Secara tak sengaja pagi tadi sewaktu membancuh susu dan Meal Shakes anak-anak, saya membelek label Meal Shakes. Dah banyak kali belek tapi pagi ini tak tahu kenapa ACACIA GUM ini menarik perhatian saya. Eh, Setahu saya ACACIA GUM ini juga dikenali sebagai Arabic Gum atau al-Manna. Betulkah? Acacia Gum atau al-Manna dalam Meal Shakes? Al-Manna ni makanan sunnah tau. Dah ingat-ingat lupa dah. Jadi, apa lagi? Jom kita sama-sama tambah ilmu.

makanan sunnah dalam meal shakes

Apa itu Acacia Gum @ Gam Akasia @ Gam Arab @ al-Manna?

Acacia Gum atau Gam Akasia atau juga lebih dikenali sebagai Gam Arab (Arabic Gum) atau Al-Manna adalah sejenis produk asli dari resin pokok akasia yang banyak tumbuh di Sudan. Di negeri Arab Gam Akasia ini digelar “Bread from Heaven” kerana ada disebut di dalam Al-Quran tentang Al-Manna ini;

“Dan kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, (serta kami berfirman):, Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat  itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri “. ~ Surah Al-Baqarah Ayat 57

al-manna makanan sunnah dalam meal shakes

Gam Akasia ini banyak diperolehi di Sudan dan negara inilah yang menjadi pengeluar utamanya. Lebih 85% daripada bekalan Gam Akasia dunia diperolehi dari Sudan yang mana 90% daripadanya adalah berkualiti tinggi berbanding negara pembekal yang lain.

Apakah keistimewaan Acacia Gum @ Gam Akasia @ Gam Arab @ al-Manna?

Ianya hanyalah sejenis gula larut air yang bebas perisa, tanpa warna dan bau. Bahasa mudahnya emulsifier semulajadi untuk memegang atau mengikat bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dan minyak. Kalau nak tahu, Gam Akasia (al-Manna) ini adalah emulsifier terbaik tanpa tandingan.

Betulkah? Faktanya; 3 sudu teh Gam Akasia (al-Manna) mengandungi fiber yang mudah larut setanding 10 mangkuk oatmeal, 13 batang lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune. Ada ke yang lain yang sebaik ini? Patutlah ianya sungguh istimewa sehingga disebut di dalam Al-Quran kan?

Banyak juga syarikat pengeluar suplemen menggunakan Gam Akasia (al-Manna) ini dalam produk mereka dan sudah banyak testimoni yang berkesan dengan pengambilan berterusan al-Manna. Antaranya melegakan masalah sembelit, menguatkan sistem imun, kulit lebih sihat, dan pelbagai lagi. Menurut kajian, al-Manna mengandungi kandungan prebiotik yang semulajadi dan tertinggi setanding susu ibu dan 10 kali ganda kaya kalsium berbanding susu lembu.

Wow!!! Banyaknya…

Apakah faedah kesihatan Acacia Gum @ Gam Akasia @ al-Manna?

Banyak kajian yang telah dijalankan, dan kesimpulan daripanya adalah gam akasia @ gam arab @ al-manna ini

  • mempunyai sifat antioksidan yang boleh mencegah kesan-kesan buruk kepada pesakit buah pinggang yang kronik
  • serat mudah larut yang berupaya membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat atau LDL di dalam darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung
  • menghalang pertumbuhan bakteria pathogenic di dalam usus kerana gam akasia dicerna di dalam usus yang sekaligus dapat mengurangkan keasidan atau pH usus
  • meningkatkan bilangan sel-sel bakteria di dalam usus terutamanya Bacteroides dan Bifidobacterium yang digunakan sebagai prebiotik. Bakteria inilah yang melawaskan dan membantu penghadaman yang baik di dalam usus
  • membantu penyerapan mineral lain seperti kalium, natrium, kalsium dan zink.
  • memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic lumen usus dan penghasilan cytokine

Ada lagi satu yang paling best; yang ni saya kena bold kan 🙂

Acacia Gum atau Gam Akasia atau Gam Arab atau Al-Manna melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubat-ubatan atau suplemen untuk melegakan masalah sesak nafas dan batuk juga masalah gastrousus. Acacia Gum mengurangkan radang dalam saluran pernafasan. saluran gastrousus dan sistem perkumuhan. Sangat baik untuk ikhtiar mengubati batuk, selesema, gastrik, sakit mata, dan cirit birit

Melihat pelbagai kebaikan Acacia Gum atau al-Manna dalam Meal Shakes ini, cuba bayangkan khasiat yang bakal diperolehi sepenuhnya dari Meal Shakes. Itu baru satu ingredient kan? Meal Shakes yang dah dicampur pelbagai bahan-bahan lain mestilah lagi bagus untuk kesihatan kita. Patutla kita selalu sahaja mendapat feedback yang bagus dari ibu-ibu yang memberikan Meal Shakes kepada anak-anak. Ramai yang berpuas hati kerana masalah sembelit dan tiada, anak lebih berselera makan, dah jarang demam atau selsema, masalah kulit pun dan bertambah baik, dan macam-macam lagi. Anda boleh baca lebih lanjut tentang Meal Shakes di sini.

Meal Shakes ini bukan suplemen untuk kanak-kanak sahaja tau. Sesuai untuk semua golongan tetapi sinonim dengan kanak-kanak kerana ianya multivitamin dalam bentuk serbuk dan mudah untuk diminum. Kanak-kanak kan belum pandai nak telan pil. Tetapi kalau kita yang dah dewasa ni pun ada kesukaran nak telan pil, bagus amalkan Meal Shakes ni jugak. Terutama golongan tua yang dah tak lalu makan, dan susah nak telan pil-pil. Boleh juga kita ikhtiar dengan Meal Shakes ini sebagai suplemen dan nutrien tambahan kepada mereka.

Sumber dan Rujukan: Herb-guru.com, answers.com, livestrong.com, damaracare, webmd.com

Nak dapatkan Meal Shakes?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

 

Acacia Gum Atau Al-Manna Dalam Meal Shakes

16 thoughts on “Acacia Gum Atau Al-Manna Dalam Meal Shakes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge