Cara Paling MALAS Jaga Kulit Muka | Comel je tajuk yang nak sharing hari ini. Terbelek-belek gambar dalam galery phone dan terjumpa gambar ni. Jadi rasa macam nak share tips dan cara paling MALAS jaga kulit muka. Sebabnya, ramai sangat yang tanya;

“ada cara paling mudah tak? saya nak cantik kulit tapi leceh la nak makan banyak-banyak vitamin… leceh nak belai-belai muka ni. kalau ada cara paling MALAS jaga kulit muka kan best..”

Cara paling MALAS jaga kulit muka

cara paling malas jaga kulit muka

Ada 3 cara paling MALAS jaga kulit muka yang bakal saya kongsikan. Nampak macam mudah kan? Cuma 3 cara. Tetapi serius ramai yang tak mampu nak buat. Jom kita korek dan gali dengan lebih details.

#1 ~ Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari

Ini anggarannya lebih kurang 2 liter air putih atau air kosong (tidak termasuk air berperisa atau yang mengandungi gula) setiap hari. Tetapi anggaran yang sebaiknya adalah

25 kg berat badan = 1 liter air

Cth: Berat anda 62.5 kg, jadi anda memerlukan 62.5 / 25 = 2.5 liter air kosong sehari

Air tidak hanya menghilangkan toksin (detoks) dari tubuh badan, tetapi juga memainkan peranan yang penting untuk kecantikan kulit. Air yang cukup dapat melembapkan kulit dan mencegah tubuh badan dari dehidrasi.

Antara lain manfaat air kepada kulit adalah;

  1. Mencegah kedutan ~ air mencegah kedutan pada kulit dengan cara mempertahankan kelembapan dan elastisiti kulit.
  2. Melembapkan ~ kulit yang lembap akan kekal bermaya dan lebih lembut berbanding kulit yang kekeringan disebabkan kekurangan air.
  3. Mengurangkan jerawat ~ eh eh macam tak percaya ke? Air yang cukup dapat mengimbangi kesihatan dalaman seseorang juga. Proses detoks yang baik membantu kulit kekal cantik tanpa jerawat.
  4. Bibir yang cantik ~ pakej sekali untuk wajah yang lebih berseri bila bibir lembap dan cantik. Bibir yang kering dan pecah-pecah juga akan mengganggu penampilan wajah yang berseri kan?

#2 ~ Jauhi GULA

Haaa.. yang ni memang susah nak elak kan? Dalam makanan ada gula, dalam air minuman pun ada gula. Banyak sebenarnya menu dalam diet seharian kita yang mengandungi gula. Nasi, pasta, sedangkan susu rendah lemak pun mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Gulalah sebenarnya yang merosakkan kulit dan menjadikan kita nampak lebih tua dari usia sebenar

Susan Maguire ada berkongsi secara ringkas kesan buruk gula kepada kulit kita. Ringkas sahaja penerangannya tapi cukup menusuk di hati kerana rasa macam kena batang hidung pulak kan? (saya la tu);

Keradangan

Gula bersifat asid. Makanan yang berasid boleh menyebabkan radang pada tubuh badan dan gula salah satu yang sangat berasid. Radang boleh menyebabkan jerawat dan kerosakan pada sel-sel kulit di wajah.

Garis-garis Kedutan.

Kolagen sangat penting untuk memelihara keanjalan kulit seterusnya mengurangkan kedutan. Tetapi dengan mengambil makanan yang tinggi gula akan memusnahkan kolagen tersebut dan akhirnya kulit mula menggeleber dan berkedut-kedut. Kita akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar!

Ketidak Seimbangan Gula dalam Darah

Kalau kita mengambil makanan tinggi gula, paras gula dalam darah akan meningkat dengan cepat. Dan akan menurun dengan cepat juga yang akan menyebabkan kita cepat lapar dan juga mengganggu mood stress. Jika stress berlanjutan, kulit akan kelihatan lebih tua, jerawat senang naik, kulit lebih kusam dan hilang seri.

Dehidrasi

Kalau kita ambil banyak gula, badan kita senang haus. Kenapa agaknya? Gula sebenarnya menyerap air yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Sebab itulah kita sentiasa rasa dahaga bila minum air yang manis. Dehidrasi mudah berlaku yang menyebabkan kulit kusam, kering, lingkaran hitam bawah mata pun senang kelihatan.

*Credit*

#3 ~ Cuci Muka Sebelum Tidur

Haaa… satu je cara paling MALAS jaga kulit muka ni yang selepas diberi “diskaun” tanpa penyegar dan pelembab. Cuci muka ni wajib tau! Sebab dan cut-off banyak step penjagaan kulit muka yang lain, pilihlah pencuci muka yang benar-benar selamat untuk kulit kita.

Saya gunakan NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Yang ni memang best sebab mencuci ke dalam liang-liang pori muka tetapi sangat lembut pada kulit.

Istimewanya;

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut (seaweed) menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau (green-blue algae) melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan

Seaweed‘s natural, anti-inflammatory compounds can have a positive affect on acne explosions. According to the American Academy of Dermatology, acne is caused by release of sebum, or oils, which prevent the skin from drying. Pimples are inflammations of the skin pores, which trap the oil, resulting in blackheads or whiteheads, deeper pimples or cystic acne. Seaweed’s anti-inflammatory effect reduces the swelling of the explosion. It is also can be used as a natural exfoliant to remove dead skin cells, which can block pores. ~ Livestrong.com

Because blue-green algae is high in proteins and fatty acids, it attacks skin aging from two sides. First, it strengthen skin’s fibers to lift and tone. Second, the fatty acids work down deep to help shore up skin’s structure, improving elasticity and firmness. As it is water-based by nature, blue-green algae provides moisturization and purifying hydration, helping to minimize the appearance of fine lines and wrinkles. Research has also found that blue-green algae has antibacterial and anti-fungal properties, making it particularly effective against skin concerns like acne, eczema, dermatitis, and psoriasis. Finally, because it’s so compatible with the skin’s natural properties, it’s easily absorbed so the skin can make good use of it. ~ Annemariegianni

testimoni nutriwhite cleanser 1

testimoni nutriwhite cleanser 2

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Cara Paling MALAS Jaga Kulit Muka
Tagged on:             

4 thoughts on “Cara Paling MALAS Jaga Kulit Muka

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge