Tips Mengawal Sifat Marah | Siapa yang tidak pernah marah? Marah memang perasaan semulajadi dalam diri manusia yang beraksi secara spontan dengan keadaan sekeliling yang mengecewakan dan mengganggu emosi. Tetapi kita perlulah bijak mengawal sifat marah ini sebelum menjadi sesuatu yang merosakkan diri kita sendiri. Marah mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

marah-itu-syaitan

Bila kita hilang kawalan ke atas sifat marah, macam-macam perkataan dan tindakan yang tidak sedar akan mendahuli akal fikiran yang akhirnya akan menyebabkan kita menyesal dengan tindakan kita sendiri.

keburukan marah

Dari segi kesihatan juga, sangat penting mengawal sifat marah kerana natijahnya boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti gangguan emosi yang boleh membawa penyakit, meningkatnya risiko serangan jantung, lemahnya sistem imun, tekanan darah tinggi, peningkatan degupan jantung yang drastik dan juga meningkatnya paras adrenalin.

Tips Mengawal Sifat Marah

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengawal sifat marah.

1. Bertenang Dan Senyum.

Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus panjang. Ulang beberapa kali sehingga anda rasa tenang dan selesa. Kemudian cuba untuk senyum. Percayalah senyuman tidak mudah dilakukan dalam keadaan marah tetapi orang yang berjaya senyum akan membuatkan marah menjadi reda.

2. Mengubah Posisi Duduk

Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

3. Ambil Wudhu’

Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

4. Mendiamkan diri ketika marah

Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

5. Berfikiran positif

Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

6. Amalkan Doa Mengawal Sifat Marah

doa mengawal sifat marah

Bolehkah Suplemen Membantu Mengawal Sifat Marah.

Marah adalah berpunca dari emosi. Dan emosi ini juga In Shaa Allah boleh ditenangkan melalui pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mengatur perjalanan tubuh badan termasuk emosi yang sihat. Antara suplemen yang boleh membantu mengawal sifat marah ini ialah;

1. Zink

Menurut kajian yang diterbitkan pada 2009 di “European Journal of Clinical Nutrition” diketuai oleh T. Sawada dari Daigaku Junior College and Seitoku University, apabila 7 miligram zink gluconate diberikan kepada wanita, paras kemarahan dan tekanan mereka jelas menunjukkan kadar penurunan yang baik.

Shaklee ada Zinc Complex yang membekalkan 15 mg zink gluconate dalam setiap tablet.

2. B Complex

Marah akan mengakibatkan meningkatnya paras homocysteine yang menjadi punca terjadinya serangan jantung. Bukan itu sahaja, paras homocysteine yang tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti osteoporosis, alzheimer, kencing manis, keguguran bagi wanita hamil, dan hipothyroid. Vitamin B Complex telah dibuktikan dalam “Biological Psychiatry” terbitan August 2006 mampu menurunkan paras homocysteine dengan cepat di dalam badan.

Shaklee ada B Complex yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang jarang-jarang terdapat pada suplemen jenama lain.

b complex shaklee3. Asid Lemak Omega 3.

Banyak kajian yang telah dilakukan mendapat hasil bahawa mengambil Omega 3 yang kaya DHA dan EPA akan memberikan kesihatan mental dan mampu membantu mengawal emosi yang baik termasuklah mengawal sifat marah.

Omega 3 dapat membantu menghasilkan hormon serotonin (hormon gembira) dalam badan kita seterusnya membantu mengawal sifat marah dan memberikan perasaan yang tenang.

kandungan-omega-guard

Shaklee ada Omega Guard, minyak ikan terbaik di dunia. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 1,000 mg asid-lemak omega- 3 EPA dan DHA.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan, Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

 Credit: Livestrong & intergalactichollyhobby

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Tips Mengawal Sifat Marah
Tagged on:             

7 thoughts on “Tips Mengawal Sifat Marah

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge