Menu Diet Sarapan Pagi Popular | Saya suka sarapan! Sudah terbiasa sarapan dengan menu yang berat-berat setiap hari (suatu masa dahulu..). Tahukah apa yang saya terbayang bila sebut Menu Sarapan Pagi (dibaca tanpa DIET ya)? ^_*

Tadaaaa..

menu sarapan pagi popular
Menu Sarapan Pagi Popular di Malaysia.. Nasi Goreng, Mee Goreng, Kuetiaw Goreng, Teh Tarik, Kopi Tarik, etc.

Kalau di pantai timur pula (owh I’m Kelantanese), yang selalu menjadi hidangan menu sarapan pagi popular saya ialah..

menu sarapan popular nasi dagang
Nasi Dagang.. lengkap lauk ayam atau ikan atau kadang-kadang ada udang sekali bersama acar dan telur. Sumpah sedap!
menu sarapan popular nasi kerabu
Nasi Kerabu… Ada keropok, ikan percik atau ada ketikanya dihidang bersama solok lada dan telur masin. Walllaaaaahh!!
menu sarapan popular nasi berlauk
Nasi Berlauk.. nampak simple tapi kuah lemak ikan tongkol ni memang memikat selera boleh tambah sampai 2-3 kali. Yang ni saya paling suka!!!

Itu bila topiknya menu diet sarapan pagi popular yang diabaikan ‘DIET’nya. Tetapi hakikatnya, menu popular ini mengandungi kalori, gula,  lemak, dan segala macam yang tinggi dan kesan jangka panjangnya boleh meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan strok.

Menu Diet Sarapan Pagi Popular.

Berikutan peredaran masa, sudah ramai yang sedar tentang pentingnya mengamalkan menu diet sarapan pagi yang sihat setiap hari.  Bukan sahaja untuk menjaga dan mengekalkan berat badan ideal, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan agar lebih berkualiti.  Menu diet sarapan yang sihat haruslah mencukupi dengan keperluan energi, lengkap vitamin dan mampu membuatkan anda berasa KENYANG.

Menu diet sarapan pagi yang semakin popular masa kini;

Telur

menu diet sarapan pagi popular
Salah satu cara penyediaan sarapan pagi “scrambled egg” dan roti wholemeal
  • kaya protein dan tinggi kalori
  • mengandungi choline yang penting untuk daya ingatan serta karoten dan zeaxantin yang baik untuk kesihatan mata

Oat

sarapan pagi oat
Oat dah buah-buahan memang kombinasi terbaik
  • makanan tinggi karbohidrat kompleks, mampu menyimpan tenaga selama berjam-jam
  • oatmeal dihadam secara perlahan-lahan dan membantu memberi kesan kenyang yang lebih lama
  • menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • menurunkan paras kolesterol
  • mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

Bijirin Gandum

sarapan pagi cereal
Cereal.. selalu menjadi pilihan terutamanya anak-anak. Sesuai dicampur dengan susu dan buah-buahan

Seperti oat, cereal juga mempunyai kebaikan yang seakan sama. Biasa menjadi pilihan anak-anak berbanding oat yang bagi mereka mungkin TAK SEDAP. Sesuai dicampur buah-buahan dan susu atau Shaklee Meal Shakes.

Smoothie atau Protein Shakes

sarapan protein shakes
Menu diet sarapan pagi paling popular masa kini, senang, lazat dan berkhasiat

Ini dah semakin hari semakin popular. Mungkin layak digelar Menu Diet Sarapan Pagi Paling Popular.

  • mudah disediakan
  • lengkap protein dan nutrien perlu yang penting untuk badan
  • memberikan kesan kenyang yang lebih lama
  • membekalkan tenaga segera dan berkekalan

Dan ini juga menu diet sarapan pagi popular Shaklee. Saya kongsikan di sini resepi Cinch Shakes dan Mighty 3 Gems (ESP, Performace Drink dan Meal Shakes.

Pilihan Protein Shakes Shaklee yang sesuai juga dijadikan smoothies
Pilihan Protein Shakes Shaklee yang sesuai juga dijadikan smoothies

Cabaran blogging bersama GenkiMomma, Baby Kawaii Store, Miracle Vitamins & LoveHutLadyVitamin

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee
Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Tagged on:                         

15 thoughts on “Menu Diet Sarapan Pagi Popular

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge