Tips Berpantang Sendiri | Susah ke berpantang sendiri ni ye? In shaa Allah, mudah jika kita fikir mudah dan memudahkan. Cuma jangan stress-stress dan relax je.

Alhamdulillah, saya dah merasai pengalaman 2 kali berpantang sendiri. Cuma anak sulung sahaja berpantang dengan mak kat kampung. Anak kedua dan ketiga rasa macam susah pula nak tinggal husband dan anak-anak. Jadi, kami sepakat untuk berpantang sendiri sahaja. Alhamdulillah dipermudahkan. Dan suami pun memang banyak membantu.

Jadi, sementelah saya juga bakal melalui proses pantang anak ke 4 tak lama lagi, saya kongsikan tips berpantang sendiri di sini sebagai refresh checklist untuk saya sendiri juga *-^

Tips Berpantang Sendiri

Ada beberapa perkara yang mesti dibuat persediaan sebelum melalui tempoh berpantang.

MAKCIK URUT

Ni yang 1st saya cari. Tak lengkap rasanya kalau berpantang tiada Makcik Urut ni. Nak cari kat mana? Saya dah jumpa Makcik Urut tetap saya di kawasan perumahan saya ni. Tapi bagi anda yang nak mendapatkan list Makcik Urut, mungkin ini boleh membantu.

Banyak juga pilihan yang ada kan? Perkhidmatan Confinement Lady pun banyak dah sekarang. Yang penting, sediakan duit sahaja. Kalau memang berkemampuan, berbaloi ambil khidmat Confiment Lady ni sebab tugasannya merangkumi urut dan tungku ibu, urut dan tungku baby, mandikan baby, dan ada juga perkhidmatan menyediakan makanan untuk ibu berpantang. Mudah kan? Semuanya dalam pakej.

BARANG KEPERLUAN IBU

  • Bengkung dan Krim/Herba Bengkung

Saya memang sediakan 2-3 helai kain bengkung ini. Selesa bila berbengkung sepanjang hari. Bukan sahaja rasa “kemas” dan selesa, postur tulang belakang pun terjaga dan kurang rasa lenguh-lenguh. Yang penting cepat mengecutkan rahim dan mengelakkan badan daripada masuk angin. Hmm, kalau dah masuk angin mulalah rasa bisa-bisa seluruh badan. Saya sediakan krim barut yang ready made je. Mudah, cuma sapu ke seluruh bahagian perut dan belakang, kemudian lilit bengkung.

tips berpantang sendiri
Credit pic: www.mypermatahati.com

Bagi yang bersalin secara C-sec, tunggu sehingga 2 minggu atau sebulan untuk memakai bengkung. Seeloknya apabila kesan jahitan mula kering dan gunalah bengkung yang sesuai untuk C-sec

  • Batu Tungku

Saya gunakan batu sungai, pau mak punya. Sambil-sambil baby tidur, boleh panaskan tungku ni sekejap dan tungku sedikit bahagian badan yang mana tercapai. In shaa Allah boleh membantu melancarkan pengeluaran darah nifas, menghangatkan badan dan memecahkan lemak-lemak degil juga. Best!

tips berpantang sendiri

  • Minyak Sapu

Minyak sapu ni kalau boleh sediakan yang berangin agar terasa panas dan hangat badan. Sentiasa sapukan minyak terutama di tapak kaki, betis, dan bahagian paha untuk mengelakkan masuk angin dan menghangatkan badan

  • Herba Mandian

Ada yang cakap leceh nak mandi herba. Tapi bagi saya yang berpantang sendiri ni rasa lagi fresh bila dapat mandi air herba. Aroma dari daun-daun wangi tu boleh membuatkan kita segar dan bertenaga. Tetapi disebabkan saya berpantang sendiri dan tak ada pula sesiapa yang boleh tolong rebus air mandian herba, saya guna jalan pintas ~ GEL MANDIAN SERAI WANGI AFIAT

tips berpantang sendiri

MAKANAN PANTANG

Makanan sewaktu pantang ni memang kena ambil berat sebab kalau tak jaga, boleh sebabkan bentan dan darah nifas pun tak lancar dan busuk. Sebenarnya menu orang berpantang ni mudah je. Cuma bakar atau kukus. Itu sahaja! Tapi tentulah ada rempah-ratus yang boleh memberi rasa kan? Saya tak cerewet, makan sahaja apa yang suami masakkan. Suami Alhamdulillah banyak membantu dan merujuk menu berpantang kat sini.

Kalau suami sibuk, atau mungkin tak sempat sebab ada urusan lain, kami order sahaja dari Mangkuk Tingkat. Banyak pilihan menu-menu menarik dan harga pun boleh tahan.

tips berpantang sendiri menu

JAMU ATAU VITAMIN

Saya tak suka makan jamu. Memang terasa badan agak panas dan anak pun dapat jaundice (berdasarkan pengalaman anak pertama dan kedua). Jadi saya memilih Set Berpantang Shaklee yang memang mesra pengguna. Boleh terus dimakan seawal hari pertama bersalin dan set ini jugalah untuk meneruskan penyusuan selepas berpantang.

set pantang shaklee

Set lengkap ini memang banyak membantu saya boleh dikatakan A-Z;

Vitalea memang multivitamin yang memberi tenaga dan kecergasan. Ada iron (zat besi) yang menggantikan darah yang hilang. Tak ada la pucat tak bermaya. Ramai tegur muka saya kemerah-merahan sewaktu berpantang.

Nak baik luka cepat, ada Zinc Complex

Vitamin C menguatkan imun sistem saya dan juga mempercepatkan pemulihan luka bersalin

Kalau badan rasa berangin dan sejuk-sejuk, ada Alfalfa Complex

B Complex memang membantu memberikan rasa tenang nak relax je sewaktu berpantang. Ceria je walaupun berpantang sendiri

Sembelit, sakit belakang, lenguh-lenguh ~ ada Ostematrix yang membantu

ESP & Alfalfa melancarkan pengaliran susu. Baby sampai kenyang asyik tidur sahaja. Dan Alhamdulillah seawal seminggu bersalin pun saya dah boleh buat stok susu ibu.

Kalau lapar setelah menyusukan baby, tak ada junk food atau orang masakkan, ada ESP yang buat rasa kenyang.

Dan Lecithin, bukan sahaja bantu saya cepat dapat berat asal, tetapi juga melancarkan pengeluaran susu dan mengelakkan duktus tersumbat.

Pendek kata- memang BEST!

Tips Berpantang Sendiri mengelakkan BENTAN

  1. Jaga pemakanan dan elakkan mandi menggunakan air sejuk
  2. ibu-ibu diingatkan agar sentiasa berstoking dan hati-hati bila berjalan agar tidak tersepak benda yang keras

“Berblogging bersama Victorious Krew. Entry ini tajaan Ratu Nutrisi

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Tips Berpantang Sendiri
Tagged on:     

13 thoughts on “Tips Berpantang Sendiri

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge