Atasi Masalah Kulit Berminyak | Masalah kulit berminyak ni sebenarnya merimaskan. Bukan hanya boleh terjadi kepada golongan remaja tetapi dah semakin berusia pun boleh lagi dapat masalah kulit berminyak ni. Minyak yang dihasilkan oleh tubuh membantu mengekalkan kulit yang sihat, tetapi ada ketika ianya boleh menjadi terlalu banyak disebabkan beberapa faktor tertentu. Minyak yang berlebihan dapat menyebabkan jerawat dan juga masalah bintik hitam dan jeragat.

Apa Penyebab Masalah Kulit Berminyak?

  • Faktor genetik
  • Diet yang tidak seimbang atau tidak berhati-hati mengambil makanan berkhasiat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Persekitaran (habuk, kotoran)
  • Pelbagai penyakit (sembelit, lemah fungsi hati untuk menyingkirkan toksid)
  • Stress (badan akan menghasilkan hormon androgen yang berlebihan yang juga menjadi sebab terhasilnya sebum yang berlebihan)
  • Selalu letih
  • Tidur yang tidak cukup
  • Penggunaan alat penjagaan muka atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit
  • Perubahan cuaca

*Credit*

Atasi Masalah Kulit Berminyak Dengan Cara Mudah

Masalah kulit berminyak bukan sahaja membuatkan kita rendah diri, segan nak menghadapi orang lain, tetapi juga menjadi tempat terkumpulnya kotoran dan bakteria. Sebab itu jugalah orang yang mempunyai masalah kulit berminyak ini akan dapat pakej masalah berjerawat sekali. Maka sebab itulah pentingkan kita menjaga kebersihan diri.  Antara tips yang boleh diikuti;

  • Cuba elakkan menyentuh muka dengan menggunakan tangan sebelum dibersihkan (mungkin terdapat kotoran pada tangan anda)
  • Cuci muka 2 kali sehari dengan air suam untuk membuka liang pori-pori dan gunakan pencuci muka yang lembut pada kulit anda, kemudian bilas dengan air sejuk (suhu biasa) untuk menutup kembali pori-pori muka.
  • Sekiranya perlu, gunakan bahan yang sesuai untuk mengelap muka dan menyerap minyak. Elakkan menyapu dengan tuala dan sebaik-baiknya gunakan blotting paper atau medicated pad
  • Jaga pemakanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan dan sayuran hijau serta minum banyak air masak
  • Penting juga memilih produk penjagaan muka yang bersesuaian untuk memastikan masalah kulit berminyak terkawal.

Produk Shaklee Untuk Masalah Kulit Berminyak

#1 ~ Vitamin atau Suplemen dalaman.

Anda boleh dapatkan info yang lebih lanjut di sini tentang vitamin yang dicadangkan.

#2 ~ Produk Penjagaan Luaran

natural glow skincare set

Set Natural Glow Skincare ini kami gabungkan NutriWhite dan Enfuselle. Set basic yang hanya terdiri daripada cleanser, toner dan moisturizer.

NutriWhite Gentle Deep Cleanser ini memang lembut dan membersih ke dalam sehingga boleh menghilangkan minyak dan kotoran sehingga ke dalam, menyebabkan pori-pori muka terbuka waktu ini. Sebab itulah kami gabungkan sekali Sooting Radiance Whitening Softener (toner) yang memang sangat penting digunakan selepas mencuci muka untuk memastikan pori-pori muka akan tertutup kembali. Jangan risau, lembut je pada muka kita, tanpa campuran alkohol dan bahan kimia lain yang pastinya tidak memedihkan muka langsung.

Moisturizer? Pentingkah untuk masalah kulit berminyak?

Ini yang ramai keliru kerana menyangkakan kulit yang berminyak sudah tidak memerlukan pelembab, minyak yang sedia ada di muka sudah bertindak sebagai pelembab muka. Salah tanggapan itu. Sebab itulah kami cadangkan Enfuselle Balancing Moisturizer, yang bersesuaian dengan namanya dan bersifat “balancing”. Enfuselle Balancing moisturizer boleh mengimbangi minyak pada muka. Kalau kulit terlalu kering, Enfuselle Balancing Moisturizer ini boleh membantu melembapkan, dan kalau muka mengalami masalah kulit berminyak, In Shaa Allah Balancing Moisturizer ini membantu mengawal minyak pada kulit muka.

Saya dah menggunakannya Enfuselle Balancing Moisturizer hampir setahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

pencuci muka dan krim shakleeSaya dah menggunakan NutriWhite Cleanser & Toner ini hampir 3 tahun dan baru sahaja hampir setahun menggunakan Enfuselle Balancing Moisturiser. Biar gambar berbicara.. Owh, abaikan kesan pipi yang semakin mengembang. Itu gambar terbaru saya sedang hamil hampir 4 bulan (alasan tembam?)

masalah kulit berminyak

Ini pula mak Shaklee saya Master Arnie. Apa kata beliau tentang Set Natural Glow ni?

Saya mempunyai masalah kulit muka berminyak dan sensitif, jerawat senang tumbuh kalau silap guna skin care. Sejak amalkan B-Comp, Vit-C, Vit-E & ESP Shaklee, jerawat tiada lagi & parut jerawat berkurangan. Kulit wajah rasa lebih lembut & liang pori mengecil dengan gabungan pencuci muka NutriWhite Deep Cleanser & Soothing Radiance (NW Toner).

Masalah kulit muka berminyak juga berkurangan selepas konsisten pakai Enfuselle Balancing Moisturizer. Terima kasih kepada Mai Iskandar, Yana Fandi & Tuty Rahiza yg introduce Enfuselle Balancing Moisturizer (EBM) kepada saya!

Nak tau rahsia cantik beliau selain ini tak? Jom terjah sini 🙂

Dan ini pula testimoni bergambar dari anak buah kesayangan saya Fiza Ratu Nutrisi;

testi EBM 3

Baru beberapa bulan mencuba yang pasti dah nampak beza ketara muka yang berminyak walaupun pakai mekap dengan natural beauty tanpa mekap setelah mengamalkan Enfuselle Balancing Moituriser. Memang serius tak rugi mencuba tau.

Anda mahu mendapatkan Natural Glow Skincare Set?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan penggunaan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Atasi Masalah Kulit Berminyak Dengan Mudah

7 thoughts on “Atasi Masalah Kulit Berminyak Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge