Kurma Shake Untuk Ibu Hamil | Detik awal kehamilan memang mencabar terutama bagi ibu-ibu yang mengalami alahan teruk seperti saya. Sukar menerima sebarang makanan. Masuk sikit, terus keluar balik. Sudahnya terpaksa bertahan dengan Performance Drink bagi mengekalkan hidrasi badan.

Tapi walau teruk bagaimana pun alahan, dan sukar bagaimanapun untuk menelan, ibu-ibu juga tidak boleh mengabaikan kesihatan kandungan yang memerlukan khasiat untuk pembesaran. Mesti berusaha mencari alternatif makanan sebagai penawar alahan teruk.

Kurma Shake Untuk Ibu Hamil

Kurma bukan sahaja makanan sunnah mengikut Islam tetapi ianya juga merupakan buah kering yang kaya dengan glukosa, serat, dan membantu memberi tenaga tambahan dengan cepat.

Tahukah anda bahawa pengambilan minuman manis mengambil masa selama 20-30 minit untuk diserap kerana kandungan gulanya yang tinggi. Sedangkan kurma menyerap di dalam badan selama 45-60 minit dan ia berjaya membuktikan bahawa buah kurma pembekal tenaga yang berkekalan.

khasiat buah kurma

Buah kurma juga sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung. Ia kaya dengan vitamin B6, asid folik, kalium, zat besi dan magnesium. Istimewanya kerana magnesium sangat susah untuk diperolehi dalam bentuk semulajadi sedangkan ianya penting untuk ibu-ibu mengandung. Magnesium berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah yang lancar.

Resepi Kurma Shake

Untuk memberi lebih rasa kenyang, saya cuba untuk membuat kurma shake bersama air susu. Namun kerana kesukaran menelan susu yang amat susah bagi saya, saya gantikan dengan ESP dan Meal Shakes. Ada ketika, saya campurkan badam hancur sekali.

Bahan-bahannya;

3-5 bj buah kurma

Air masak/suam 25o ml

ESP 1 scoop + 1 scoop Meal Shakes. (boleh lebihkan mengikut citarasa anda)

Ais

Boleh campur kismis cincang / badam kisar jika suka

Cara-cara penyediannya.

1. Buang biji kurma dan rendam seketika bersama air masak atau air suam.

2. Apabila agak lembut sedikit, kisar bersama ESP, Meal Shakes, dan (jika mahu)

3. Siap! Taburkan kismis yang telah dicincang dan serbuk badam (mengikut citarasa) ke dalam kurma shake anda dan sedia untuk diminum.

kurma shake ESP dan Meal Shakes

Senangkan penyediaan kurma shake ini? Memang sangat-sangat membantu memberikan rasa kenyang yang lama. Inilah penawar alahan teruk saya. Badanpun lebih bertenaga dan tak adalah melepet sepanjang hari walaupun tanpa makan makanan lain.

Tips dari saya buat ibu-ibu yang mengalami alahan teruk yang sama, cuba minum sedikit demi sedikit dan ada baiknya minum semasa suhunya masih sejuk-sejuk. Hirup perlahan-lahan dengan straw kerana khuatir minum secara terus dari gelas boleh mengundang rasa loya.

Resepi ini juga amat sesuai untuk menu sahur ibu hamil, ibu menyusu dan sesiapa sahaja sebagai sumber tenaga tambahan dan membantu memberikan rasa kenyang yang lama.

Selamat mencuba.

Bagaimana mahu mendapatkan ESP Shaklee dan Meal Shakes Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

p/s: Sila hubungi kami untuk pembelian Set Promosi ESP Beli 6 PERCUMA 1 dan Set Promosi Meal Shakes beli 3 PERCUMA 1 sepanjang Oktober 2014

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Kurma Shake Untuk Ibu Hamil
Tagged on:             

6 thoughts on “Kurma Shake Untuk Ibu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge