Testimoni ESP: Kesan Paling Ketara Bagi Saya | Hari ini saya nak berkongsi Testimoni ESP tentang diri sendiri. ESP memang antara yang 1st saya addicted.

i Love ESP

“Pertemuan pertama” dengan Set 3M semasa berikhtiar nak menyusukan anak ke 2 saya lebih 4 tahun setengah yang lalu, setelah gagal menyusukan anak sulung fully breastmilk sampai 2 tahun.

Mula-mula rasa tak sedap. Tak nak minum dah rasanya sebab saya ni memang sukar nak minum susu tepung. Tapi selepas Master Arnie share macamana nak bagi sedap minum, ESP ni tak tahan satu canister pun sebulan. Kadang-kadang vitamin lain yang saya skip tetapi ESP tetap konsisten 3 kali sehari. Sedaap!! Kalau sekali order barang mesti ESP ni lebih dari satu can.

esp shaklee

Testimoni ESP saya: Apa kesan paling ketara bagi saya dengan ESP?

#1 ~ kekal bertenaga. Yang ni memang terasa bezanya. Work-and-pump mom kat opis sampai lewat maghrib, usung bag pump dan EBM naik tren lagi, balik rumah boleh masak, buat kerja rumah, breastfeed tidokan baby dan boleh bangun balik pump dan settlekan kerja rumah lagi. Tak adalah melepet je rasa.

#2 ~ masalah migraine saya Alhamdulillah hilang. Jarang sangat kena sakit kepala.

#3 ~ kenyang yang lama. Saya memang suka makan. Sambil buat kerja kat opis, sambil mulut mengunyah kudapan. Mungkin sebab breastfeed, lepas pump sahaja saya boleh menggigil-gigil kelaparan. Tak ada cara lain saya kena makan. Tapi ESP berjaya buatkan saya kurang mengambil kudap-kudap dan gantikan ESP sebagai alternatifnya.

#5 ~ berat badan saya turun!! Pelik tapi benar. Baju-baju zaman anak dara semua dah muat balik. Jeans size 27 pun dah boleh pakai semua. Waaahhh memang seronok sangat! Tak sampai setahun, berat dulu-dulu dah boleh dapat balik. Berat maintain 48-50kg sahaja. Lama saya nak dapat balik berat ni sejak kawin tak pernah dapat balik pun. Selalu dok berat statik je kat 58-60kg!! Tak sesuai dengan saya yang tak berapa nak tinggi.

testimoni ESP saya
Gambar kiri: Berat 58kg, Mar 2010 ~ sebelum amalkan ESP. Gambar kanan: Berat 50kg, Sept 2011 ~ selepas amalkan ESP berterusan dan saya hamil anak ketiga 4 bulan waktu itu.

 

#6 ~ orang kata kulit saya lebih cantik. Tapi disebabkan saya ni tak berapa nak ambil peduli sangat bab-bab kulit cantik ni (masa tu), jadi macam tak perasan sangat la. Cuma banyak kali kawan-kawan bertanya “tukar foundation ke? Pakai compact powder apa?” Padahal saya baru lepas solat (dah cuci muka) dan tak pakai apa-apa pun. Suka!!

#7 ~ kulit makin lembab, rambut dah kurang sangat gugur. Alhamdulilah

#8 ~ dan impian saya nak menyusukan anak selama 2 tahun genap tercapai. Banyak halangan juga kadang-kadang susu drop sebab busy dengan meeting, jadual pump terlari, tetapi dengan izin Allah saya berjaya juga.

Itu antara testimoni ESP saya. Mungkin ada yang saya tak sedar atau ada yang terlebih perasan cantik kot. Hihihi.. Terima kasih ESP kerana banyak mengubah hidup saya. Sekarang ESP dah wajib hari-hari saya ambil. Bukan semasa breastfeeding sahaja. Semasa planning untuk hamil, sewaktu hamil, berpantang dan berteruskan sampai sekarang sudah hampir 5 tahun. Alhamdulillah.

Macamana Resepi ESP Saya?

Boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sendiri. Antara yang selalu saya minum

  • ESP + Tropicana Twister
  • ESP + Performance
  • ESP + Kurma (blend)
  • ESP + Ribena
  • ESP + Performance + Shaklee Collagen Powder (tak sesuai untuk ibu hamil dan menyusukan)
  • ESP + Buah + Susu (smoothies)

Antara resepi lain, anda mungkin boleh mencuba

  • ESP + Milo
  • ESP + Fresh Milk
  • Dan apa-apa juga resepi mengikut citarasa sendiri.

Yang penting, jangan gunakan air panas dan tidak dicampur bersama teh atau kopi.

Itu kisah testimoni ESP dari saya. Anda ada kisah menarik dan kenangan indah per”cinta’an dengan ESP? Jom kongsikan bersama saya.

Bagaimana mahu mendapatkan ESP Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

p/s: Sila hubungi kami untuk pembelian Set Promosi Beli 6 PERCUMA 1 sepanjang Oktober 2014

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

 

Testimoni ESP: Kesan Paling Ketara Bagi Saya
Tagged on:     

11 thoughts on “Testimoni ESP: Kesan Paling Ketara Bagi Saya

Leave a Reply to Oja Samid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge