Perut Buncit: Seksi atau Seksa?! | Waaahhh… tajuk macam speku je kan? Ada yang sensitif sangat bila sebut “perut buncit”. Benarkah perut buncit itu seksi?  Atau lebih kepada seksa?

perut buncit seksi atau seksa cover

Lelaki Perut Buncit Seksi?

perut buncit lelaki seksi

Ok, saya terkedu seketika masa baca ni. Betulkah? Hmm.. *fikir lagi!*

hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan

Statement ni logik sebab lelaki dah kahwin ni banyak masa kat rumah. Dan isteri dah masak macam-macam, mestilah makan sahaja kan? Waktu bujang dulu agak tak berapa terurus dengan waktu makan dan makan apa sahaja yang sempat. Kadang-kadang makan mee segera je pun untuk save budget simpan duit nak kahwin. Excercise pun dah of course la kurang dah lepas kahwin. Kalau waktu bujang sempat juga nak pergi gym. Tapi kalau dah ada anak, buat “angkat berat” dengan kendong dan timang anak je la kan?

hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan. Cuma 19% kadar penceraian yang melibatkan suami boroi

Eh eh.. statement apa ni? Sapa yang buat kajian? Sumber dari mana ni? Buncit itu seksi? Haissshhh!! Statement tak menahan laa.. cuma nak sedapkan hati mereka-mereka yang mempunyai perut buncit je ni.

Wanita Perut Buncit Seksa?

perut buncit wanita seksa

wanita mempunyai lilitan pinggang yang besar, kajian telah menunjukkan  mereka mengalami risiko penyakit kencing manis dan jantung.

Haaa… statement ni pun buat saya berfikir sejenak. Prejudiskah? Bila lelaki perut buncit dikatakan seksi, tetapi wanita perut buncit dikatakan berisiko mendapat penyakit kencing manis dan jantung. Eh, lelaki kalau perut buncit tu tak ada risiko penyakit ke?

Perut Buncit Tanda Awal Penyakit

Menurut sumber, perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung. Tiada prejudis baik wanita mahupun lelaki mempunyai risiko yang sama rata.

Bagaimana perut buncit boleh berlaku? Salah satu punca utama perut buncit berlaku disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang kurang sihat. Makan secara berlebihan juga salah satu sebab ianya berlaku. Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral yang juga boleh terkumpul di dalam organ-organ badan seperti hati, jantung dan sebagainya. Bahayanya! Sebab itulah semakin buncit perut seseorang itu maka semakin tidak sihatlah keadaan dirinya.

lemak viseral perut buncit

visceral-fat

Ukur lilit perut yang ideal bagi lelaki yang wanita

Ukur lilit yang ideal bagi lelaki normal ialah 90 sentimeter dan wanita pula ialah 80 sentimeter. Ukuran ini perlu dilakukan oleh pegawai kesihatan atau mereka yang tahu teknik mengukur ini. Anda digalakkan berjumpa dengan doktor atau nurse yang bertauliah untuk mendapatkan ukur lilit yang betul atau nasihat yang lebih bersesuaian dengan masalah ini.

Cara mengatasi perut buncit

Ada banyak cara untuk mengatasi masalah ini sebenarnya. Antaranya ialah dengan melakukan :

    • senaman yang konsisten
    • amalkan cara pemakanan yang sihat
    • ikut waktu makan yang ditetapkan

Yang penting, amalkan cara hidup yang sihat dan jaga pemakanan. Lebihkan mengambil makanan yang mengandungi fiber, vitamin, protein. fat burn di samping seiring dengan senaman ringan tetapi berterusan.

set shape up shaklee

Di Shaklee kami ada Set Shape Up yang telah membantu ramai orang mendapatkan shape idaman mereka.Tidak semestinya anda perlu mengambil keseluruhan set ini.  Hubungi kami untuk konsultasi produk mana yang bersesuaian dengan anda.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Perut Buncit: Seksi atau Seksa?!
Tagged on:                         

4 thoughts on “Perut Buncit: Seksi atau Seksa?!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge