Mengapa Mengantuk Semasa Belajar? | Riuh rendah lagi suasana di rumah saya malam ini walaupun jam sudah berganjak 11:00 malam. Anak-anak masih energetik walaupun siang tadi seharian di sekolah. Pelik bin ajaib. Teringat zaman saya belajar dulu. Waktu begini memang dah selamat “lena diulit intan” dah. Dahlah dari siang lagi dah mengantuk. Kadang-kadang terpaksa dicuit kawan-kawan sekelas kerana mata dah tak boleh nak buka. Tersengguk-sengguk di meja kelas. Mengapa mengantuk semasa belajar ya?
Si sulung saya pun selalu mengadu dulu semasa baru darjah 1. Balik sekolah dah flat. Pergi sekolah pun macam lesu je. Maklumlah ibu waktu ibu masih terlalu sibuk dengan rutin di pejabat. Kadang-kadang terabai keperluan anak-anak. **sedih**
“Ibu.. kakak selalu mengantuk dalam kelas. Kakak rasa dah tidur banyak dah, tapi mengantuk juga semasa belajar”
Masih terngiang-ngiang lagi aduan si kecil ini 2 tahun lepas. Dalam hati selalu saya jawab “ibu pun dulu selalu juga mengantuk semasa belajar. Baru 10 minit buka buku pun dah menguap-nguap lebih 10 kali”
Mengapa Mengantuk Semasa Belajar?
1 – Dehidrasi
Sebab utama ramai yang kurang minum air. Mudah letih dan bekalan oksigen ke otak pun berkurangan. Sebab itu jadi lemah dan mudah mengantuk. Simple sahaja cara mengatasinya, pastikan minum air yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 2 liter. Kalau ada melakukan aktiviti senaman yang lagi banyak berpeluh, minum lebih air masak untuk memastikan badan kekal hidrat.
2 – Mengabaikan Sarapan
Inilah juga yang menjadi punca terbesar mengapa mengantuk semasa belajar. Ramai anak-anak dan para pelajar suka mengabaikan sarapan pagi. Kadang-kadang hanya minum susu sahaja. Kadang-kadang mengikat perut (pelajar IPT selalunya begini), dan budget makan tengahari terus.
Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?
- Memberi tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
- Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai
- Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat
- Meningkatkan pencapaian berfikir
- Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah
- Membantu mereka untuk tidak berkhayal semasa di dalam kelas
- Membuatkan mereka lebih tenang dan tidak gelabah
3 – Tidur Berlebihan
Dengan alasan mengantuk semasa belajar di siang harinya, balik sahaja ke rumah ramai yang terus tidur. Atas sebab ini jugalah mereka tidur lebih lama dan berlebihan pula jadinya. Tidur yang berlebihan sebenarnya boleh melembabkan otak. Memadai untuk tidur sekitar 7-8 jam setiap hari sahaja.
4 – Kekurangan Sel Darah Merah (Anemia)
Pelajar perempuan terutamanya, anemia menjadi punca badan cepat letih dan lemah lebih-lebih lagi semasa datang haid. Sel darah merah amat penting untuk membekalkan oksigen ke seluruh organ badan. Bila kekurangan oksigen, badan cepat penat, sesak nafas, lemah dan kadang-kadang boleh mengundang pening yang membawa kepada pitam.
Masalah ini perlu diatasi segera. Boleh mendapatkan suplemen zat besi untuk membantu supaya tidak berlarutan dan lebih memudaratkan.
5 – Tidak Minat Belajar
Mengantuk semasa belajar juga berpunca dari diri pelajar itu sendiri yang mungkin tidak meminati matapelajaran yang dipelajari. Atau mungkin juga tidak meminati cikgu yang mengajar. Atau juga tidak minat untuk belajar. Bila minat hilang, mula rasa tak semangat, malas, dan mengantuk.
Sebagai ibu bapa, sentiasa doakan anak-anak ini untuk mudah belajar dan senang memahami dan mengingati apa yang dipelajari.
Ikhtiar Atasi Mengantuk Semasa Belajar Dengan Shaklee
1- Untuk masalah dehidrasi : Performance Drink yang membantu mengekalkan hidrasi badan. Saya bekalkan anak saya ke sekolah sepanjang hari.
Terbukti secara klinikal terhadap atlet;
- mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
- memberukan spektrym eletrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
- memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
2 – Sarapan pagi yang lengkap dan mudah ~ Pelbagai pilihan mengikut kesesuaian pelajar. Samaada kanak-kanak sekolah rendah, sekolah menengah atau IPT. Hubungi kami untuk suggestion apa yang bersesuaian dengan anda.

3 – Set Pelajar Pintar
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Sarapan pagi sangat mainkan peranan untuk anak2 kan!
Noriza Rahman recently posted…Hilangkan Rasa Mengantuk di Pejabat
saya lah tu yg selalu tido dalam kelas..sejak sekolah rendah sampai kat U. tataulah sebab apa.. hm,,
Oja Samid recently posted…Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil