Omega Guard Untuk Siapa?| Sehari dua ini sejak promosi Omega Guard bermula, ramai yang bertanya

“Omega Guard untuk siapa ye? Siapa yang boleh makan Omega Guard? Saya tak ada sakit jantung, saya tak ada masalah kolesterol, tak ada masalah sendi, berat badan pun ok, boleh ke saya nak ambil Omega Guard?”

Jawapan saya mudah sahaja ~ Omega Guard untuk semua!

Apa itu Omega Guard?

Secara ringkasnya Omega Guard ialah minyak ikan. Bila sebut minyak ikan mestilah Omega 3 kan? Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak omega- 3 EPA dan DHA.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan, Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

omega guard shaklee

Kenapa Kita Perlukan Omega 3?

Badan kita memerlukan asid lemak Omega 3 untuk kesihatan dan perkembangan (bagi yang meningkat dewasa). Tetapi malangnya Omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh badan dan kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

Diet kita pada masa sekarang amat berbeza dengan zaman nenek moyang kita dahulu. Mereka berburu, memancing, bercucuk tanam dan mengumpul makanan mereka sendiri. Diet mereka cukup seimbang, membekalkan lemak dan lemak tepu yang amat rendah setiap hari, dengan keseimbangan asid lemak perlu yang baik seperti Omega 3 dan Omega 6.

Masa berubah dengan kemajuan teknologi, kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Makanan kita juga berubah kepada yang segera, cepat, siap diproses dan menjimatkan masa. Kita tak sedar kan yang pemakanan ini memberi impak jangka masa panjang untuk kita. Betul kita nampak sihat sekarang, tetapi “silent killer” seperti masalah kolesterol dan risiko sakit jantung dan strok kita abaikan sehinggalah kita menghadapi serangan ini tiba-tiba (minta dijauhkan).

Apa Akan Jadi Jika Kekurangan Omega 3?

kesan kekurangan omega 3
Kesan Kekurangan Asid Lemak Omega 3

Haaa… macam-macam effect bila kita tak cukup asid lemak Omega 3 ni kan? Jadi, jawapan Omega Guard untuk siapa tu sudah tentulah sesiapa pun boleh mengambilnya. Omega Guard ini sebagai langkah pencegahan dan pastinya untuk menampung keseimbangan asid lemak Omega 3 yang diperlukan oleh badan. Tak semestinya jika anda mempunyai penyakit dahulu baru nak makan Omega Guard. Konsepnya, Omega Guard ini membekalkan Omega 3, bukan sebagai pengubat penyakit tetapi untuk membantu kita melengkapkan apa yang terkurang yang diperlukan badan. Jelas kan?

*Credit*

Omega Guard Untuk Siapa?

Terlalu umum pulak untuk semua kan? Ramai yang confuse terutamanya untuk golongan ibu hamil, ibu menyusukan anak, kanak-kanak dan orang tua. Sesuaikan mereka? Maklumlah, kumpulan ini kan macam fragile sedikit. Jawapannya tetap SAMA. BOLEH! Omega Guard sesuai untuk semua golongan dari bayi seawal usia 1 tahun dan ke atas. Malah golongan yang disebutkan tadi adalah sangat-sangat digalakkan mengambil Omega Guard.

Credit pic to beautyoflifetime.blogspot.com
Credit pic to beautyoflifetime.blogspot.com

1) Ibu Hamil. Kenapa???

  • membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • membantu mengurangkan berat badan yang mencanak naik semasa hamil
  • mengawal kenaikan berat badan
2) Ibu yang menyusukan anak. Kenapa???
  • Omega Guard Shaklee akan menyalurkan Omega-3 untuk sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak bayi.
  • sangat membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan. Best kan? Maka, semakin cepat la ibu-ibu ni kurus. Dalam pantang wajib ambil ni tau. Elok juga untuk membantu mengatasi kembang-kembang urat akibat sejuk atau terlalu banyak main air.
3) Kanak-kanak. Kenapa??
  • Omega Guard Shaklee membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan IQ serta kecerdasan otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan terutamanya kanak-kanak yang sering demam, selesema, batuk asma dan ekzema.

4) Mereka yang ada masalah berat badan. Kenapa???

  • Omega Guard Shaklee membantu pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat berbanding lecithin.
  • Meningkatkan hormon leptin yang mana ia sangat membantu anda untuk mengawal selera makan.
5) Mereka yang sering mengalamai masalah kesihatan. Bagaimana tu???
  • Mereka yang kerap batuk berkahak dan selesema yang berterusan.
  • Sering mengalami sakit sendi dan masalah kolesterol yang tinggi
  • Strok
  • Hypertension
omega guard untuk siapa
Antara kebaikan Omega Guard

 

Anda mahu mendapatkan Omega Guard?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

P/s: sila hubungi kami sekiranya anda ingin mendapatkan pakej promosi Omega Guard Beli 6 PERCUMA 1 atau Beli 2 @ 5% diskaun. Hanya sepanjang May 2015.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

 

Omega Guard Untuk Siapa?

12 thoughts on “Omega Guard Untuk Siapa?

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge