10 Tanda Anda Perlu Detoks Hati | Tahukah anda selain jantung, hati juga merupakan organ yang paling kuat bekerja dalam badan kita?

Hati kita mempunyai 2 peranan utaman iaitu sebagai organ detoks (proses menyingkirkan toksin sepanjang masa) dan satu lagi bertindak sebagai organ pencernaan.  Dan tahukah anda bahawa hati juga perlu sentiasa di detoks? Atau lebih senang difahami, dibersihkan daripada segala kotoran. Bagaimana nak tahu kena detoks hati?

detoks hati

10 Tanda Anda Perlu Detoks Hati

Cuba perhatikan salah satu dari 10 tanda-tanda ini.

  1. abdomen mengembung (selalu kembung perut)
  2. kesakitan atau ketidakselesaan ulu hati – (kawasan abdomen kanan atas di bawah sangkar tulang rusuk)
  3. lemak abdomen berlebihan; perut buncit
  4. sukar mencerna makanan berlemak
  5. anda telah membuang pundi hempedu anda (mungkin disebabkan masalah kesihatan yang lain)
  6. pedih hulu hati
  7. tompok-tompok gelap di kulit biasa merujuk masalah hati
  8. senang mengalami terlampau panas badan dan peluh yang berlebihan
  9. jerawat/rosacea atau kulit bertompok-tompok yang gatal
  10. kenaikan berat badan yang tidak terkawal dan susah untuk menurunkan berat walaupun melalui proses diet serta sekatan kalori

Tanda-tanda lain yang perlu diambil perhatian termasuklah tekanan darah tinggi, keletihan, kolesterol tinggi dan trigliserida, tekanan perasaan dan stress melampau, apnea tidur atau berdengkur dan berlemak kekuning-kuningan ketara terlihat longgokkan di sekitar mata. Ini ialah isyarat anda perlu untuk bertindak, menyahtoksikkan dan mengubah diet dan gaya hidup untuk menyembuhkan kembali hati anda.

Perlukah Detoks Hati?

Ini semua merupakan petanda bahawa hati telah tersumbat atau diselaputi oleh lemak-lemak yang tidak sihat. Apabila ini berlaku, sel-sel hati yang bertindak sebagai penapis akan membengkak dengan lapisan lemak menjadikannya sudah tidak berupaya untuk menapis apa sahaja yang melaluinya.

Fungsi hati yang sebenarnya kan memproses darah dan membersihkannya sebelum disalurkan kembali ke jantung. Kalau situasi ini terjadi, darah yang mengalir ke jantung tidak dapat ditapis dengan sempurna dan menyebabkan darah ke jantung dipenuhi toksin. Apa yang akan jadi agak-agaknya? Rosaklah jantung dan sistem imun badan kita maka berlakulah penuaan dan kerosakan sel. Takut tak?

Haaa.. takut kan? Nanti saya kongsikan bagaimana caranya untuk detoks hati pula dalam entry yang lain. *-^

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

10 Tanda Anda Perlu Detoks Hati
Tagged on:         

4 thoughts on “10 Tanda Anda Perlu Detoks Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge