Vitamin Untuk Rambut Sihat | Rambut yang cantik sihat berseri pastinya menjadi idaman setiap wanita. Malah kaum adam juga turut mengimpikan rambut yang lebat dan sihat. Ramai yang menyangka penjagaan rambut hanyalah dari luaran seperti shampu, perapi dan tonik rambut sahaja. Tetapi lebih daripada itu sebenarnya.

vitamin untuk rambut

Ramai dari kita yang tidak menyedari rambut yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat sebenarnya. Sebagai contoh, makanan yang mengandungi lemak berlebihan bukan sahaja akan mengakibatkan berat badan kita mudah naik, tetapi juga turut mengakibatkan kulit kepala berminyak, berkelemumur dan dan mengganggu masalah hormon yang tidak stabil. Makan terjadilah masalah rambut gugur, rambut bercabang, kasar, dan bermacam-macam lagi masalah rambut.

“Masalah rambut pun boleh atasi dengan vitamin ye kak? Saya ingat sebab shampu saya guna je yang banyak bahan kimia”

Ini selalu saya dengar. Betul, bahan kimia yang terkandung dalam set penjagaan rambut kita juga mempengaruhi masalah kerosakan rambut. Sebab itulah pentingnya memilih produk penjagaan rambut yang bebas bahan kimia dan semulajadi.

Tetapi faktor utamanya berpunca dari makanan kita sehari-hari. Apa sahaja yang kita makan akan memperlihatkan kesihatan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sihat makanan kita, makan lebih sihatlah tubuh badan kita. Begitu jugalah sebaliknya.

Jadi rahsia rambut cantik berseri sebenarnya bermula dari makanan kita setiap hari. Jom, mulai sekarang penuhkan pinggan kita dengan nutrisi berkhasiat sebagai vitamin untuk rambut sihat.

Vitamin Untuk Rambut Sihat

1. Zat Besi dan Zink

Menurut Wilma Bergfeld (MD dematologist di Cleveland Clinic), zat besi dan zink sangat diperlukan untuk membantu folikel rambut tumbuh dengan sihat. Beliau menyarankan mengambil daging merah (lembu atau kambing) tanpa lemak 2 kali seminggu. Padankan bersama apa-apa sumber yang kaya Vitamin C seperti buah-buahan citrus untuk membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif.

Zat besi diperlukan untuk penghasilan sel darah merah. Sel-sel darah merah ini berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk ke akar-akar rambut bagi menguatkan akar-akar rambut.

2. Vitamin D

Beberapa kajian telah mendapati bahawa vitamin D dapat membantu mengaktifkan pertumbuhan rambut. Walaubagaimana pun agak sukar untuk kita mendapatkan sumber vitamin D yang baik. Ada beberapa sumber makanan semulajadi tetapi sukar diperolehi dengan kadar yang mencukupi. Walaupun kita boleh mendapatkan sumber vitamin D dengan mendedahkan diri kepada sinaran cahaya matahari selama beberapa minit setiap hari, namun ramai pakar yang menasihatkan untuk menghindarkan diri mengamalkannya kerana pendedahan yang terlalu lama kepada sinar UV boleh merbahayakan kesihatan kulit. Solusi terbaik, amalkan suplemen Vitamin D.

3. Protein

Vitamin untuk rambut sihat yang paling penting ialah protein. Protein adalah blok binaan terpenting dalam badan kita. Ianya makanan sel untuk membentuk sel-sel yang sihat dan cantik. Sel-sel yang cantik menguatkan akar rambut dan menyihatkan rambut. Dipercayai kaum wanita memerlukan sekitar 46 gram protein setiap hari.

4. Asid Lemak Omega 3

Makan ikan yang kaya omega 3 seperti salmon 2 kali seminggu untuk rambut yang bersinar dan lembap. Atau cara lain kita boleh amalkan suplemen 1,000 mg DHA dan EPA setiap hari. Istimewanya Omega 3 bukan sahaja menjadikan rambut anda bak sutera (cewaah) tetapi juga membantu mengurangkan kemurungan dan memelihara kesihatan jantung.

5. Biotin

Biotin adalah salah satu komponen utama dalam kumpulan Vitamin B. Biotin sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan rambut yang optimum. Kekurangan biotin boleh mengakibatkan masalah teruk kepada rambut dan kulit kepala.

Credit: Huffington Post, Health Digest, True Hair Growth

Cara termudah untuk mendapatkan bekalan vitamin untuk rambut di atas adalah melalui pemakanan sihat dan seimbang. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu untuk menjaga pemakanan harian anda, maka pengambilan makanan tambahan adalah langkah paling mudah dan selamat bagi membantu anda mengatasi masalah rambut anda.

Apa Shaklee Ada Sebagai Vitamin Untuk Rambut?

Sekiranya anda mahu berikhtiar dengan Shaklee, kami ada beberapa vitamin yang sesuai untuk kesihatan dan kecantikan rambut.

rahsia rambut sihat cantik berseri

  • Vitalea (sumber zat besi)
  • Zinc Complex
  • Ostematrix (sumber Vitamin D)
  • ESP (sumber protein) ~ dihasilkan dari kacang soya organik dan tidak diubah genetiknya.
  • Omega Guard (sumber omega 3 kaya DHA & EPA)
  • B Complex (sumber biotin) ~ Shaklee adalah satu-satunya pengeluar makanan tambahan vitamin B Complex yang dilengkapi 8 komponen vitamin B lengkap termasuk biotin pada kadar 100% seperti yang telah ditetapkan oleh US RDA.

Shaklee juga mempunyai produk penjagaan rambut luaran iaitu Prosante (klik sini untuk info lanjut), bebas paraben, bebas bahan kimia dan selamat digunakan oleh sesiapa sahaja. Inilah rahsia rambut cantik berseri pada pengamal tegar Shaklee sebenarnya. Kombinasi hebat produk penjagaan luaran dan dalaman dengan vitamin untuk rambut sihat.

vitamin untuk rambut

Bagaimana mahu mendapatkan Set Vitamin Untuk Rambut Sihat Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan dan penggunaan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin Untuk Rambut Sihat
Tagged on:                             

6 thoughts on “Vitamin Untuk Rambut Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge