Air Detoks atau Infused Detox Water | Glamer kan sekarang ni air detoks ni. Kat mana-mana pun ramai yang share tentang air detoks.
Hampir semua orang tahu yang kita perlu minum air kosong yang banyak setiap hari (anda boleh semak berapa liter keperluan anda di sini). Tapi tak semua orang suka minum air kan? Jadi untuk menggalakkan lebih ramai yang minum air kosong ini tanpa ada rasa “eeeiiii tak sedap!!”, terhasillah idea untuk memperkenalkan air detoks atau infused detox water ini.
Apa Itu Air Detoks atau Infused Detox Water?
Air detoks adalah campuran air putih dengan buah-buahan untuk memberikan rasa manis buah semulajadi di samping khasiat buah-buahan itu sekali. Biasanya dibiarkan dulu selama 4-5 jam untuk menjadikannya lebih sebati. Ā Paling mudah, sediakan air detoks atau infused detox water ini malam sebelum tidur. Tutup kedap di dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk. Bangun pagi esoknya dah boleh minum air detoks ni.
Rasa sedap manis buah ini akan menggalakkan kita minum air kosong dengan lebih banyak. Jadi, senanglah tubuh badan kita nak “bekerja”, dan menjalankan proses detoks dengan lebih baik. Jangan tak tahu minum air yang banyak juga merupakan rahsia awet muda dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Kebaikan Air Detoks atau Infused Detox Water
- meningkatkan metabolisma badan
- mengenyangkan dan menjadikan kita kurang mengambil kudap-kudap
- menyingkirkan lemak-lemak badan secara semulajadi
- membantu penyerapan makanan dan nutrien yang baik di dalam badan
- menyingkirkan toksin
- meningkatkan mood positif
- mengurangkan keletihan
- mengekalkan bekalan air dalam badan – mengelakkan dehidrasi
- mengurangkan kelesuan atau keletihan otot ketika bersenam
Disebabkan air detoks atau infused detox water ini tidak mengandungi kalori, dan tanpa perisa atau pewarna tambahan, jadi kita boleh minum seberapa banyak yang kita mahu. Lebih baik tukarkan air detoks ini dengan air manis bergula yang selalu menjadi hidangan harian kita kan? š
Resepi Air Detoks D.I.Y
Senang je nak buat sendiri air detoks ni. Potong-potong buah-buahan yang sesuai mengikut kegunaan dan kebaikannya, kemudian campurkan bersama-sama air kosong. Kat sini saya share 4 resepi yang paling popular ye.




Ini antara yang glamer sahaja. Banyak lagi resepi-resepi lain yang boleh di dapati di sini. Cubalah anda mesti akan rasa “ketagih” dan menjadikannya sebagai minuman kegemaran anda.
Buat mereka yang ada Performance Drink, boleh juga tambah sedikit dalam campuran air detoks ini untuk memberikan lebih rasa dan membantu anda kekal hidrat sepanjang hari.
Selamat mencuba
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan diĀ yanavitaminkita@gmail.comĀ atau boleh hantarkan sms/whatsapp keĀ 019-9109009
Pingback: Lemon Asid Atau Alkali? | Lemon Untuk Gastrik?