Perlukah Omega 3 Untuk Anak? | Agak kontroversi tajuk ini sementelah disensasikan bahawa mereka yang berusia 18 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil suplemen Omega 3. Benarkah? Jadi, perlukah Omega 3 untuk anak kita?

Pentingkah Omega 3 Untuk Anak?

Selalu dibincangkan tentang kesan asid lemak Omega 3 ini terhadap pembangunan otak kanak-kanak terutama semasa di dalam kandungan lagi dan tahun-tahun pertama pembesaran mereka. Ramai ibu bapa sedar tentang kebaikan Omega 3 ini tetapi masih ramai yang keliru, bagaimana harus menyediakan Omega 3 dalam diet anak-anak? Perlukah suplemen Omega 3 untuk anak?

omega-3s and the brain -resized-600

Ingat tak waktu kecil-kecil dulu kan selalu ada iklan Scott Emulsion. Kena hujan, demam tak pergi sekolah. Yang survive cuma sorang yang amalkan minyak ikan setiap hari. Haaa.. besar impak iklan tu kan? Jadi kita pun makan la Scott Emulsion tu setiap hari untuk sistem imun yang kuat.

Lepas tu bila dah dewasa, pregnant, gynea bagi pula kita Neuro Gain. Minyak ikan kaya Omega 3 untuk perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.

Penting kan Omega 3 ni? Dari dalam kandungan lagi kita dididik untuk disiplin mengamalkan Omega 3 untuk berkembangan bayi yang sihat.

kebaikan omega 3

omega-guard-minda-kanak2

kepentingan Omega 3 untuk anak

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA. Ia amat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA (kecuali susu ibu yang diberikan kepada bayi). Sumber EPA dan DHA adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan.

Keperluannya hampir sama untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak yang sangat-sangat memerlukan Omega 3 untuk perkembangan vision (penglihatan) dan otak yang difokuskan untuk belajar, bertaakul, mengingati sesuatu (perkembangan memori).

Sumber Utama Omega 3

sumber omega 3

Sumber terbaik asid lemak Omega 3 ialah lemak atau minyak ikan, bijirin dan kekacang, dan minyak sayur-sayuran. Ini termasuk:

Lemak / Minyak Ikan dari

  • Salmon
  • Tuna
  • Ikan trout
  • Ikan tenggiri
  • Ikan bilis
  • Sardin

 Bijirin dan kekacang

  • Biji Flax
  • Walnut
  • Biji labu

 Minyak sayur-sayuran

  • Minyak Canola
  • Minyak flax yang mentah

 Sumber lain Omega 3 termasuk:

  • Telur omega – telur dari ayam-ayam betina yang telah diberi makanan yang diperkaya dengan Omega 3
  • Daging dari lembu yang memakan rumput  – kebanyakan lembu ternakan diberi makan dengan makanan proses yang kurang baik. Tetapi lembu yang memakan rumput-rumput dan tumbuhan semulajadi dapat menghasilkan daging yang kaya asid lemak Omega 3
  • Produk yang telah diproses dengan tambahan asid lemak Omega 3 – seperti mayonis dan marjerin

Namun begitu, asid lemak Omega 3 yang baik haruslah mempunyai DHA dan EPA yang tinggi. Sumber-sumber yang dinyatakan di atas ada yang mengandungi sedikit sahaja kandungan DHA atau EPA nya.

Perlukah Suplemen Omega 3 Untuk Anak?

TIDAK perlu sekiranya anak-anak kita mampu disiplin untuk mengamalkan diet yang sihat. Dan kita juga mampu untuk memberikan mereka sumber semulajadi yang baik dari Omega 3 setiap hari. Tetapi kekangan masa kini, kekurangan masa, kekurangan sumber yang baik menyebabkan segala-galanya semakin berubah. Nak makan sayuran hijau, banyak yang ditaman dengan baja kimia. Tambahan pula kebanyakan tumbuhan-tumbuhan ini cuma memberikan khasiat ALA, dan masih tiada bukti yang kukuh bahawa tumbuh-tumbuhan ini turut membekalkan EPA dan DHA.

Kalau nak makan lemak ikan dari ikan-ikan yang kaya Omega 3 ini juga agak terhad dan mahal.

Jadi apa pilihan yang kita ada?

Perlu suplemen! Suplemen minyak ikan adalah salah satu pilhan yang tepat untuk membekalkan keperluan omega 3 kepada anak kita. Lebih-lebih lagi anak yang picky eater dan susah nak makan ikan dalam diet seharian. Namun haruslah diteliti brand dan kriteria untuk memilih suplemen Omega 3 untuk anak yang sesuai. Pastikan;

  1. mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi
  2. pilih brand yang mempunyai minyak ikan “pharmaceutical grade
  3. dari ikan yang rendah merkurinya.

Credit; BabyCentre, Kidspot, BabyCenter

Bagaimana Dengan Omega Guard Shaklee?

  1. 1 kapsul mengandungi 330 mg asid lemak Omega 3 dengan 180 mg EPA dan 120 mg DHA
  2. Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega 3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdapat dalam ikan Omega-Guard bergred farmaseutikal
  3. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia kerana diperbuat dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies yang terdiri dari kumpulan ikan yang rendah kandungan merkurinya. merkuri dalam ikan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang dos yang diperlukan untuk anak-anak anda dan cara makan Omega Guard di sini. Dapatkan konsultasi yang betul dari pengedar Shaklee anda tentang berapa biji pengambilan yang bersesuaian dengan usia anak-anak anda.

Konsultasi kami ekslusif untuk pelanggan Vitamin Kita.

“Berblogging bersama Victorious Krew. Entry ini tajaan Vitamin Kita

Anda mahu mendapatkan Omega Guard?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

P/s: sila hubungi kami sekiranya anda ingin mendapatkan pakej promosi Omega Guard Beli 6 PERCUMA 1 atau Beli 2 @ 5% diskaun. Hanya sepanjang November 2014.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Perlukah Omega 3 Untuk Anak?

2 thoughts on “Perlukah Omega 3 Untuk Anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge