Rabun Warna Bukan Masalah Untuk Berjaya | Patutlah facebook berlatar belakangkan biru putih sahaja. Saya fikirkan ini warna “professional” ataupun warna biasa korporat. Nampak smart dan kemas bersih. Tetapi ada cerita di sebaliknya.

Mark-Zuckerberg-Facebook

Di sebalik populariti lawan web sosial ini, pengasasnya Mark Zuckerberg sebenarnya seorang lelaki tampan yang rabun warna. Sebab itu juga agaknya beliau gemar berpakaian warna sama sahaja setiap masa.

Menurut New Yorkerkeluaran 20 Sep 2010, banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Mark Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna. Namun ini tidak menjadi masalah untuk berjaya. Sedikitpun tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk beliau memiliki rangkaian Facebook ke seluruh dunia.

Tiada masalah untuk Mark Zuckerberg menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun beliau rabun warna. **kagum**

Apa Itu Rabun Warna?

Berbeza dengan buta warna yang penglihatannya hanya terhad kepada hitam dan putih, mereka yang rabun warna dapat melihat warna-warna yang lain cuma mempunyai masalah untuk membezakan antara warna tertentu. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan pigmen sensitif warna di sel kon retina, iaitu saraf belakang mata.

rabun warna kon dan rod

Terdapat 3 jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih dari sel kon ini.

Seseorang yang rabun warna mempunyai kekacauan warna merah, hijau, biru atau campuran warna-warna ini. Jenis paling biasa rabun warna ialah rabun warna merah-hijau (seperti Mark Zuckerberg), di mana merah dan hijau dilihat sebagai warna yang sama.

penglihatan orang rabun warna

Faktor Rabun Warna

  1. Faktor genetik – Kebanyakan masalah-masalah penglihatan berwarna diwariskan dan hadir semasa lahir. Kira-kira 1 daripada 12 lelaki dan 1 daripada 20 wanita berisiko mengalami rabun warna
  2. Penyakit Mata – bila retina dijangkiti penyakit tertentu, anda mungkin mengalami kesukaran untuk membezakan warna biru dan kuning
  3. Gangguan saraf optik
  4. Kekurangan Vitamin A
  5. Penuaan usia
  6. Pengambilan ubat tertentu – seperti tamozifen sebagai mencegah kanser payudaya

*Sumber*

Pengesanan Awal Boleh Membantu. Lakukan Ujian Rabun Warna.

Walaupun rabun warna bukan satu penyakit atau masalah yang serius, tetapi pengesanan awal boleh membantu individu yang menghadapinya melalui hidup secara normal seperti orang lain.

Pentingnya pengesanan awal kerana ia boleh mencegah mereka yang mengalami rabun warna daripada membesar dengan kekeliruan warna. Seperti contoh, mereka yang menghadapi rabun warna mungkin sukar untuk melihat warna lampu isyarat ketika memandu, tetapi pengesanan awal membolehkan kita membantu mereka untuk menghafal warna lampu yang menyala mengikut turutan.

rabun warna anak-anak
Ibu bapa boleh membantu anak-anak melabel pensil warna mengikut warna yang betul sekiranya anak-anak mengalami masalah rabun warna

Lakukan ujian mengesan rabun warna seawal usia kanak-kanak. Kanak-kanak berumur 5 tahun tentunya sudah boleh mengenal warna dengan tepat dan tahu membezakan setiap warna.

ujian rabun warna 1
Boleh uji tahap keupayaan anak-anak dengan memberikan ujian ini. Dapatkah mereka memberikan jawapan no 12, 2, 42, 74 dan 6?
ujian rabun warna
Ini pula apa perbezaan mereka yang rabun warna akan nampak. Minta anak-anak ceritakan apa yang mereka nampak.

Sekiranya anak-anak gagal memberikan jawapan seperti di dalam gambar 1, dan mampu menceritakan seperti apa yang dihuraikan dalam gambar 2, bawalah mereka berjumpa dengan pakar untuk rawatan dan nasihat yang lebih bersesuaian dengan masalah mereka. Yang pastinya bantu mereka untuk menghadapi kehidupan seperti biasa. Tiada yang mustahil untuk lebih berjaya walaupun mengalami masalah rabun warna.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Rabun Warna Bukan Masalah Untuk Berjaya
Tagged on:     

4 thoughts on “Rabun Warna Bukan Masalah Untuk Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge