Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat | Saya paling runsing bila anak-anak diserang selsema. Tambahan pula si kecik yang belum tahu bagaimana nak buang hingus dan asyik merengek bila rasa tidak selesa atau hidung mula tersumbat.
Risau dengan pelbagai kemungkinan berlaku akibat jangkitan virus sekiranya demam selsema berlarutan, tetapi seboleh-bolehnya saya cuba rawatan tanpa ubat.
Saya kongsikan di sini antara petua hilangkan demam selsema dengan cepat dan rawatan tanpa ubat.
Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat (Petua Tradisional)
#1 Air didihan beras
Ambil air didihan beras, sejukkan dan minum semasa masih suam-suam. Air didihan yang sejuk agak berlendir dan pekat (susah untuk ditelan). Dipercayai dapat menghilangkan rasa gatal-gatal dan kering pada kerongkong.
#2 Halia
Ketuk halia dan campurkan ke dalam air perahan limau. Minum panas atau suam. Dipercayai dapat menghilangkan rasa sejuk dalaman.
#3 Kunyit Hidup & Kapur
Untuk bayi, amat sesuai petua ini dengan mencalitkan sedikit kunyit hidup atau kapur pada bahagian batang hidung mereka. Kesannya seolah-olah sapuan vicks dan menyamankan nafas.
#4 Sireh
Ramas beberapa helai daun sireh sehingga keluar lendirnya. Sapu lendir daun sireh itu pada batang hidung.
#5 Madu
Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Bagi dewasa boleh amalkan makan madu secara terus atau dicampur dengan air suam serta sedikit limau nipis.
#6 Bawang putih
Bakar bawang putih dan ketuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam air suam dan minum
#7 Mandi
Mandi air suam dan elakkan mandi malam
#8 Basahkan ubun-ubun kepala
Saya tidak pasti apa disebalik petua ini tetapi selalu dengar nenek sentiasa berpesan agak selalu basahkan ubun-ubun ketika selsema.
#9 Elakkan susu lembu
Petua hilangkan demam selsema bagi kaum Cina. Elakkan pengambilan / memberi susu lembu (anak-anak) semasa selsema kerana memekatkan kahak dan melambatkan proses pemulihan.
Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat (Petua Moden)
- Tidur mestilah cukup. Selsema menunjukkan badan anda perlukan rehat yang lebih. Banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti luaran.
- Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti oren dan jambu batu
- Minum lebih banyak air dan lebih baik amalkan air suam setiap masa.
- Boleh mencuba teknik wap. Letakkan semangguk air panas dan hidu wap-wap yang naik itu. Dipercayai dapat melegakan pernafasan dan membantu mencairkan kahak secara semulajadi.
Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat Shaklee?

Anda mahu mendapatkan Set Immune Booster?
Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Wah..ada doa untuk selsema ya..gabungan mantap immune booster shaklee memang terbaik!
Nur recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat
Petua air didih beras tu baru tau..boleh cuba nanti kalau perlu. Thanks Yana:-)
Maizura recently posted…Petua Hilangkan Demam Selesema Dengan Cepat
waaaahh! ade doa! boleh amalkan insyaALLAH. thnx for sharing! 😀
jemput singgah ‘rumah’ kami hehheheh
wah, padat dgn info. kami pun suka home remedies utk demam selsema. ^_^
Oja Samid recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat
Banyak petua ni…maceh
Miracle Vitamins recently posted…Melegakan Sakit Sendi Lutut Sebelum Parah
Info yang menarik,,,adeh kak yana kita tak sempat lagi buat entri ini. Tinggal lagi 4 jam je
azimah mohd zainuddin recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
dulu kecik2 paling suka minum air didihan beras. even tak demam..hahaha..
Air didihan beras tu mcm mna.
Bila masak nasi, lebihkan sikit airnya.. waktu nasi tengah mendidih tu, ambil sedikit airnya.. tu la air didihan beras.
saya lebih rela telan garlic complex daripada bubuh dalam air dan minum..kembang tekak..
madu memang superb..tu pilihan saya bila batuk tak surut-surut
tutyrahiza recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
Ni sudah bagus, siap dengan doa!
Farah recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
good tips.. syiokkk
Hasfiza Hassan recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
Petua tradisional tu bagus, tp biasa2 kita ni ramai yg berpenyakit malas..sbb tu tak nak ikot..hehe
Mama Olin recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat
petua guna air didihan beras tu pun br tau.
Pingback: Promosi Berganda Disember 2014! - Vitamin Kita
yg bab teknik wap tu mmg brkesan.. sbb sy slalu wat time selsema. buat kopi pnas2..pastu hidu kopi tu..syiokkk..trus kring selsema..hehe
Nice info. TQ
Banyak petua yang boleh diamalkan. Selalunya saya cuma guna cara ketuk bawang putih, kemudian letakkan sedikit minyak zaitu sebelum diwapkan. Alhamdulillah berkesan. Ini lagi banyak petua ni, nanti boleh cuba 🙂
Farhana recently posted…60 Koleksi Resepi Untuk Bayi Yang Sedap & Berkhasiat
Yang petua bawang putih tu selalu buat kat anak, tapi bukan untuk minum la.. buat garlic oil, sapu kat belakang, dada dan tapak kaki diorang.. memang kalo time anak-anak tak sihat, 1 bili memang berbau bawang putih hihihi….
efie muhamad recently posted…Merawat Anak Demam Selsema Secara Remedi di Rumah
Adoyay…selesema tiba2 menyerang.. lagi beberapa hari lagi nk spm..semoga dgn adanya petua ni dapat menyembuhkan demam selesema saya
Jerebu sekarang ni mmg cpt la kena selsema kan.. Take care, dik. All the best dalam spm nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin
Part susu lembu tu yang banyak orang tak tau….kita punya la gigih suh minum susu bagi cepat baik, rupanya itu punca tak baik baik
Waaaaaa nak spm tapi selsemaaaa sangat tak selesa. Boleh cuba semua petua ni in syaa allah
Klau untuk baby yg blom cukup 2 blan lg mxm mnew yew..
http://www.vitaminkita.net/2015/07/ikhtiar-hilangkan-batuk-dan-selsema-bayi.html jemput baca sini ye puan.. ada saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman sendiri
Pingback: Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat |
Great tips! Elak minum susu lembu tue betul, saya pun pernah dengar.. Dan sy perasan jugak, kalau kita minum susu lembu masa tengah kena flu, lagi lambat baik selsema tue..
Untuk anak2 flu, selain dari beri NutriFeron, sekarang sy suka apply minyak bawang putih.. nak buat pun senang je, dan Insya Allah selamat sebab dari bahan2 semulajadi aje.. go naturale, bebeh.. 😀
arnie recently posted…5 Tips Mudah Cara Makan Minyak Ikan OmegaGuard Bagi Kanak-Kanak
Pingback: Menyusukan Bayi Semasa Sakit | Teruskan Atau Hentikan? - Vitamin Kita