Punca Anak Memilih Makanan | Bila anak memilih makanan, ibu bapa mula panik. Lebih memburukkan keadaan bila ada yang terus merajuk dan tidak mahu makan langsung. Di sini lah pentingnya peranan kita sebagai ibu bapa untuk mengenal pasti beberapa punca kenapa anak memilih makanan.

anak memilih makanan

Punca Anak Memilih Makanan

Ada beberapa punca yang ibu bapa perlu tahu kenapa anak memilih makanan seterusnya mencari solusi untuk menangani masalah ini

1. Sifat semulajadi anak-anak

Kanak-kanak dari semua peringkat umur (termasuk orang dewasa ) yang lazimnya mempunyai sifat tidak suka kepada beberapa jenis makanan. Mereka mempunyai makanan kesukaan mereka sendiri yang menyebab punca utama anak memilih makanan. Pada usia 2 atau 3 tahun, sehingga 20 peratus kanak-kanak cerewet dalam pemakanan mereka. Ia merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak yang muda untuk tidak menyukai makanan yang rasa pahit atau pedas.

Kadang-kadang kanak-kanak tidak suka makananan tersebut kerana warnanya, tetapi sebab utama yang lain adalah kerana mereka sukar untuk mengunyah makanan tersebut. Kadang-kadang kanak-kanak yang alah pada makanan yang mempunyai kepingan besar yang menjadikannya sukar untuk menelan.

2. Sikap Ibu Bapa

Banyak faktor dari sikap ibu bapa yang menjadi punca anak memilih makanan. Setuju tak kalau saya katakan (kerana saya juga begini);

  • Tidak memberi variasi terhadap makanan. Mungkin mereka bosan dengan hidangan tengahari yang juga sama hidangannya dengan makan malam.
  • Memaksa mereka mencuba sesuatu yang baru. Sikap memaksa ini lebih membuatkan masalah anak memilih makanan bertambah teruk. Sudahlah mereka tidak suka, gangguan emosi kerana dipaksa juga memburukkan lagi keadaan.
  • Menjanjikan ganjaran. Ramai ibu bapa yang suka menjanjikan ganjaran seperti “kalau adik habiskan ini, ibu belanja ais-krim nanti”. Kesilapan besar! Mereka nanti lebih minat kepada ais-krim pula dan nanti akan menyebabkan mereka meminati makanan yang tidak berkhasiat.

 Bagaimana Menangani Anak Memilih Makanan?

  1. Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa makan. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baharu itu. Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat semua ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
  1. Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa.
  1. Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan. Contohnya jika anda berkata “Adik nak makan apa?” anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Hidangkan sahaja dan mereka sudah tiada pilihan.
  1. Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan, seperti membeli belah dan penyediaan makanan. Mesti dia lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
  1. Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.

Credit : Majalah Pa&Ma

Ikhtiar Dengan Shaklee Bagi Masalah Anak Memilih Makanan?

Kami ada Meal Shakes!! Alhamdulillah banyak membantu masalah anak memilih makanan atau picky eaters ini. Mungkin anda juga boleh mencuba.

mealshakes untuk anak cerewet

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

“Berblogging bersama Victorious Krew. Entry ini tajaan Vitamin Kita

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Punca Anak Memilih Makanan
Tagged on:

2 thoughts on “Punca Anak Memilih Makanan

  • 9 November 2014 at 4:58 PM
    Permalink

    kalau ikut Dr. Suriya, antara sebab anak xminat makan sebab dia dah kenyang minum susu botol. ada betulnya juga, kan?
    apepun, bagi saya, Meal Shakes sgt membantu. At least kita tak risau sgt anak kurang nutrisi, sebab boleh top up dgn khasiat dlm Meal Shakes. hehe
    Oja Samid recently posted…Cara Menjaga Anak Asma (Lelah)My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge