Kalori Nasi Goreng Kampung | Sebut kampung ni teringat kampung suami kat Kuala Kangsar. Dah lama tak balik kampung. Bestnya.. Suasana tenang sebab memang kampung yang pure kampung (kampung saya kat Kota Bharu ala-ala macam bandar dah pun). Kalau kat Kuala Kangsar ni, yang paling best breakfast maksu masak nasi goreng. Pastu minum kopi O kampung. Sedapnya..

Sebut je nasi goreng kampung ni terus teringat rupanya. Sedapnya kalau dimakan panas-panas pulak tu kalau dapat dengan sambal belacan. Sedapnya…

Saya tak pandai masak nasi goreng kampung. Tapi kalau di KL ni saya dan suami suka satu kedai nasi goreng kampung ni kat area Keramat AU. Ikan bilis dia kalau gigit boleh rasa crunchy krup krap tu. Tambah lagi dengan taburan bawang goreng. Sedapnyaaaaa…. Kalau boleh hari-hari makan pun best juga nasi goreng kampung ni.

kalori-nasi-goreng-kampung

Kalori Nasi Goreng Kampung

Sedap je berangan hari-hari nak makan. Tapi banyak mana kalori nasi goreng kampung ni ye? dah la banyak pula ikan bilis tu.

Menurut Kevin Zahari, “biasanya satu pinggan nasi goreng biasa dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.”

Eh segenggam tangan je mana cukup!!!

*Kira keperluan kalori anda di sini*

Bagaimana nak membakar kalori yang bersamaan dengan sepinggan nasi goreng kampung?

Tapi kalau ambil hari-hari jenuh juga nak bakar kalori ni. Itu baru sepinggan nasi goreng kampung. Belum dicampur makanan-makanan lain lagi yang di ambil dalam sehari.

Cuba lihat jadual di bawah ni. Nak kena jogging lebih satu jam untuk bakar kalori sebanyak itu? Atau berenang lebih 2 jam semata-mata sepinggan nasi goreng kampung?

bakar kalori nasi goreng kampng

Owh tidaaaakkk!!

Lebih rela makan seminggu sekali atau mungkin sebulan 2-3 kali sahaja kan? Ada cara mudah tau nak bakar 630 kalori dalam masa seminggu. Selamat menonton

*** Cabaran Blogging bersama Blog SihatCantikMulus, EmakSkema, KeluargaSihatCeria, dan MyInfoVitamin

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kalori Nasi Goreng Kampung
Tagged on:

2 thoughts on “Kalori Nasi Goreng Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge