Buasir Ketika Hamil | Anda pernah merasai derita buasir ketika hamil? Peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya sendiri pernah melaluinya sewaktu kehamilan sulung iaitu kira-kira 9 tahun yang lalu.

Waktu itu yang bermain dalam fikiran saya

“Boleh ke saya nak bersalin secara normal ni? Adakah masalah buasir ketika hamil akan bertambah teruk semasa bersalin dan semasa tempoh berpantang?”

Buasir Ketika Hamil

buasir ketika hamil

Biasanya buasir akan surut selepas tempoh berpantang, tetapi boleh kembali berulang apabila ibu-ibu ini hamil lagi. Masalah buasir ketika hamil memang mudah berlaku kerana faktor perubahan hormon yang menyebabkan pembengkakan pembuluh darah ditambah dengan pertambahan berat badan dan pembesaran janin.

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

*Credit*
buasir ketika hamil

Buasir ketika hamil dikategorikan dalam skala ringan, sederhana hinggalah tahap serius bermula hanya sekadar gatal hinggalah menimbulkan kesakitan yang luar biasa dan pendarahan pada dubur setiap kali membuang air besar. Ada sesetengah kes buasir ketika hamil yang serius yang akan memberikan rasa sakit kepada ibu setiap kali melalukan pergerakan termasuk juga sewaktu dia sedang duduk. Keadaan semakin parah setiap kali ibu hamil ini mahu membuang air besar.

Rawatan Yang Mungkin Boleh Membantu Buasir Ketika Hamil

Beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan antaranya ialah;

  • Tuam buasir dengan pek ais berbalut tuala atau kain bersih dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan
  • Sitz bath iaitu rendamkan bahagian punggung ke dalam besen yang berisi air suam selama 10 hingga 15 minit. Tips ini boleh dilakukan berselang seli dengan tips tuaman dengan ais tadi.
  • Banyak kes buasir bermula dengan masalah sembelit, jadi elakkan sembelit dengan minum banyak air dan pengambilan serat samada daripada diet atau dengan makanan tambahan iaitu suplemen.
  • Jangan tangguhkan ke tandas apabila anda rasa hendak membuang air besar kerana masalah sembelit boleh berlaku sekiranya anda sengaja melambat-lambatkannya.

Buasir Ketika Hamil, Bolehkah Bersalin Normal?

Secara umumnya wanita yang mempunyai masalah buasir ketika hamil masih boleh bersalin secara normal. Alhamdulillah, walaupun saya sendiri menderita buasir yang teruk 9 tahun dulu, rezeki saya masih boleh bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang mengalami masalah buasir ketika hamil ini adalah sangat-sangat dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar perbidanan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Juga boleh berbincang secara jelas tentang risiko yang mungkin dihadapi secara proses bersalin bergantung kepada jenis buasir yang anda alami.

Adakah Suplemen Shaklee Yang Boleh Membantu Masalah Buasir Ketika Hamil?

Kami ada 2 vitamin yang boleh membantu masalah buasir ketika hamil iaitu Ostematrix dan Omega Guard.

1. Ostematrix ~magnesium yang terkandung di dalam Ostematrix berperanan

  • melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk mewujudkan pergerakan yang lebih baik dan lancar.
  • juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangannya daripada badan

2. Omega Guard ~ Omega 3 iaitu kandungan utama Omega Guard membantu mengurangkan pembengkakan atau radang salur darah yang mengakibatkan buasir. Terdapat juga beberapa kajian yang membuktikan minyak ikan Omega 3 boleh mambantu melancarkan pergerakan yang lancar di dalam usus dan membantu proses pembuangan air besar yang baik.

Untuk anda yang memang mengamalkan Set Kehamilan Lengkap dari Shaklee, in shaa Allah mudah-mudahan tidak mengalami masalah buasir ketika hamil ini kerana Ostematrix dan Omega Guard memang sudah tersedia di dalam set tersebut. Yang penting, jangan culas, konsisten dan minum banyak air tau.

buasir ketika hamil

Testimoni Shaklee dan Buasir Ketika Hamil

testimoni buasir ketika hamil 1

 

testimoni buasir ketika hamil 2

Mahu mendapatkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Buasir Ketika Hamil
Tagged on:             

One thought on “Buasir Ketika Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge