Destinasi Percutian Idaman Saya | Saya suka bercuti!! Offerlah ke mana-manapun mesti saya excited nak join. Tak kira dekat atau jauh. Itu semua tak penting bagi saya asalkan dapat bercuti dan merehatkan fikiran.

Dulu sewaktu masih bekerja di opis, saya jadikan alasan percutian tahunan itu wajib untuk refresh. Kenal tempat orang, merasai suasana yang fresh bagi saya cukup mendamaikan. Kini, atas alasan yang sama juga, surirumahpun wajib mendapatkan pakej percutian tahunan kan? Jadi alasan dah tak relevan, memang bercuti wajib bagi saya!

Destinasi Percutian Idaman Saya

Kalau ditanya tentang destinasi percutian idaman dalam negara, jawapannya Pulau Mabul. Ya Allah tak tahu kenapa saya suka sangat pulau-pulau indah di Sabah. Walaupun sudah beberapa kali ke pulau di Sabah, tetapi saya belum berpeluang menjejaki Mabul. Sementelah pula drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang hot sekarang ni ada shoot kat sana, lagi la destinasi percutian idaman tu semakin memanggil-manggil.

mabul island

pulau mabul 4

pulau mabul 3

pulau mabul snorkeling

mabul island beach

**Credit gambar; Ihsan google

Indahnya suasana, tenangnya jiwa, segarnya udara.. Ya Allah seronok sungguh melihat gambar-gambar ini. Air yang sangat jernih. Sampai boleh nampak karang dan ikan berenang-renang. Subhanallah. Cantiknya..

Kalau ditanya tentang destinasi percutian idaman di luar negara pula, jawapannya dari dulu dan sekarang tetap TURKI!

Uniknya Turki terletak di antara dua benua (eropah dan asia) ia pasti memiliki pertembungan budaya yang hebat dan mengagumkan. Walaupun kini ia adalah sebuah negara sekular, tetapi terdapat banyak sejarah Islam yang agung dan masih terpelihara di Turki. Turki memiliki budaya yang luar biasa dan sejarah terbentuknya NEGARA berkenaan turut menambat hati bagi pengkaji-pengkaji sejarah dunia islam.

Kagum dengan peninggalan sejarah dan keunikan arkitektual bangunannya, saya impian ke seluruh Turki (boleh?). Sejarah kegemilangan Turki tidak cukup dengan keindahan Masjid Biru, Istana Topkapi, Haegia Sofia, Masjid Sultan Suleyman, Masjid Sultan Ahmed serta Grand Bazaar yang besar di dunia itu, kerana lebih banyak keindahan alam semulajadi kurniaan Allah dapat dilihat apabila berkunjung sendiri ke beberapa buah tempat seperti Pamukkale, Cappadocia, Konya, Bolu, Bursa dan banyak lagi.

sultan-ahmed-mosque
Masjid Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Masjid Biru kerana kubahnya biru dan jubin biru yang menghiasi dinding dalamnya. Dibina antara tahun 1609 dan 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmed I.
Blue-Mosque-Interior-Ceilings
Hiasan dalaman Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru
istana topkapi turki
Topkapi Palace atau dalam Ottoman Turki biasanya dieja “Topkapi” dalam bahasa Inggeris adalah sebuah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah untuk kira-kira 400 tahun (1465-1856) pemerintahannya.
Hagia_Sophia
Hagia Sophia ~ Bangunan itu adalah sebuah masjid dari 29 Mei 1453 sehingga tahun 1931. Ia telah dibuka sebagai muzium pada 1 Februari tahun 1935.
grand bazaar
Grand Bazaar ~ dipercayai bazaar terbesar di dunia. Dipercayai berkeluasan 31 hektar dengan 61 lorong yang dilawati sebanyak 400 ribu orang setiap hari. Wow!! Mesti syok shopping. Sampai pengsan!!
pamukalle
Pamukkale yang bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turki, adalah sebuah kolam air panas semula jadi di Denizli Negeri di barat daya Turki. Bandar yang mengandungi air panas teres campuran mineral bekarbonat bertingkat yang mengalir.
Cappadocia-Hot-Air-Balloons-Turkey1-0dfeb393
Cappadocia ~ Belon udara panas di Turki

Owh terlalu banyak mimpi-mimpi indah saya tentang TURKI.

In shaa Allah, saya yakin suatu hari nanti jika diberi keizinan rezeki kewangan dan kelapangan, pasti saya mampu menjejakkan kaki ke destinasi percutian idaman saya ini.

Mabul.. Turki.. Tunggu aku datang!! Dengan Shaklee segalanya PASTI! In shaa Allah.

Cabaran blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi& BestieSheTeen

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee
Destinasi Percutian Idaman Saya
Tagged on:

23 thoughts on “Destinasi Percutian Idaman Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge