Hilangkan Blackhead dan Whitehead | “Rimas! Sakit hati je rasa bila lihat banyak whitehead kat muka. Kalau atas hidung pula penuh je nampak bintik-bintik hitam atau blackhead. Macamana nak hilangkan blackhead dan whitehead ini? Dah serba tak kena je rasa melihat “mereka” ini!”

Apa Itu Blackhead dan Whitehead?

Sebenarnya kedua-dua blackhead dan whitehead ini adalah kumpulan jerawat yang biasa terjadi di kalangan kita orang-orang Asia tambahan pula mereka yang mengalami masalah kulit berminyak.

blackhead dan whitehead

Blackhead adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous“. Bahasa mudahnya, pori tersumbat tetapi dengan keadaan permukaan kulit terbuka. Bila terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan yang akan menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam.

Whitehead pula terjadi dari lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup. Minyak dan bakteria yang terperangkap itu akan membentuk “jerawat dalam” berwarna putih atau kekuningan (kerana tidak ada tindak balas oksida) yang kita panggil whitehead. Whitehead boleh terjadi di semua bahagian muka, dan kadang-kadang di bahagian badan juga.

Hilangkan Blackhead dan Whitehead

Disebabkan keduanya adalah “jerawat”, jadi tiada jalan pintas untuk hilangkan blackhead dan whitehead dengan segera. Yang ada cuma cara “hilangkan blackhead dan whitehead” buat sementara dan kemungkinan akan terus berulang lagi.

Merawat dan mencegah jerawat dari dalaman adalah cara sebenar hilangkan blackhead dan whitewhead jangka panjang kerana ia memberi tumpuan kepada membantu tubuh untuk mengatur rembesan kelenjar minyak seterusnya menghasilkan sebum yang kurang. Untuk hasil yang lagi superb, harus disertai oleh amalan penjagaan kulit luaran yang baik yang membatasi keradangan disebabkan oleh percampuran sebum, sel-sel kulit mati dan bakteria di samping membantu meningkatkan kesihatan folikel.

Hilangkan blackhead dan whitehead dari dalam

Di samping menjaga pemakanan yang seimbang dalam diet seharian, pengambilan vitamin atau suplemen juga penting untuk penampung keperluan yang tidak mencukupi. Ada beberapa vitamin yang disarankan untuk mencegah masalah kulit berminyak, whitehead dan blackhead. Selain itu, set kecantikan kulit juga terbukti berkesan untuk membantu hilangkan blackhead dan whitehead.

set kulit cantik shaklee

hilangkan blackhead dan whitehead shaklee 1 hilangkan blackhead dan whitehead shaklee 2 hilangkan blackhead dan whitehead shaklee 3

P/s: Pemilihan Set Kecantikan Kulit ini adalah berdasarkan keperluan dan budget anda. Kami boleh memberikan konsultasi dan cadangan apa yang sesuai berdasarkan masalah yang anda hadapi.

Hilangkan blackhead dan whitehead dari luar ~ serta merta

petua hilangkan blackhead dan whitehead
Petua mudah DIY di rumah.
shaklee dan whitehead
Cara Shaklee untuk hilangkan blackhead dan whitehead serta merta

Antara Tips Lain Untuk Hilangkan Blackhead dan Whitehead

  1. Cuci muka setiap kali anda rasa kulit berminyak. Gunakan pencuci muka khas untuk mencuci muka dan bukannya sebarangan sabun.
  2. Elakkan menggunakan terlalu banyak mekap. Mekap boleh menyebabkan liang-liang pori tersumbat. Pilih produk yang bersesuaian yang tidak menyumbatkan pori-pori anda.
  3. Gunakan tuala berasingan untuk mengelap muka selepas mencuci. Bukan tuala badan selepas anda mandi
  4. Kurangkan mengambil makanan yang berminyak
  5. Sentiasa memastikan tempat tidur bersih terutamanya sarung bantal
  6. Guna kaedah wap panas dengan meletakkan muka anda di atas mangkuk yang berisi air panas. Wap-wap yang naik akan membuka liang pori dan memudahkan pengeluaraan blackhead dan whitehead. Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori.
  7. Anda juga boleh menggunakan alat khas untuk mengeluarkan blackhead dan whitehead ini tetapi harus berhati-hati kerana kecederaan akan meninggalkan parut yang hodoh.

alat hilangkan blackhead dan whitehead

Credit: PositiveMed, Human N Health

Nak lagi mudah? Klik Sini >>>>> Cara Mudah Hilangkan Whiteheads & Blackheads

“Berblogging bersama Victorious Krew. Entry ini tajaan Ratu Nutrisi

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Hilangkan Blackhead dan Whitehead
Tagged on:                     

12 thoughts on “Hilangkan Blackhead dan Whitehead

Leave a Reply to Nad Dhiya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge