Makanan Segera Tingkatkan Risiko Asthma dan Eczema | Zaman semakin canggih sekarang ni. Semuapun nak cepat. Nak kerja laju-laju, nak buat itu ini semua mengejar masa. Nak makan pun cari makanan segera.

Makanan segera memang cepat! Pandu lalu sahaja pun dan boleh settle dalam 10 minit. Balik kerja tak perlu fikir nak masak apa untuk anak-anak. Seronok bila ada solution yang memudahkan cara kan? Tetapi tahukah anda yang makanan segera ini bukan sahaja boleh menggemukkan, tetapi mengganggu sistem imun tubuh badan kita juga.

bahaya makanan segera

Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Makanan Segera Tingkatkan Risiko Asthma dan Eczema.

Menurut satu kajian yang diterbitkan di jurnal Thorax, pengambilan makanan segera boleh meningkatkan risiko asthma, eczema, dan rinitis di kalangan kanak-kanak dan para remaja.

asthma eczema rhinitis

Sebuah kajian antarabangsa yang dianalisis dari peserta-peserta International Study of Asthma and Allergies in Childhood (ISAAC), yang melibatkan setengah juta kanak-kanak dan remaja yang mengambil sekurang-kurangnya tiga kali makanan segera dalam seminggu, mempunyai kaitan yang sangat tinggi menghadapi risiko asthma yang teruk, eczema dan rinitis, iaitu keadaan dimana hidung meleleh juga mata berair dan gatal.

Mengambil makanan segera 3 kali seminggu meningkatkan 39% peratus risiko asthma kepada para remaja dan 27%  di kalangan kanak-kanak berusia antara 6 dan 7 tahun. Mengambil buah-buahan dalam masa yang sama boleh mengurangkan 11% risiko kepada golongan remaja dan 14% pengurangan risiko kepada kanak-kanak. Masih terlalu tinggi kan risiko yang tinggal?

*Sumber*

Bagaimana Makanan Segera Meningkatkan Risiko Asthma dan Eczema?

Di dalam makanan segera mempunyai banyak lemak tepu yang boleh mengganggu sistem imun kanak-kanak dan golongan remaja. Kesannya, mereka lebih sensitif untuk bertindakbalas dengan selsema, alergik, yang risikonya semakin meningkat sehingga terjadinya radang dan membawa kepada asthma, eczema dan rinitis.

Lagipun tiada manfaatpun makanan segera ini kepada kesihatan tubuh badan kita. Hampir semuanya memberikan kesan buruk.

makanan segera bahaya

Set Kesihatan Kanak-Kanak

Vitalea Chewable (promosi beli 3 Percuma 1), Meal Shakes, Vitamin C Chew, Omega Guard

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin, VitaMoon, dan BabyKawaiiStore

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Makanan Segera Tingkatkan Risiko Asthma Dan Eczema

One thought on “Makanan Segera Tingkatkan Risiko Asthma Dan Eczema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge