Ketinggian menyusut? Hari tu ada kawan seperjuangan Puan Tuty Rahiza bagitau, pergi buat check up biasa dengan Shaklee. Sekali Nutritionist Shaklee Puan Sarah kongsikan yang ketinggian kita juga boleh menyusut atas beberapa faktor. Betul ke ketinggian menyusut? Argh! Saya semakin pendek kah? Dah lama tak ukur ketinggian. Dah la memang sedia tak berapa tinggi. Kalau ketinggian menyusut, lagi harulah.. 🙁 Owh tidak!!

ketinggian menyusut

Bolehkan Ketinggian Menyusut?

Secara semulajadi pertumbuhan dan ketinggian badan kita akan berhenti pada usia tertentu dan akan tiba masanya ketinggian menyusut secara perlahan-lahan. Namun penurunan atau penyusutan ini perlu diawasi sekiranya terlalu cepat kerana itu petanda TULANG MULAI RAPUH DAN MUDAH RETAK ATAU PATAH. Atau bahasa lainnya, kita mungkin mengalami masalah OSTEOPOROSIS.

Takutkan? Tetapi itulah hakikatnya.

Ketinggian menyusut secara normal apabila usia mula menjangkau usia lewat 30-an, di mana pertumbuhan fizikal kita mula mencapai titik penuh atau “top of the hill”. Ketinggian menyusut secara normal pada julat yang sangat kecil yang kadangkala kita tak sedar pun, cuma sekitar 1-2 cm dalam tempoh beberapa tahun.

Hasil penelitian dari Dr Marian Hannan dari Hebrew Sedior Life pula menyatakan ketinggian menyusut boleh menjadi pengukur tahap kesihatan tulang secara umum. Lebih cepat kadar penyusutan, maka makin banyak masalah pada tulang kita sebenarnya.

Namun begitu, sekiranya anda lelaki dan ketinggian menyusut dengan begitu drastik sekali dalam tempoh 2 tahun, ada kemungkinan mempunyai masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.

Jadi, Apa Kesimpulannya Bila Ketinggian Menyusut?

  • ketinggian menyusut mungkin disebabkan atau satu petanda tentang “spine fracture” (patah tulang belakang)
  • Spine fracture pula berpunca dari masalah OSTEOPOROSIS, keadaan di mana tulang rapuh dan senang patah
  • secara semulajadinya kita tidak akan menyedari kita mengalami patah tulang belakang ini kerana 66% adalah TIDAK SAKIT
  • tindakan segera perlu diambil sekiranya mengalami masalah spine fracture ini kerana risiko untuk lebih banyak tulang patah adalah sangat tinggi

Patah tulang belakang (spine fractures) boleh mengakibatkan;

  • ketinggian menyusut
  • bongkok
  • sakit belakang
  • risiko lebih banyak tulang patah seperti patah tulang pinggul pada kebanyakan wanita
  • kecacatan atau lumpuh

Sumber: Osteoporosis.ca

Apa Yang Patut Kita Lakukan Untuk Mengatasi Ketinggian Menyusut?

1. Beri tulang-tulang kita nutrien yang diperlukan.

Terdapat beberapa nutrien penting yang boleh membantu membina dan menguatkan tulang, seperti yang dihuraikan dalan Save Our Bones Program. Hakikatnya kita tidak boleh mendapat kesemua nutrien dari makanan harian yang kita ambil sekarang. Terlalu banyak kekangan dari tanah yang semakin berkurangan zat-zat dan nutrien, pencemaran bahan-bahan kimia, pencemaran udara, dan hampir kesemua pun nutrien dari makanan mentah hilang khasiatnya semasa proses pengangkutan yang panjang dan lama dari ladang ke kilang ke pusat borong ke pasaraya atau pasar runcit dan baru ke pengguna. Sedih kan?

Jadi, alternatifnya memang kita perlukan suplemen. Apa yang boleh menolong?

saya semakin pendek

Kalsium

Kalsium ni dah sinonim sangat dengan osteoporosis. Ia adalah satu mineral primer yang membentuk tulang, memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan dan penyelenggaraan rangka kita. Jadi haruslah mengambil diet tinggi kalsium seperti brokoli, badam, sayuran hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.

Berapa banyak keperluan harian yang diperlukan?

Seeloknya pada usia kita sekarang, 1,000 mg kalsium setiap hari. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut tentang keperluan harian kalsium berdasarkan umur dan jantina.

Vitamin D

Vitamin D ini boleh disentesiskan pleh badan dari cahaya matahari dan ianya juga adalah hormon. Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.

Dose yang dicadangkan untuk vitamin D ini pula adalam 400 IU setiap hari

Vitamin C

Selalu orang mengaitkan Vitamin C dengan sifat keasidan dan memang betul pada dasarnya Vitamin C ialah asid askorbit. Tetapi Vitamin C tidak mencipta satu keadaan berasid di dalam badan. Malah Vitamin C amat penting bagi kesihatan tulang kita. Ia mengukuhkan dan membina matriks dari kolagen semulajadi yag terhasil yang mengikat tulang-tulang ini bersama. Vitamin C bekerja secara sinergi dengan Vitamin D. Kajian telah membuktikan bahawa ketinggian menyusut akibat kemerosotan tulang ini bertambah cepat apabila seseorang itu kurang kedua-dua vitamin ini berbanding hanya kurang vitamin D sahaja. Vitamin C bersifat antioksidan dan dalam masa yang sama juga membantu menghalang proses kerosakan oksidatif pada tulang-tulang kita.

Dose yang dicadangkan : 500 mg

 2. Jaga posture badan anda semasa berdiri dan berjalan.

Kedengaran macam mudah tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita lihat untuk memastikan cara kita berjalan, duduk atan berdiri itu betul untuk menjaga kesihatan tulang belakang kita. Cara mudah untuk anda memeriksa posture badan anda

ketinggian menyusut

3. Lakukan Senaman Untuk Kesihatan dan Kekuatan Tulang

senaman halang ketinggian menyusut

Senaman yang kerap walaupun ringan membantu mengekalkan postur badan yang baik, dengan mengukuhkan kumpulan otot tertentu yang menyokong belakang, leher, bahu dan kepala kita.

Info lebih lanjut tentang senaman yang dicadangkan di sini

Shaklee Untuk Menghalang Ketinggian Menyusut?

Di Shaklee kami juga ada Suplemen yang sesuai untuk anda. Ostematrix yang lengkap Kalsium dan Vitamin D serta Vitamin C 500 mg Shaklee.

saya semakin pendek

Ostematrix Shaklee lengkap keperluan harian kalsium dan vitamin D yang disarankan. Diperkaya dengan Magnesium untuk membantu menguatkan lagi tulang dan bahan-bahan lain yang mempunyai fungsi dan faedah yang tertentu bagi memelihara kesihatan tulang. In shaa Allah boleh membantu menghalang masalah ketinggian menyusut.

vitamin C untuk tulang

Baca lebih lanjut tentang Vitamin C di sini

Hmmm… dah tau macam-macam info ni kena lebih disiplin la makan Ostematrix dan Vitamin C ni setiap hari. Mau tak sedih kalau ketinggian menyusut? Dah la tak berapa nak tinggi 🙁

Tak ada lah nanti setiap tahun bila cek kesihatan terkejut tengok scale tu pastu sedih sorang-sorang “Saya Semakin Pendek!”

Bagaimana mahu mendapatkan Ostematrix & Vitamin C Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Ketinggian Menyusut | Saya Semakin Pendek!
Tagged on:         

10 thoughts on “Ketinggian Menyusut | Saya Semakin Pendek!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge