Bila Anak Suka Coklat! | Anak saya memang semuanya “hantu coklat”. Pantang ada coklat kat rumah, sekelip mata sahaja dah licin. Kalau kek coklat pun sama, sebiji boleh habis tak sampai setengah hari. Apa sahaja yang berunsurkan coklat memang menjadi kegemaran mereka. Bila ditanya apa makanan kegemaran mereka pun pasti jawapannya “makanan kegemaran saya ialah COKLAT!”

anak suka coklat

Ramai ibu bapa yang pening bila anak suka coklat. Tak dinafikan saya juga antara ramai ibu bapa itu. Risau kerana coklat boleh memberikan kesan buruk kepada anak-anak. Bukan sahaja boleh rosak gigi, malah boleh juga menyebabkan kegemukan dan masalah jantung. Eh, tapi betulkah coklat merbahaya untuk anak-anak?

Anak Suka Coklat? Pilih Yang Berkuali Untuk Mereka.

Ketika membeli coklat, pastikan anda membaca labelnya terlebih dahulu. Coklat yang berkualiti mesti mengandungi cocoa butter, kerana coklat yang mengandungi lemak sayuran bila dicampurkan dengan gula, koko padat, aroma dan emulsifier akan menjadi coklat gelap (dark chocolate) yang disarankan diberi kepada anak.

Tahukah anda sebenarnya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Ini bermakna, coklat sangat sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah.

Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan.

Tak salah sekiranya anak suka coklat dan menjadikan coklat sebagai makanan kegemaran. Tetapi pengambilan apa-apa makanan pun mesti berkadaran dan bersederhana. Jangan berlebihan kerana semua yang lebih itu memudaratkan.

Jom layan video ini. Jangan terkejut bila mengetahui kebaikan coklat yang banyak kebaikannya untuk kesihatan.

Coklat dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kolesterol jahat dan membantu meningkatkatkan kolesterol baik. Waahhh!! **teruja sangat**

Antara lain kebaikan coklat untuk anak-anak;

  • coklat mengandungi antioksida, antioksida ni mampu baiki dan kuatkan sistem imun badan, jadi bila kita makan boleh mengelakkan kita diserang strok, sakit jantung, mengawal tekanan darah dan kanser serta dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular..
  • coklat mengandungi kurang kafein berbanding secawan kopi.
  • mengandungi magnesium yang mampu membina otot dan kebaikan untuk kekuatan tulang.
  • bila anak suka minum coklat sebenarnya baik untuk menambah stamina bila bersukan atau bersenam kerana coklat mempunyai glukos dan protein.
  • coklat dapat merangsang emosi anak, bila adanya pengeluaran kalenjer endorfin.
  • Minum secawan coklat panas boleh meningkatkan selera makan anak… jadi jangan ragu² bagi anak minum coklat sebelum makan.
  • coklat mengandungi vitamin A, B1, C, D dan E untuk pertumbuhan badan yang sempurna.
  • Sesetengah jenis coklat ada kandungan gula dan susu yang tinggi untuk menyalurkan tenaga
  • Fosforus pada coklat juga memberi kekuatan pada gigi kanak-kanak.

Sumber: Majalah Harmoni 1-31 Mei 2012

Mitos Buruk Bila Anak Suka Coklat

anak suka coklat

1 – Coklat Merosakkan Gigi

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kerosakan gigi dan yang paling utamanya ialah bila berlaku hakisan enamel pada gigi. Hakisan ini terhasil dari asid daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan. Bukan coklat semata-mata.

Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan  asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasein di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Kasein juga membantu pertumbuhan gigi. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mudah cair di dalam mulut. Hasilnya, coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut seterusnya menghalang pertumbuhan plak. Walau bagaimanapun, selepas memakan coklat, galakkanlah anak anda menggosok gigi.

2 – Coklat Menyebabkan Obesiti

Ini dilema utama ibu bapa bila anak suka coklat. Saya sendiri pun agak runsing bila anak-anak menggemari coklat. Malah tak sah kalau tak dapat coklat sekali dalam 2-3 hari. Tetapi agak pelik juga kerana anak-anak saya semuanya bersaiz kecil. Di mana logiknya coklat menggemukkan?

Coklat mengandungi lemak sayur yang baik yang tidak menggemukkan. Mungkin faktor salah memilih coklat yang menyebabkan obesiti seperti donut coklat, bukan kerana coklatnya tetapi kerana kandungan gula dalam donut itu sendiri.

3 – Coklat Meningkatkan Risiko Sakit Jantung

Coklat mengandungi antioksida yang dikenali sebagai fenol yang boleh mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Kajian terkini juga menunjukkan bahawa lemak koko mengandungi 38.2% asid oleik (asid lemak tidak tepu) berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Sementara, asid stearik iaitu asid lemak tepu yang ada dalam mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi sebarang kesan pada kolesterol darah.

Sumber: Pa & Ma, Fox News, Huffington Post

Kesimpulannya, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak suka coklat. Biarkan mereka menjadikan coklat sebagai makanan kegemaran mereka tetapi sebagai ibu bapa, kita harus pandai mengawal situasi

  • pilih coklat yang berkualiti bukan coklat murahan yang tinggi gula
  • jangan berikan coklat kepada anak sebelum makan, nanti diet mereka terganggu dan tidak mahu makan

Set Kesihatan Kanak-Kanak

Vitalea Chewable (promosi beli 3 Percuma 1), Meal Shakes, Vitamin C Chew, Omega Guard

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Bila Anak Suka Coklat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge