Cari Buku di MPH Warehouse Sales | Semalam, sempat luangkan masa reward anak-anak yang dah habis exam ke MPH Warehouse Sales di Petaling Jaya. Tak plan pun ke sana, ingat nak ke kedai buku sahaja. Tapi bila tengok balik poster semalam dah last, terexcited pula nak ikut sama berebut-rebut beli buku.

MPH Warehouse Sales

Newspaper Ad (18cm x 12.9cm) Color

Bertempat di Seksyen 13 Petaling Jaya,  dan berlangsung dari 21-26hb Oktober 2014. Bestnya, dibuka seawal jam 8 pagi tau. Tu yang buat rasa seronok, nak pergi pun tak berapa start jammed lagi. Dan parking pun masih ada yang kosong. Siapa yang dah arif kawasan situ mesti faham bagaimana keadaan parking area yang memang susah nak cari.

mph warehouse sales 2

Pelbagai jenis buku ada dijual. Dari serendah RM5 kot. Tapi yang murah-murah ni dilambak dan dicampur aduk semua sekali. Memang jenuhla nak mengorek-ngorek dan membelek satu-satu. Saya bersama anak-anak kecil cuma boleh capai yang tersusun cantik je. Kalau nak cari yang berlonggok tu, mahu anak-anak ni bosan walaupun mereka minat buku.

Not bad bagi saya MPH Warehouse Sales ini walaupun tak semurah Big Bad Wolf Sale. Tetapi banyak buku yang ada diskaun lebih hebat berbanding sales MPH yang biasa. Tapi tak berapa best sebab buku motivasi dan buku agama tak berapa banyak (atau mungkin saya yang tak jumpa). Dah aim nakcari buku motivasi dan buku-buku agama. Tapi hampa tak ada. Jumpala sebiji dua buku motivasi. Jadi lah kan? 🙂

buku mph warehouse sales
Ini sahaja “hasil tangkapan” semalam.

Buat mereka yang terlepas peluang kali ini, jangan risau. Boleh rebut peluang di lain masa pula ya. MPH Warehouse Sales ni memang sentiasa ada. Cuma kena alert dengan iklannya sahaja.

Yang bestnya. walaupun seharian kami di luar, business Shaklee tetap berjalan seperti biasa. Kat luar pun masih boleh layan order dan pertanyaan customer. Balik rumah malam tu keluar pergi COD pulak. Alhamdulillah.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

 

Cari Buku Di MPH Warehouse Sales
Tagged on:

10 thoughts on “Cari Buku Di MPH Warehouse Sales

  • 28 October 2014 at 6:22 PM
    Permalink

    Big bad wolf mmg boleh jadi wolf bila pergi.. Tamak semua buku nak. Ari tu masa Big Bad Box beli kotak RM99, isi buku penuh kotak tu dpt byk sangat. Rasa macam dalam 50 biji kot. Buku anak2 yg nipis2 n kecik2 banyak boleh isi.. Memang ibu ayah jadi wolf la tamak semua nak
    Yana VitaminKita recently posted…Cari Buku Di MPH Warehouse SalesMy Profile

    Reply
  • 28 October 2014 at 9:49 PM
    Permalink

    kalau kawan saya tahu ni memang dia tak lepaskan peluang..sebab dia memang suak borong buku murah macam ni..dia buat bisnes jual buku ‘rare’

    Reply
    • 28 October 2014 at 10:15 PM
      Permalink

      Tak apa, MPH Warehouse Sales ni memang byk kali jugak kot setahun dia buat. Tp kalau nak lagi murah kena ambil peluang time Big Bad Wolf nanti. Yang tu memang best la gila cari buku
      Yana VitaminKita recently posted…Vitamin Shaklee Kesukaan SayaMy Profile

      Reply
    • 29 October 2014 at 12:07 AM
      Permalink

      memang berbaloi sangat-sangat. sbb tu la penuh tak kira pukul berapa pun. mesti pergi lagi.. tapi rak buku dah penuh kena sort out dah yang mana boleh nak sedekah kat orang 🙂
      Yana VitaminKita recently posted…Cara Hilangkan Parut JerawatMy Profile

      Reply
  • 29 October 2014 at 1:35 AM
    Permalink

    Bagus, bagus..bookworm semuanya. Saya dah lama tak memborong buku secara fizikal..online saja sekarang, terhad sikit nak membeli. Last beli masa MyCyberSale baru ni.
    Maizura recently posted…5 Kelebihan Menjadi Ahli ShakleeMy Profile

    Reply
  • 29 October 2014 at 8:09 PM
    Permalink

    nur pantang nampak kedai buku..klau x masuk mcm x lngkap je rse sehari tu, kt rumah ni da boleh bt mini library 😀 ada buku yg beli dkt 2 tahun belum bkak lg smpul plastik..hehehe
    nur razali recently posted…5 Kelebihan Menjadi Ahli ShakleeMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge