Menu Diet Sarapan Pagi Popular | Saya suka sarapan! Sudah terbiasa sarapan dengan menu yang berat-berat setiap hari (suatu masa dahulu..). Tahukah apa yang saya terbayang bila sebut Menu Sarapan Pagi (dibaca tanpa DIET ya)? ^_*
Tadaaaa..

Kalau di pantai timur pula (owh I’m Kelantanese), yang selalu menjadi hidangan menu sarapan pagi popular saya ialah..



Itu bila topiknya menu diet sarapan pagi popular yang diabaikan ‘DIET’nya. Tetapi hakikatnya, menu popular ini mengandungi kalori, gula, lemak, dan segala macam yang tinggi dan kesan jangka panjangnya boleh meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan strok.
Menu Diet Sarapan Pagi Popular.
Berikutan peredaran masa, sudah ramai yang sedar tentang pentingnya mengamalkan menu diet sarapan pagi yang sihat setiap hari. Bukan sahaja untuk menjaga dan mengekalkan berat badan ideal, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan agar lebih berkualiti. Menu diet sarapan yang sihat haruslah mencukupi dengan keperluan energi, lengkap vitamin dan mampu membuatkan anda berasa KENYANG.
Menu diet sarapan pagi yang semakin popular masa kini;
Telur

- kaya protein dan tinggi kalori
- mengandungi choline yang penting untuk daya ingatan serta karoten dan zeaxantin yang baik untuk kesihatan mata
Oat

- makanan tinggi karbohidrat kompleks, mampu menyimpan tenaga selama berjam-jam
- oatmeal dihadam secara perlahan-lahan dan membantu memberi kesan kenyang yang lebih lama
- menstabilkan kandungan gula dalam darah
- menurunkan paras kolesterol
- mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Bijirin Gandum

Seperti oat, cereal juga mempunyai kebaikan yang seakan sama. Biasa menjadi pilihan anak-anak berbanding oat yang bagi mereka mungkin TAK SEDAP. Sesuai dicampur buah-buahan dan susu atau Shaklee Meal Shakes.
Smoothie atau Protein Shakes

Ini dah semakin hari semakin popular. Mungkin layak digelar Menu Diet Sarapan Pagi Paling Popular.
- mudah disediakan
- lengkap protein dan nutrien perlu yang penting untuk badan
- memberikan kesan kenyang yang lebih lama
- membekalkan tenaga segera dan berkekalan
Dan ini juga menu diet sarapan pagi popular Shaklee. Saya kongsikan di sini resepi Cinch Shakes dan Mighty 3 Gems (ESP, Performace Drink dan Meal Shakes.

“Cabaran blogging bersama GenkiMomma, Baby Kawaii Store, Miracle Vitamins & LoveHutLadyVitamin“
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
kalau tak difikirkan kalori… memang mau nasi kerabu n nasi dagang hari2. tapi skang, mighty 3 gems dihatiku!!
Hasfiza Hassan recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
nasi kerabu pun bagus tau sebab ada ulam-ulam banyak.. tapi x berapa sesuai la kalau nak berdiet.. sekali sekala boleh ambil tapi make sure ada “perisai”
Yana VitaminKita recently posted…Cara Makan Collagen Powder Shaklee
Menduga iman btol makanan ni sume…sabar rolin, sabar..minum mighty 3 gems set je la..sihat & leh jaga badan skit..hheehe
Mama Olin recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Menduga iman btol makanan ni sume…sabar rolin, sabar..minum mighty 3 gems set je la..sihat & leh jaga badan skit..makan utk sihat kan?
Mama Olin recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Hihihi… boleh sekali sekala ambil MENU SARAPAN PAGI POPULAR tu.. tapi lepas tu jangan lupa alfalfa, lecithin, ngan omega ye 🙂
Yana VitaminKita recently posted…Acacia Gum Atau Al-Manna Dalam Meal Shakes
Nasi dagang kat AU4 ni best tau
Farah Rahim recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
yang sebelah petronas tu ke Farah? ada makcik jual kat kedai sederet tu kan.. penuh makanan kelantan kan?
Yana VitaminKita recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Nasi kerabu dulu tak boleh terima sebab warna biru..tapi sejak duduk pantai timur ni saje try2 ehhhh sedapppp la pulak. Rugi x try dari dulu hihi..
Nur recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Paling suka nasi berlauk + ikan tongkol..feberet tau..mmg da jd org kelantan sejak ddk sini..heheheheh…
ayyyooo faha.. sedapnyaaa… sini ssh nak jumpa yang pure mcm kat kelantan tu… sambal tumis nasi kerabu kat sini pun xlemak berkrim tau.. mungkin guna santan cair kot.. kalau kat sana kan santan pekat confirm :p
Yana VitaminKita recently posted…Membeli Sambil Menderma Dengan MEAL SHAKES Beli 3 PERCUMA 1
Adei..meleleh air liur tgk makanan. Nasi dagang dgn nasi kerabu tu kire berat jgk klu di buat sarapan pagi.
orang yang ‘rajin’ sangat macam kita amek set mighty 3 gems je..hehe ^^
Bestiesheteen recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat
Sedapnya Nasi Kesrabu tue! Suka Solok Lada!
arnie recently posted…Menu Diet Sarapan Pagi Popular
tambah lagi ayam percik, daging bakar, telur masin.. walllahhh.. budu buh banyak2 skit.. yg paling best lau sambal tumis tu santan pekat2 kan.. hehehehe.. dah lari topik dah ni,..
Pingback: "Saya Tak Makan Tapi Berat Badan Naik!" | Starvation Mode