Pening Kepala! ~ Aduan Anak Jangan Ambil Mudah | Pernah tak anak-anak mengadu kepala pening, atau rasa macam sakit-sakit kepala? Anak saya suka benar mengadu dan merengek bila disuruh baca buku atau mengulangkaji pelajaran.
“Pening kepala la ibu….“
“Kakak rasa macam tak sihat je bila tengok buku mesti pening kepala..“
Jangan pandang sepi aduan anak-anak ini kerana mungkin ini satu petanda ada sesuatu yang tidak kena. Saya sendiri pada mulanya pun menganggap itu cuma alasan semata-mata. Maklumlah kalau bermain berjam-jam melompat berlari tu tak ada pula peningnya.
Sampailah satu hari, tergerak hati membawanya berjumpa dengan optometrist untuk melakukan pemeriksaan. Ternyata anak saya mengalami masalah penglihatan. Power rabunnya tak ada tetapi rabun silaunya (astigmatisme) terlalu tinggi yang memerlukan pemerhatian pakar. Allahu Akbar! Nasib baik masih terlalu awal untuk kami mengesannya.
Pening Kepala dan Masalah Mata
Pening kepala terjadi apabila otot-otot di sekeliling mata menjadi penat di sebabkan masalah rabun atau rabun silau (astigmatism) di mana lapisan kornea yang tidak rata dan menyebabkan mereka yang mengalaminya menghadapi ketegangan semasa melihat. Imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata ini. Apabila ia berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja. Fokus yang kuat diperlukan sehingga otot-otot di bahagian mata ini menarik sekali otot di bahagian kepala yang membuatkan masalah pening kepala dan kadang-kadang menjadi teruk sehingga menyebabkan kesakitan.
Bagaimana Mengesan Masalah Rabun Silau di Kalangan Anak-anak?
Ada 7 isyarat yang ibu bapa perlu perhatikan yang mungkin petanda anak kita mengalami masalah rabun silau
- apabila anak mula memusingkan kepala atau menyengetkan kepala mereka bila melihat sesuatu
- apabila anak sering pening kepala atau sakit kepala
- kerap mengalami ketegangan mata atau ketidakselesaan mata (sering menggosok mata juga mungkin isyarat yang perlu ibu bapa amik peduli)
- apabila anak mengalami kesukaran untuk memberikan fokus terhadap apa yang mereka katakan (tidak fokus semasa bercakap)
- apabila anak sukar fokus terhadap apa yang mereka lakukan atau lihat
- apabila anak sering mengelak atau melarikan diri dari tempat yang terlalu banyak cahaya
- apabila anak kerap berkedip atau menutup mata demi menghalang cahaya masuk
Tips Mengatasi Rabun Silau
Sebagai ibu bapa, mainkan peranan kita untuk membantu mereka mengatasi masalah rabun silau ini
- banyak menggalakkan mereka melihat benda-benda berwarna hijau seperti pokok-pokok selama 10 minit setiap pagi. Tumpukan hanya pada satu titik fokus sahaja
- hindari mereka membaca buku atau melihat skrin telefon/komputer pada suasana cahaya yang malap atau samar
- memberi mereka pemakanan sihat dengan banyakkan pengambilan Vitamin A yang sememangnya baik untuk mata
- elakkan mereka melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap setengah jam, rehatkan mata dengan memandang ke persekitaran dan pejam celik berulangkali
- beri mereka sumplemen Vitamin A untuk membantu kesihatan mata
Apa yang saya lakukan untuk mengawal masalah pening kepala anak saya ini?
Memandangkan anak saya masih belum di”benarkan” memakai cermin mata sebelum nasihat dari pakar (masih menunggu giliran temujanji dengan pakar) kami berikhtiar dengan memberikannya sumber makanan yang kaya Vitamin A di samping makanan tambahan Shaklee juga.
Saya berikan anak saya Vitalea Chew (klik untuk info lanjut) untuk kanak-kanak setiap hari kerana kaya Vitamin A. Setiap hidangan Chewable Vitalea for Children mengandungi 2500 IU Vitamin A yang baik untuk kesihatan matanya.
Saya juga berikan dia CarotoMax, vitamin mata yang memang baik.
Antara Testimoni CarotoMax dan Kesihatan Mata
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)







