Bercerita perihal cyst, membuatkan saya kembali teringat kisah saya hampir 9 tahun dulu. Keguguran semasa kehamilan pertama dan doktor mengesan ada ovarian cyst pada masa itu. Tetapi masih di tahap tidak bahaya kerana sizenya cuma kecik sahaja. Hikmahnya disebalik keguguran itu saya tahu saya ada cyst walaupun menurut doktor tidak merbahaya. Doktor menasihatkan saya untuk menjaga pemakanan kerana ada banyak kes bernasib baik dengan izin Allah cyst boleh kecut sendiri tanpa pembedahan.

Rezeki Allah, saya hamil buat kali kedua 4 bulan selepas itu dan kali ini kandungan saya membesar bersama cyst. Menurut gynea pada masa itu tidak perlu terburu-buru dengan pembedahan kerana tidak mempunyai masalah terhadap kandungan. Alhamdulillah juga dengan izin Allah cyst saya mengecut dengan sendirinya selepas bersalin, itu pun pada pandangan saya mungkin disebabkan saya berdisiplin menjaga pemakanan. Ya lah masa tu belum kenal Shaklee lagi.

Namun apa yang cuba saya sampaikan, ada orang yang bernasib baik boleh mengesan cyst mereka dengan cepat kerana mempunyai simptom-simptom tertentu seperti pusingan haid yang tidak normal, pendarahan yang banyak ketika haid, senggugut dan macam-macam lagi simptom. Tetapi tidak dengan saya kerana semuanya normal bagi saya. Kitaran haid saya tetap setiap bulan, tanpa senggugut dan alirannya juga normal maksimum cuma 7 hari. Siapa sangka saya mengalami masalah cyst yang mengakibatkan saya keguguran 9 tahun dulu.

Bila sendiri dah mengalaminya baru saya tersedar, mungkin ramai wanita di luar sana yang seperti saya. Nampak normal dan sihat seperti wanita lain yang tidak bermasalah tanpa menyedari ada cyst yang sedang membesar di dalam badan dan boleh mengganggu kesihatan malah kalau tak kena gayanya boleh membesar dan memudaratkan nyawa juga. Bayangkan kalau cyst itu semakin membesar dalam ovari saya dan memakan masa bertahun-tahun lamanya tanpa saya sedar. Wallahua’lam.

Cyst dikesan selepas ambil GLA Complex

Saya mendapat testimoni yang mengejutkan semalam bila ada seorang rakan SID (shaklee independent distributor) yang berkongsi kisah customernya yang berjaya mengesan cyst selepas 2 minggu mengamalkan Shaklee GLA Complex. Namun perlu ditekankan ya, suplemen ini cuma menjadi asbab terKESANnya cyst ini dan bukan penyebab cyst kerana amatlah mustahil cyst yang dah sebesar itu boleh terbentuk dalam masa 2 minggu.

cyst dikesan selepas makan gla1

Terkejut kan dapat lihat cyst sebesar ini. Kisahnya bermula bila akak ini mencuba GLA Complex sebagai ikhtiar period yang dah 10 bulan tak datang. Disamping berikhtiar untuk hamil sekali lagi. Setelah 2 minggu mengamalkan GLA Complex, beliau mula merasakan perut sakit dan senak, lalu berjumpa doktor dan doktor berjaya mengesan cyst sebesar 5cm yang dah berusia 2 tahun di dalam rahimnya!!

Kata doktor, nasib baik beliau cepat berjumpa doktor kerana bimbang boleh mengakibatkan kanser. Dan satu lagi doktor pun dan dapat mengesan perakan beliau yang dah bengkak akibat cyst ini.

cyst dikesan selepas makan gla 2

cyst dikesan selepas makan gla 3

Haaaa.. besar dan takut kan? Dah 2 tahun cyst tu berada di dalam badan siap ada rambut, gigi, dan tulang lagi dalam tu.

Credit gambar & testimoni dari sumber Master Intan Azlin

Jadi secara logiknya, cuba kita fikir, masuk akalkah kalau kita claim GLA Shaklee penyebab cyst? Macam terlalu zalim nak menghukum sedangkan baru 2 minggu akak ni makan dan dengan GLA Complexla beliau dapat merasa perut senak dan kemudian menjadi asbab untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan pakar kesihatan.

Nasihat saya, jika ada masalah kesihatan adalah lebih baik berjumpa pakar kesihatan atau doktor untuk penyelesaian yang lebih baik. Tidak salah berikhtiar dengan suplemen tetapi suplemen bukan ubat untuk mengubati. Tetapi suplemen membantu kehidupan yang lebih sihat dengan tampungan nutrien yang tidak lengkap di dalam badan.

Namun begitu banyak testimoni yang telah kami kongsikan sebelum ini tetang GLA Complex membantu mengecutkan cyst. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan sebagai hambaNya, teruskan berikhtiar semoga kita mendapat manfaat dari apa yang baik-baik sahaja.

Mahu dapatkan GLA Complex?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara makan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Cyst Dikesan Selepas Ambil GLA Complex?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge