Tergempar! Terkini! Terhangat! Saya mendapat kiriman gambar dan pertanyaan dari seorang rakan tentang ujikaji sebuah syarikat U (atau lebih tepat saya katakan pengedar syarikat U) yang telah melakukan eksperimen kesan vitamin terhadap sebiji epal. Dan yang TERGEMPAR ialah Vitalea Shaklee termasuk dalam senarai ujikaji itu!

shaklee rosakkan buah pinggang?

Dalam 3 mangkuk ujikaji itu, jelas terlihat larutan Vitalea telah menghitamkan epal, sedangkan 2 biji epal lagi masih kekal cantik. Maka, terus mereka claim yang Vitalea Shaklee rosakkan buah pinggang! Eh, eh.. boleh ke gitu? Samakah ingredients setiap vitamin yang diuji itu?

Saya bukan saintis, dan bukan juga pekerja makmal. Jauh sekali seorang doktor yang boleh memberikan judgement kerana itu sememangnya bukan bidang saya. Teruja untuk melihat sendiri kesan larutan vitamin ini terhadap sepotong epal, saya membuat ujikaji sendiri.

Tidak perlu membandingkan dengan produk lain kerana saya memang tidak arif tentang produk lain. Saya mengamalkan Shaklee, saya belajar tentang vitamin Shaklee, saya yakin dengan Shaklee, saya berkongsi kebaikan Shaklee dengan mereka di sekeliling saya, dan saya rasa lebih seronok melihat ujikaji sendiri tentang sesuatu yang saya tahu dan faham.

facebook sharingSaya kongsikan semalam ujikaji saya di facebook saya, tak sangka eksperimen saya mendapat sambutan hangat di facebook. dah jadi viral pulak. Sehingga pukul 4:40 ptg ini (Selasa 26hb Ogos), dah 95 orang yang share. Waaahhh semua teruja ye.. Sabar ye. Tu belum habis eksperimen lagi. Meh saya kongsikan di sini eksperimen penuh saya 🙂

Ujikaji Kesan Vitamin Shaklee Terhadap Sepotong Epal.

So, apa lagi? Jom kita berujikaji. Lihat setakat mana kebenaran Vitalea Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?

Ish.. Shaklee dah membelanjakan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan pruduk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun juga lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja (sumber di sini). Dah terbukti berkesan pun tetapi saya ni nak juga buat ujian “makmal” sendiri ye? Tak apalah untuk memuaskan hati dan mata yang melihat sendiri.

Saya mulakan ujikaji saya dengan meletakkan 5 buah gelas kaca jernih bersama-sama vitamin Shaklee.

  1. Garlic Complex
  2. Chew C 100mg
  3. Sustained Release Vitamin C 500mg
  4. Vitalea
  5. Air kosong

Apa yang terjadi kepada epal selepas 7 jam?

shaklee rosakkan buah pinggang?

  1. Garlic Complex ~ masih kekal sama
  2. Chew C 100mg ~ kekal sama
  3. Sustained Release Vitamin C 500mg ~ kekal sama
  4. Vitalea ~ mula kehitaman pada tepi permukaan epal
  5. Air kosong ~ lebam dan lembik

Apa yang terjadi kepada epal selepas 16 jam?

shaklee rosakkan buah pinggang?

  1. Garlic Complex ~ masih sama seolah-olah tiada apa yang berlaku
  2. Chew C 100 mg ~ tetap tiada perubahan
  3. Sustained Release Vit C 500mg ~ masih kekal sama
  4. Vitalea ~ semakin kehitaman
  5.  Air kosong ~ lebam lembik dan mula berbau

Apa yang terjadi kepada epal selepas 24 jam?

shaklee rosakkan buah pinggang?

  1. Garlic Complex ~ dah menampakkan kekuningan tetapi TETAP CANTIK malah epalnya masih keras
  2. Chew C 100 mg ~ eh macam tak ada apa-apa yang berlaku pun, TETAP CANTIK
  3. Sustained Release Vitamin C 500 mg ~  tetap sama , TETAP CANTIK
  4. Vitalea ~ semakin kehitaman
  5. Air kosong ~ lebam, lembik dan busuk.

Secara kesimpulannya memang VITALEA MEMBUATKAN EPAL HITAM DAN TEROKSIDA! Tetapi kenapa?

Sebenarnya kandungan Vitalea mempunyai zat besi yang amat tinggi. Setiap kapsul Vitalea mengandungi 9 mg zat besi. Dan seperti yang kita semua ketahui (dalam kelas Kimia kat sekolah dulu ada belajar pasal iron ni) zat besi atau iron ini mempunyai sifat pengoksidaan yang amat tinggi kerana sifat semulajadinya senang bergabung dengan udara. Sebab itu juga Vitalea didatangkan dengan penutup khas yang menjamin botolnya sentiasa kedap udara. Perasan tak kalau kita biarkan Vitalea di tempat terbuka atau tidak menutup penutup botol Vitalea ini dengan sempurna, akan terbentuk bintik-bintik hitam pada Vitalea yang menunjukkan adanya tindakbalas terhadap oksigen. Untuk lebih mudah faham, sifat semulajadi besi pun memang mudah karat kan bila terlalu terdedah kepada oksigen?

Jadi betulkan dakwaan distributor syarikat U tentang Vitamin Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?

Bagi saya, ujikaji itu adalah amat tidak adil. Vitamin syarikat U mengandungi vitamin C yang memang terbukti sifat antioksidannya tetapi dibandingkan dengan Vitalea yang mengandungi zat besi yang mudah teroksida? Adilkah?

Cuba lihat sifat antioksidan yang Shaklee berikan kepada kita para pengguna. Garlic Complex dan Vitamin C tetap memelihara kecantikan dan kesempurnaan permukaan epal itu walaupun setelah 24 jam! Sedangkan dengan air biasapun epal itu membusuk dan air di dalamnya berlendir. Saya akan huraikan pada entry seterusnya tentang antioksidan dan rahsia awet muda. Tunggu ye 🙂

Epal hitam, bagaimana organ dalaman kita? Bahaya untuk kesihatan?

shaklee rosakkan buah pinggang?Cuba lihat keratan epal ini, saya belah dan lihat apa yang terjadi di dalamnya. Epalnya masih rapuh dan “kuat” seperti asal dan kesan pengoksidaan zat besi itu cuma di bahagian luar permukaan epal sahaja.

Zat besi tidak merbahayakan kesihatan kerana badan kita sememangnya memerlukan zat besi untuk fungsi hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Vitalea mempunyai sistem penyerapan bioactivated berpaten untuk memastikan vitamin lain mudah diserap secara optimum. Vitalea penting untuk membekalkan nutrisi pada sel sihat dan ia mengandungi zat besi untuk membentuk hemoglobin.

shaklee lulus KKM
Imej google: Klik untuk mendapatkan hasil yang lebih jelas

Jangan risau, Vitalea lulus KKM (rujuk gambar) dan telah menjalani 340 ujian kawalan mutu dan ujian klinikal telah membuktikan sesiapa yang mengamalkan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea merupakan Multivitamin PERTAMA DI DUNIA dan in shaa Allah pilihan yang tepat untuk anda.

Nak order Vitalea?

Meh click di bawah ini atau boleh hubungi kami untuk pesanan. Kalau yang dah buat pembelian terus di sini boleh hubungi kami dan berikan no invoice anda sebagai bukti pembelian untuk mendapatkan konsultasi dan cara pengambilan Vitalea yang betul.

order shaklee online

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Disclaimer: keputusan sebenar mungkin sedikit berbeza dengan gambar disebabkan oleh faktor pencahayaan

Vitamin Kita Shaklee

TERKINI!! Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?
Tagged on:         

One thought on “TERKINI!! Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge