaman

Banyak kajian dan rawatan yang telah dirumuskan oleh pakar-pakar daripada barat antaranya senaman yang telah ditunjukkan dalam gambar. Kesemua senaman ini melatih atau menguatkan otot-otot dan fungsi regangan tulang belakang kita. Sebelum melakukan sebarang aktiviti berkaitan, kita perlu melakukan regangan otot-otot terdahulu agar otot-otot dan tulang belakang kita tidak terkejut. Sekiranya otot yang menyokong tulang belakang tidak mampu menanggung beban kerja yang dilakukan , tulang belakang akan menanggung beban tersebut lebih teruk daripada biasa.

Namun tak ramai daripada kita yang ada masa untuk melakukannya sebelum bekerja sama ada malas ataupun tiada masa (kalau kes saya…malas nak bersenam) bayangkan anda perlu melakukan senaman setiap hari sebelum melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Rawat Sakit Pinggang Dengan Solat.

Indahnya Islam. Beruntungnya dilahirkan sebagai seorang muslim. Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

solat dan kesihatan
Rujukan dari buku hasil kajian ini

Menurut Dr Fatimah Ibrahim dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

rawat sakit pinggang dengan solat

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

solat rawat sakit pinggang

Daripada hasil kajian tersebut, di dapati terapi solat dengan melakukan gerakan-gerakan solat yang sempurna berupaya mengurangkan tekanan pada pinggang pesakit dan seterusnya menguatkan dan membetulkan kedudukan tulang belakang serta otot seseorang. Gerakan solat yang paling memberi kesan adalah semasa berdiri tegak, rukuk dan sujud. jika diamati dengan teliti, ketiga-tiga gerakan ini boleh ditemui dalam senaman yang dirumuskan oleh barat (seperti di atas). Persoalannya, siapa dulu yang melakukannya? tepuk dada tanya iman anda…

Rukuk yang sempurna iaitu 90 darjah mampu memberikan kesan regangan dan terapi yang cukup dalam membantu rawat sakit pinggang. Ini kerana, ketika rukuk, tulang belakang diluruskan selari dengan tulang pinggul dan kepala. Dalam posisi ini juga, kita akan rasa rehat pada kawasan pinggang dan dalam masa yang sama juga membantu meregangkan otot-otot pada kaki kita. Proses ini seterusnya membantu mengkoordinasikan semula kedudukan tulang-tulang kita dan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan rehat serta tidak dikenakan daya berlebihan yang menghimpit saraf tunjang.

Kedudukan ketika sujud juga ada menyamai senaman yang telah dirumuskan oleh pakar perubatan barat (seperti di atas) antaranya senaman regangan tapak kaki, posisi quadraped dan senaman regangan Lats. Ketiga-tiga postur tadi ada dilakukan dalam sujud semasa solat. Proses senaman atau gerakan dalam solat ini membantu mengembalikan fungsi normal dan berada dalam keadaan rehat otot-otot dan tulang belakang seterusnya memastikan individu tersebut tidak mengalami sakit pinggang

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Indahnya Islam. Merangkumi segenap kehidupan manusia. Semoga sedikit perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada semua yang membacanya.

“Ikhtiar rawat sakit pinggang bersama Shaklee Ostematrix

ostematrix rawat sakit pinggang

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Rawat Sakit Pinggang Dengan Solat

3 thoughts on “Rawat Sakit Pinggang Dengan Solat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge