#Shakleeeffect! Kata orang, dari pandangan mata, turun ke hati. Cewwaahh! Kalau mata dah lebam hitam agak-agak mana nak pergi turun ke hati tu?

Dikatakan juga kecantikan itu datangnya dari mata yang sihat, bersinar dan berseri-seri. Jadi, pentinglah untuk kita menjaga kecantikan mata ini kan?

Apa kisahnya pula kalau surirumah sepenuh masa seperti saya. Yang jadual harian penuh dengan kerja-kerja rumah. Ditambah lagi dengan urusan biznes Shaklee di Vitamin Kita ini. Kadang-kadang sampai terbabas melewati jadual tidur yang sepatutnya. Menghadap skrin telefon dan komputer berjam-jam. Mata jadi penat, rehat tidak cukup, maka timbullah lingkaran gelap dan hitam lebam di bawah mata.

tips atasi lebam bawah mata

Lebam Bawah Mata Hilang Dengan NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream.

Dah beberapa hari saya kurang tidur. Dan dah hampir sebulan jugak saya stop Shaklee Collagen Powder kerana sedang berikhtiar untuk hamil sekali lagi.  Jadi memang ketara sangatlah eyebag dan lingkaran hitam bawah mata saya. Mata dah macam mata panda, sepet dan sembab. Mahu tak terkejut suami yang tengok. Hehehe.

Shaklee ni sungguh istimewa sebab tak memerlukan model untuk setiap produknya. Kami sebagai pengedar yang bertindak sebagai model Shaklee sendiri. Eh macam perasan pulak ke nak jadi model? Tapi betullah kan, bila kita mencuba, kita rasai kehebatannya, jadi barulah lebih seronok kita berkongsi apa yang kita dah rasai.

Jadi malam semalam sebelum tidur dalam lebih kurang pukul 12 tengah malam, sempat saya sembang-sembang dengan rakan seperjuangan saya kak Mai Iskandar tentang tips atasi lebam bawah mata ini. Seperti biasa chit chat kami memang melalut-lalut la sampai ke tengah malam.

Risau lebam bawah mata ini bertambah teruk, cepat-cepat saya cuci muka dengan NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian sapu toner NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener dan selepas itu NutriWhite Overnight Renewal Cream.

Saya sapu ke seluruh muka krim malam ini termasuk di bahagian sekeliling mata. Sejuk dan nyamannya terasa sebab krim ni memang sejuk sangat. Dah terlupa nak sapu Enfuselle Eye Treatment Gel. Tak apalah, saya bertawakkal dengan ikhtiar NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream sahaja.

Nak tengok resultnya tak? Saya pun serius sendiri terkejut. Memang betul saya amalkan krim malam ini setiap hari tetapi saya abaikan di bahagian mata sebab takut pulak masuk mata, tambahan pula orang kata bahagian mata ni sangat sensitif kan. Tapi malam tadi saya semakin seronok menyapu dengan banyaknya di bahagian mata kerana rasa yang sejuk nyaman tu memang dah macam terapi yang sangat best untuk mata.

lebam bawah mata shakleeTeruja tak dengan hasilnya? Hebatkan kesannya hanya selepas 6 jam! Lebam bawah mata hilang dengan NutriWhite Overnight Renewal Cream.

Dah lama saya jatuh cinta dengan NutriWhite Overnight Renewal Cream ni. Kalau bangun tidur pagi-pagi tu memang feeling kulit halus, gebu, lembut, lembab. Ish, macam-macam lagi yang boleh buat saya tercongok hampir 10 minit belek muka di cermin. Memang saya teruja!

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream?

Kulit adalah organ yang paling besar pada badan kita. Tambahan lagi kalau wanita kan, mesti nak kulit yang halus dan cantik. Dulu saya bekerja di dalam aircond lebih 12 jam sehari. Bila keluar waktu tengahari, cuaca yang sangat panas di luar membuatkan kulit saya jadi senang kering. Kadang-kadang gatal-gatal akibat rengsaan. Bermula dari situ saya mula mencari krim muka yang sesuai. Dan yang paling penting krim malam.

Kenapa krim malam penting?

Bila malam sewaktu tidur, badan kita melalui proses rehat dan pemulihan. Dalam waktu ini semua otot-otot sedang relax, degupan jantung juga tenang, hormon juga stabil ketika ini. Waktu inilah yang paling sesuai untuk kita servis kulit kita. Sel-sel yang rosak perlu digantikan dengan sel-sel kulit yang baru.

Istimewa NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

Saintis Shaklee telah melakukan kajian lebih 3 tahun untuk mendapatkan formula yang berkesan sebagai proses pemulihan semulajadi kulit sewaktu tidur.

Hasil kajian ke seluruh dunia, saintis Shaklee telah memilih 16 nutrien herba ekslusif dari 16 buah negara yang berlainan. Kesan positif secara semulajadi mengembalikan keremajaan kulit, lebih halus, gebu, cantik dan berseri dari dalam. Kalau nak diperhatikan pun tompok-tompok hitam semakin pudar dan memang boleh awet muda dengan NutriWhite ni ūüôā

Owh lupa lagi satu fakta best ramuan Vitamin C aktif di dalam Overnight Renewal Whitening Cream inilah yang mengurangkan tompok-tompok hitam dan mengembalikan keserian wajah. Vitamin C kan antioksidan yang baik dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi kulit. Itulah antara rahsia awet muda dengan NutriWhite.

Kalau tanya saya apa yang begitu memikat hati saya tentang NutriWhite ini, ringkasannya

  1. 100% dari gabungan unik tumbuhan botani semulajadi
  2. Mengandungi 16 nutrien herba ekslusif yang dipilih dengan teliti daripada 16 buah negara.
  3. Tiada paraben, pewarna tiruan atau bau tiruan РShaklee memang sentiasa selamat
  4. Tahan lebih lama РOvernight Cream ni dah lebih setahun dan masih banyak berbaki!! Wow!!
  5. Dihasilkan oleh pakar jagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
  6. Diformulasikan khas untuk kulit orang Asia

Panjang lagi kalau nak cerita tentang NutriWhite ni tetapi saya dah huraikan panjang lebar di sini (jemput baca)

Saya dah hampir 2 tahun menggunakan produk NutriWhite dan alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya.

shaklee nutriwhite
Semasa saya masih konsisten dengan NutriWhite tanpa bantuan Shaklee Collagen Powder

Gambar di atas cuma sapuan Enfuselle Balancing Moisturizer dan compact powder serta secalit gincu. Itu sahaja yang saya amalkan setiap hari ke ofis di waktu pagi sahaja. Kalau dah petang, bedak dah ke mana, gincu dah ke mana, cuma krim Enfuselle dan NutriWhite yang berselang seli saya amalkan. Dan yang paling konsisten NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream di waktu malam.

Nak dapatkan NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream?

nutriwhite overnight renewal whitening cream

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pemakaian yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Lebam Bawah Mata Hilang Dengan NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (Testimoni)

10 thoughts on “Lebam Bawah Mata Hilang Dengan NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (Testimoni)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge