Che Ta Bersalin Kekal Cantik | Wahh.. suka pula nak menulis kali ini. Sebab teruja tengok gambar-gambar Che Ta bersalin yang tetap maintain cantik. Dah macam blog gossip pula.. Hihihi.

Tapi serius saya suka tengok gambar-gambar yang dikongsi tentang Che Ta bersalin ni. Tak kisahlah kalau dia nak mekap pun sebab mungkin dia ada reason tersendiri kenapa nak berhias. Tetapi dari air mukanya jelas menunjukkan Che Ta tetap bertenaga, ceria, dan tak nampak lembik pun walaupun beberapa jam bertarung di bilik bersalin.

Che Ta Bersalin Kekal Cantik.

Jom layan beberapa keping gambar Che Ta bersalin yang sentiasa kekal cantik ni. Bersama baby comel Aisyah Dhia Rana. Wah, nama pun cun kan secomel tuannya.

che ta bersalin kekal cantik

che ta bersalin kekal cantik 2

che ta bersalin kekal cantik 3

*Image googled*

Jeles tengok gambar Che Ta bersalin ni. Ambillah dari sudut mana pun, tetap cantik. Tak nampak seperti baru bersalin. Masih bertenaga (yang ini memang tak boleh nak disembunyikan melalui mekap tebal tau). Pengalaman saya bersalin sulung dulu walaupun masih 20-an waktu itu, tetapi terus flat dah. Dah tak boleh nak senyum-senyum atau posing-posing dengan baby walaupun memang excited manyambut kelahiran sulung.

Pasti Che Ta ada rahsia tersendiri bagaimana mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman (masih bertenaga) walaupun melalui proses kelahiran yang lama. Yang pasti, Che Ta memang seorang yang amat menitikberatkan kecantikan dan kesihatan. Ya, cantik itu dari dalam sebenarnya. Bila makan nutrisi yang berkhasiat dan seimbang, tubuh badan kita dapat menjalankan “tugasnya” dengan baik. Energy pun tak mudah drop. Kekal “muda” dari usia sebenar. Dan untuk kekal sihat bertenaga, bukan hanya dengan berusaha menjaga pemakanan dan menjalani kehidupan yang sihat dalam masa sehari. Ianya menuntut kita konsisten sedari awal, malah sebelum tempoh kehamilan lagi.

Saya Nak Kekal Cantik Bertenaga Macam Che Ta!

Mengidam mak yong ni.. hihihi. Walaupun baru menjangkau usia kehamilan 4 bulan, saya dah mula berangan dan “jeles” tengok Che Ta bersalin masih cantik dipandang mata. Nak jugalah macam ni. Sekurang-kurangnya gambar kenangan dengan baby yang bakal lahir nanti tak ada la ibunya monyok lembik sahaja kan?

Jadi, saya amalkan pemakanan yang sihat bersama dengan bantuan Set Kehamilan Shaklee sedari awal kehamilan lagi. In shaa Allah saya berazam nak konsisten makan hari-hari sampai bersalin. Mudah-mudahan.. Amin.

set mengandung shaklee

Sebenarnya ini kali kedua (hamil anak ke 4) pengalaman saya melalui tempoh kehamilan dengan Shaklee. Banyak bezanya berbanding pengalaman yang lalu sewaktu anak pertama dan anak kedua. Memang saya terus lembik selepas bersalin anak pertama dan kedua. Tau-tau sahaja dah terlelap. Tetapi pengalaman yang sungguh berbeza sewaktu bersalinkan anak ke 3 walaupun ada sedikit masalah sewaktu kelahiran, Alhamdulillah saya masih cergas sehingga malam. Jadi, sebab itulah saya terus dan masih berikhtiar dengan Shaklee untuk kekal sihat dan cergas sepanjang kehamilan dan proses kelahiran anak ke 4 ini nanti. In shaa Allah.

Kelebihan Set Ibu Hamil Shaklee

“Berblogging bersama Victorious Krew. Entry ini tajaan Jom Sihat

Mahu mendapatkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Che Ta Bersalin Kekal Cantik
Tagged on:                         

14 thoughts on “Che Ta Bersalin Kekal Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge