Vitamin C dan Vitamin E: Kombinasi Hebat! | Macam kena pula Promosi Berganda Disember 2014 ini kan? Rupanya Vitamin C dan Vitamin E adalah satu kombinasi hebat yang memberikan #shakleeeffect yang mengujakan juga buat semua. Betul ke? Jom berkongsi info.

Vitamin C dan Vitamin E Kombinasi Hebat!

Vitamin-C-and-E-share-electrons-with-a-free-radical-FutureDerm-diagram1

Vitamin C dan Vitamin E memainkan peranan yang penting dalam diet seharian kita dan menggalakkan fungsi tisu yang baik ~ sebagai contoh Vitamin C membantu komunikasi yang baik di otak, sementara Vitamin E mengawal salur darah agar berfungsi dengan baik. Nampak macam tak berkaitan dan mempunyai fungsi tersendiri, tetapi impak kerjasama yang baik dengan saling melengkapi memastikan badan kita dapat berfungsi dengan baik dan kesihatan pun terjaga. Bagaimana komunikasi di bahagian otak dapat berfungsi dengan baik kalau pengaliran salur darah bermasalah kan?

Vitamin C dan Vitamin E Kombinasi Hebat Sebagai Antiosidan!

vitamin c dan vitamin e antioksidan

Vitamin C dan Vitamin E menyokong satu sama lain sebagai antioksidan. Antioksidan memainkan peranan penting dalam membataskan kerosakan sel-sel (disebabkan oleh bahan kimia reaktif yang dipanggil radikal bebas) kita termasuk sel protein, sel DNA dan juga lemak yang berfungsi membentuk membran sel. Kerosakan ini menghalang fungsi sel sihat dan membawa ke mutasi genetik, akhirnya menyebabkan sel mati. Manakala vitamin E mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai antioksidan, ia memerlukan penjanaan semula selepas ia “sembuh” dari kerosakan radikal bebas sebelum ia boleh berfungsi dengan baik sekali lagi. Vitamin C dalam sel kita akan membantu mengembalikan fungsi antioksidan vitamin E supaya ia boleh terus memperbaiki kerosakan tisu.

Vitamin C dan Vitamin E Kombinasi Hebat Untuk Kecantikan Kulit!

vitamin c dan vitamin e untuk kulit

Vitamin C dan Vitamin E juga bekerja bersama dengan baik kerana mereka mempunyai peranan saling melengkapi untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kedua-dua nutrien ini memainkan peranan dalam melindungi sel kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari dengan meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan semasa pendedahan kepada matahari. Penyelidikan dari The Linus Pauling Institute mendapati pengambilan kedua-dua vitamin ini memberikan kesan yang lebih baik dalam menghalang sinaran cahaya matahari merosakkan kulit berbanding pengambilan hanya Vitamin C sahaja atau Vitamin E sahaja.  Vitamin C dan Vitamin E kedua-dua bekerja bersama-sama untuk mengekalkan kolagen sihat pada lapisan kulit yang membantu mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kita memerlukan vitamin C untuk membantu mensintesis kolagen yang dikehendaki untuk kulit sihat, begitu juga vitamin E untuk mengekalkan serat kolagen.

Vitamin C dan Vitamin E Pelangkap Untuk Kekuatan Sistem Imun

vitamin c dan vitamin e untuk imun sistem

Vitamin C dan Vitamin E kedua-dua menyumbang kepada fungsi imun, jadi pengambilan kedua-dua vitamin ini dengan cukup dapat melindungi kita dari penularan penyakit berjangkit. Jangan fikir kulit yang sihat utuh dilihat cantik semata-mata. Lebih dari itu! Kulit yang sihat dapat mengekalkan keimunan kerana kulit yang sihat akan menghalang patogen dari memasuki sistem pertahanan tubuh badan kita. Ia juga membantu merangsang fungsi imun dengan menggalakkan pertumbuhan sel imun, dan vitamin-vitamin C dan E kedua-dua mengawal fungsi sel imun. Vitamin C juga merangsang pembebasan interferon — bahan kimia dengan ciri-ciri antivirus — manakala vitamin E memelihara kesihatan dan kekuatan sistem imun kita yang semakin berkurang sejajar dengan pertambahan usia.

*Credit*

Testimoni Pengamal Vitamin C dan Vitamin E Shaklee

testimoni vitamin c dan vitamin e 3 testimoni vitamin c dan vitamin e 2 testimoni vitamin c dan vitamin e 1

Hmmm… jadi molek sangatlah promo berkembar bulan ini kan? Boleh terus grab Vitamin C dan Vitamin E Shaklee. Yeayyy!!

Jom pilih. Yang mana satu pilhan anda?

promosi vitamin c, promosi vitamin e

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin C dan Vitamin E: Kombinasi Hebat, Berdua Lebih Baik!
Tagged on:                 

3 thoughts on “Vitamin C dan Vitamin E: Kombinasi Hebat, Berdua Lebih Baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge