Kebiasaannya luka kecil terutamanya kepada anak-anak tidak membahayakan. Tetapi perlu penjagaan yang teliti kerana mereka mudah terdedah kepada jangkitan. Lain situasinya dengan golongan dewasa kerana sudah boleh membezakan yang mana baik dan buruk. Tetapi anak-anak yang sedang meningkat usia terlalu leka dengan bermain dan keseronokan sehingga kadang-kadang luka yang kecil pun boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti kudis, jangkitan kuman, luka lambat sembuh kerana kuping asyik dikutis, dan bermacam-macam lagi.

Apa yang perlu dilakukan untuk merawat luka kecil anak-anak?

Saya kongsikan di sini beberapa tips dan langkah-langkah bagaimana berhadapan dengan situasi luka kecil anak-anak ini. Rawat luka kecil anak ini tidaklah rumit tetapi memerlukan sedikit penelitian.

  1. Bersihkan tangan kita (ibu bapa) terlebih dahulu bagi memastikan tangan kita bebas kuman untuk merawat luka anak
  2. Periksa luka anak. Alirkan dengan air bersih untuk memastikan tiada benda-benda asing yang melekat di bahagian luka
  3. Jika berlaku pendarahan, tekap dengan tuala atau tisu bersih di bahagian luka. Jangan sapu luka. Tekapkan dan beri tekanan sedikit pada luka itu untuk menghentikan pendarahan.
  4. Selepas pendarahan berhenti, periksa bahagian yang luka yang mungkin ada serpihan kaca sekiranya anak kita luka terkena kaca, atau mungkin juga ada serpihan selumbar sekiranya kaki mereka luka tersepak almari, dan pelbagai kemungkinan yang lain. Sekiranya masih ada bahan-bahan asing itu, cuba keluarkan dengan aliran air bersih atau gunakan penyepit untuk menariknya secara perlahan-lahan. Hati-hati kerana anak kecil biasanya sukar dikawal pergerakannya.
  5. Selepas dipastikan tiada lagi benda asing di tempat yang luka, cuci bersih-bersih dengan sabun dan kemudiannya rawat luka kecil itu dengan menyapu antiseptik ataupun ubat luka.
  6. Anda boleh membalutnya tetapi mesti sentiasa diperiksa untuk mengelakkan kelembapan yang mengakibatkan luka lambat kering. Atau boleh biarkan sahaja luka itu terdedah tetapi perlu sentiasa bersihkannya selepas anak-anak bermain.

Rujukan: Baby Center, Secure Kids Health, Medline Plus

P/S: Tips ini hanya sesuai sebagai panduan rawat luka kecil anak-anak shaja. Sekiranya saiz luka yang besar dan pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit, adalah dinasihatkan membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Rawat luka kecil dengan Herbal Blend Cream

Tahukan anda, krim ajaib Shaklee Herbal Blend Multipurse Cream juga boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil. Eh, betulkah? Tak merbahaya sapu krim? Bukankah lebih selamat sapu minyak? Ada yang berpendapat kalau sapu minyak ni, lebih lembap tempat luka dan susah nak kering dan lambat baik. Kalau orang dewasa senang sikit nak jaga, tapi kalau kanak-kanak ni tahu sahajalah ye. Ke sana sini melompat-lompat. Sapu minyak pun kadang-kadang bila mereka rasa rimas tu, boleh dilapnya sendiri. Jom saya bongkarkan rahsia krim ajaib Shaklee ini.

Saya kongsikan di sini bagaimana seorang rakan saya telah berikhtiar rawat luka kecil anaknya dengan Herbal Blend Cream. Anaknya berumur 3 tahun tersepak almari sewaktu berlari keluar dari bilik air. Hasilnya luka kecil dan terkoyak sedikit kulitnya sehingga menampakkan sedikit isi. Kalau kebiasaan luka sebegini, mesti menggelembung dan berair. Tetapi alhamdulillah… 3 hari sahaja lukanya dah kering cantik. Alhamdulillah luka pun tak berkuping. Anak-anak saya kalau berkuping sahaja, mesti tangan pun gatal nak menggaru. Dah jadi satu masalah pulak bila luka tak baik-baik. Lebih parah kalau boleh jadi infection yang boleh membawa kepada kudis pula kan? Hmmm.. dilema seorang ibu.

kebaikan herbal blend shaklee

Herbal Blend Cream Rawat Luka Kecil

Apa yang istimewanya krim ajaib Shaklee ini sehingga boleh membantu rawat luka kecil anak-anak? Memang kalau saya cerita ni jangan pulak ada yang terus borong bertiub-tiub sebab suka sangat 🙂

Kandungan utama Herbal Blend Multi Purpose Cream ini ialah yarrow, daun sage, horse chestnut seed,  dan daun rosemary. Keempat-empat herbal yang hebat ini mempunyai peranan masing-masing bagi merawat luka dengan lebih cepat. Saya fokus tentang rawatan luka sahaja ye. Kalau nak dihurai satu-satu, terlalu banyak kelebihan herba-herba yang menjadi ramuan utama Herbal Blend Cream ini;

Yarrow dipercayai sejak dari turun-terumun boleh memberhentikan luka dan merawat luka kecil. Sifatnya juga seolah-olah antiseptik yang boleh bertindak untuk menghalang jangkitan kuman dan radang.

Daud sage pula menghalang dan merawat jangkitan kuman. Mengandungi asid rosmarinic, phenolic yang memang terkenal sebagai anti radang yang kuat dengan membantu mempercepatkan pengecutan tisu-tisu yang bengkak, melegakan radang dan merawat luka. Sage juga sangat dikenali dengan sifatnya yang antikulat.

Horse Chestnut Seed mengandungi sebatian aescin yang bertindak sebagai anti radang dan mengurangkan edema. Edema ialah bengkak ataupun bengkak berair yang terjadi akibat trauma kesan dari kecederaan pada tisu badan. Horse Chestnut ini sangat popular di eropah dan digunakan secara meluas oleh atlet-atlet semasa temasya sukan. 

Daun rosemary memang terkenal kan biasanya dalam masakan-masakan cara barat? Tahukah kita bahawa daun rosemary ini sebenarnya antiseptik yang kuat dan bertindak sebagai anti radang yang kuat. Ia juga antikulat dan boleh menyingkirkan jangkitan dan toksin. Rosemary juga boleh membantu perjalanan darah yang baik dan antiseptik yang baik untuk membaik pulih luka dan kulit

Wahh.. teruja kan? Itu baru kupasan serba sedikit tentang bagaimana herba-herba ini membantu merawat luka. Tidak hairanlah luka kecil ini (gambar testimoni) cepat baik dengan sapuan Herbal Blend Cream. Melihat pelbagai kebaikan kandungannya, boleh disimpulkan bahawa Herbal Blend boleh membantu rawat luka kecil dengan menghentikan pendarahan, antibakteria, antikulat, antiradang, dan dalam masa yang sama juga mengurangkan bengkak dan gelembung air. Dah terbongkar nampaknya rahsia krim ajaib Shaklee kan? 🙂

Apakah kegunaan Herbal Blend Multi Purpose Cream?

Selain dari untuk rawat luka kecil, Herbal Blend Cream juga boleh digunakan untuk melembutkan kulit yang kasar seperti kaki yang merekah, siku, kulit kering kerana terdedah lama di bawah air-cond. Herbal Blend Cream juga boleh menyelesaikan masalah kulit gatal, menghilangkan parut, memberi kelegaan semasa demam, menghilangkan ruam dan juga sebagai losyen kegunaan harian.

herbal blend cream

Nak dapatkan Herbal Blend Multi Purpose Cream?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pemakaian yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana). COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Bandar Baru Ampang dan sekitar Ampang (dengan caj penghantaran). Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Rawat Luka Kecil Dengan Herbal Blend Cream
Tagged on:

10 thoughts on “Rawat Luka Kecil Dengan Herbal Blend Cream

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge