lazada after party sales

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat | Saya paling runsing bila anak-anak diserang selsema. Tambahan pula si kecik yang belum tahu bagaimana nak buang hingus dan asyik merengek bila rasa tidak selesa atau hidung mula tersumbat.

Risau dengan pelbagai kemungkinan berlaku akibat jangkitan virus sekiranya demam selsema berlarutan, tetapi seboleh-bolehnya saya cuba rawatan tanpa ubat.

Saya kongsikan di sini antara petua hilangkan demam selsema dengan cepat dan rawatan tanpa ubat.

petua hilangkan demam selsema

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat (Petua Tradisional)

petua hilangkan selsema

#1 Air didihan beras

Ambil air didihan beras, sejukkan dan minum semasa masih suam-suam. Air didihan yang sejuk agak berlendir dan pekat (susah untuk ditelan). Dipercayai dapat menghilangkan rasa gatal-gatal dan kering pada kerongkong.

#2 Halia

Ketuk halia dan campurkan ke dalam air perahan limau. Minum panas atau suam. Dipercayai dapat menghilangkan rasa sejuk dalaman.

#3 Kunyit Hidup & Kapur

Untuk bayi, amat sesuai petua ini dengan mencalitkan sedikit kunyit hidup atau kapur pada bahagian batang hidung mereka. Kesannya seolah-olah sapuan vicks dan menyamankan nafas.

#4 Sireh

Ramas beberapa helai daun sireh sehingga keluar lendirnya. Sapu lendir daun sireh itu pada batang hidung.

#5 Madu

Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Bagi dewasa boleh amalkan makan madu secara terus atau dicampur dengan air suam serta sedikit limau nipis.

#6 Bawang putih

Bakar bawang putih dan ketuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam air suam dan minum

#7 Mandi

Mandi air suam dan elakkan mandi malam

#8 Basahkan ubun-ubun kepala

Saya tidak pasti apa disebalik petua ini tetapi selalu dengar nenek sentiasa berpesan agak selalu basahkan ubun-ubun ketika selsema.

#9 Elakkan susu lembu

Petua hilangkan demam selsema bagi kaum Cina. Elakkan pengambilan / memberi susu lembu (anak-anak) semasa selsema kerana memekatkan kahak dan melambatkan proses pemulihan.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat (Petua Moden)

  1. Tidur mestilah cukup. Selsema menunjukkan badan anda perlukan rehat yang lebih. Banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti luaran.
  2. Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti oren dan jambu batu
  3. Minum lebih banyak air dan lebih baik amalkan air suam setiap masa.
  4. Boleh mencuba teknik wap. Letakkan semangguk air panas dan hidu wap-wap yang naik itu. Dipercayai dapat melegakan pernafasan dan membantu mencairkan kahak secara semulajadi.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat Shaklee?

petua hilangkan demam selsema dengan cepat
Dapatkan tips menghilangkan demam selsema dengan cepat bersama Shaklee ekslusif dari kami dengan setiap pembelian. Hubungi kami segera!

Anda mahu mendapatkan Set Immune Booster?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
Tagged on:

28 thoughts on “Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Leave a Reply to arnie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge