Cinta Kolesterol | Mengapa masih ramai yang mengalami masalah tinggi kolesterol ye? Padahal ramai yang tahu tinggi kolesterol ini boleh membawa kepada pelbagai risiko penyakit kronik seperti masalah darah tinggi, serangan jantung dan strok.

bahaya tinggi kolesterol

Ramai yang tangkap “cinta kolesterol” ya.

Jom kita lihat kenapa masih ramai yang mempunyai masalah tinggi kolesterol.

Mengapa Ramai Tinggi Kolesterol? Masih Terikat Dengan Tabiat atau Simptom “Cinta Kolesterol”?

1 – Cintakan Diet Yang Tidak Sihat

Mengamalkan diet yang mengandungi lemak tepu terlalu banyak boleh menyebabkan tinggi kolesterol. Ramai yang tahu tentang bahaya mengambil fast food dengan kerap, tetapi masih ramai yang pencinta kolesterol ini mengamalkannya. Bukan itu sahaja tau, jajan atau junk food juga banyak mengandungi lemak tepu yang boleh membantu paras tinggi kolesterol semakin meningkat.

2 – Cintakan Berat Yang Berlebihan

Berat yang berlebihan bukan sahaja membataskan pergerakkan harian malah mengakibatkan triglycerides meningkat dan mengurangkan HDL (kolesterol baik). Ramai yang tahu gemuk boleh mengakibatkan penyakit, tetapi masih ramai yang relax selagi masih sihat. Jom kuruskan badan! Singkirkan lemak-lemak itu!

3 – Cintakan Aktiviti Relaks dan Santai

Hei! Jom kita lebih aktif. Bersenam sangat penting. Kalau dok diam je, kolesterol jahat LDL akan meningkat dan HDL pula yang akan berkurangan. Tak ada masa nak bersenam? Mungkin cara mudah bersenam di rumah ini boleh membantu. Cuba ye.

4 – Cintakan Rokok

Alahai bro.. ramai yang dah tahu kan merokok ni banyak sangat keburukan. Duit pun habis, risiko penyakit pun semakin meningkat. Apa kata berhenti merokok?

5 – Ambil Mudah Pemeriksaan Tahunan

Jangan skip tau pemeriksaan kesihatan tahunan dan pastikan kita berjumpa doktor untuk nasihat kesihatan yang betul. Kalau ada tanda-tanda awal menyakit seperti kencing manis, darah tinggi, hipotiroid ke.. lebih baik lakukan pemeriksaan yang lebih terperinci kerana ianya boleh mngakibatkan masalah tinggi kolesterol.

*Credit*

Semuanya berkait dengan cara hidup kita sendiri. Ramai yang sedar tetapi ramai yang masih dibelenggu cinta kolesterol. Memang susah untuk berubah tetapi In Shaa Allah sedikit perubahan mampu membantu kita untuk kesihatan yang lebih baik.

Ikhtiar Masalah Tinggi Kolesterol di sini;

tips kurangkan kolesterol
Antara tips mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

“Kolesterol Turun Dengan Phytocol ST”

“Vivix Bantu Turunkan Paras Kolesterol”

*Cabaran Blogging bersama Blog Genkimomma, CahayaVitamin, MommaSihat, dan MiracleVitamins

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

“Cinta Kolesterol”: Mengapa Ramai Tinggi Kolesterol?
Tagged on:                 

3 thoughts on ““Cinta Kolesterol”: Mengapa Ramai Tinggi Kolesterol?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge