Kasut Tumit Tinggi: Cantik Yang Sakit | Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik setiap masa? Malah kecantikan dan keanggunan itu jugalah sebenarnya yang menjadikan setiap wanita tampil berkeyakinan.

kasut tumit tinggi

Anda ada kasut tumit tinggi? Berapa pasang yang anda ada? Tumit tinggi dikatakan lambang keanggunan mengikut dunia fesyen wanita. Setinggi tiga hingga empat inci kasut tumit tinggi direka untuk merehatkan tumit pada ‘stiletto’, bergabung dengan rekaan yang agak rumit bagi menampakkan keyakinan diri yang tinggi.

model kasut tinggi

Best ke pakai kasut tumit tinggi? Feeling-feeling tinggi, langsing dan seksi, macam model gitu kan? Tapi tahukah anda, semenjak ianya mula digayakan pada 1630 an lagi, kebanyakan wanita telah mendedahkan pelbagai masalah yang mereka hadapi terutamanya masalah kesihatan tulang di pergelangan kaki, lutut, dan juga bahagian tulang belakang. Jangan terkejut kerana itulah hakikatnya.

Kesihatan Tulang Terjejas

kasut tumit tinggi dan tulang belakang

Menurut Prof Dr John Marymont dari Baylor College of Medicine, Houston wanita yang memakai kasut bertumit 2.5 inci akan memberikan lebih 50% tekanan pada kaki manakala mereka yang berkasut tumit 3 inci akan memberi 76% tekanan.

kasut tumit tinggi dan kesihatan tulang

Kajian yang dijalankan mendapati masalah serius yang dihadapi oleh si pemakai kasut tumit tinggi ini ialah pada bahagian tulang belakang dan sendi-sendi lain seperti pinggul dan lutut.

Memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur badan berubah kerana tumit diletakkan pada keadaan yang tinggi dan pinggul condong ke depan serta menambahkan lengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan miring ke belakang bagi menyokong keseimbangan. Tekanan akan meningkat pada bahagian tulang belakang bawah hingga menyebabkan pelbagai masalah tulang belakang seperti prolaps cakera (disc prolapse).

Dengan keadaan pinggul condong ke hadapan, ia menjarakkan lutut dari yang sepatutnya dan bahagian dalam lutut akan diletakkan dalam keadaan menampung sejumlah besar tekanan, akan membawa kepada osteoartritis. Bukan sahaja sendi akan terjejas, telah dilihat bahawa pemendekan otot betis dan dan tendon Achilles, jika berjalan dengan tumit tinggi. Ini akan meningkatkan kadar kelaziman fasciitis plantar.

10 Senarai Teratas Kesan Lain yang Dideritai oleh Para Wanita :

  1. Lepuh (55%)
  2. Rekahan Tumit  (45%)
  3. Veruccas (28%)- sejenis ketuat yang disebabkan oleh ‘human papilloma virus’ (HPV), yang berlaku pada tapak kaki atau pun jari-jemari kaki
  4. Kematu (24%) – kulit yang menebal; menimbulkan kesakitan
  5. Kuku Mencengkam – (20%) dan kutu air (20%)
  6. Bunion (13%) – kecacatan bertulang pada pangkal ibu jari kaki yang besar
  7. Masalah Sendi  (11%)
  8. Bau kaki yang keterlaluan (9%)
  9. Artritis (8.8%) – keradangan menyakitkan dan kekakuan sendi
  10. Masalah otot (8%)

kasut tumit tinggi sakit

kasut tumit tinggi sakit 2

Credit: Sumber

Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi Tanpa Mencederakan Kesihatan Tulang dan Kaki

  1. tidak memakainya dalam jangka masa yang lama dalam satu masa
  2. mengamalkan beberapa senaman dan regangan kaki selepas memakainya (melunjurkan kaki dan mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan terhadap buku lali)
  3. beri sokongan lebih terhadap tapak kaki dengan memilih kasut tinggi yang mempunyai tapak berbentuk mengikut bentuk kaki sendiri (bukan yang tirus di hadapan sedangkan kaki anda kembang di hadapan)
  4. digalakkan berjumpa dengan pakar orthodik dan prostetik untuk menjalani rawatan manipulasi kaki bagi membetulkan tulang yang sering bergesel untuk membantu mengurangkan geseran.

Tips lain: Boleh juga mencuba

Set Kesihatan Tulang & Sendi dari Shaklee

set kesihatan sendi

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kasut Tumit Tinggi: Cantik Yang Sakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge