Shaklee Effect lagi. Ya! Shaklee Effect memang berhantu! Semakin seronok nak berkongsi kebaikan bila kita sendiri yang merasainya. Kali ini Shaklee Effect Ostematrix dan Omega Guard.

Ini kisah ibu tercinta, yang saya kira memang sudah jatuh cinta sangat dengan vitamin Shaklee. Tapi biasalah, masih “malu” nak mengakuinya. Tak apa mama. Yang penting saya tahu mama memang sangat sukakan Shaklee terutama Ostematrix dan Omega Guard. Tak perlu kata-kata pengakuan “mama memang suka sangat dengan Ostematrix dan Omega Guard ini” tetapi cukuplah sekadar saya memahami bila setiap kali bekalan vitamin sudah tinggal beberapa biji sahaja lagi, mama sudah memberitahu “Ostematrix dengan Omega ni dah nak habis“. Saya faham! Inilah Shaklee Effect. Tak perlu kata-kata pengakuan apabila tingkah laku dan senyuman mampu menyatakannya.

Mama saya menderita sakit sendi pinggul berpuluh-puluh tahun lamanya. Sejak mengandungkan adik saya yang kini sudah mencecah 27 tahun. Bermula dari itu, aktiviti mama agak terbatas. Dia mahu aktif seperti orang lain, dan dia memang akan tetap menjadi supermom bagi kami adik-beradik. Bekerja, outstation sana sini, uruskan kami adik beradik, masak hari-hari dengan air tangannya sendiri, kerja rumah lagi, jadi cikgu di rumah bagi kami… Ah, segala-galanya mama. Akhirnya, mama kepenatan setiap hari dan kesakitan tulang dan sendi pinggul akibat terlalu banyak beraktiviti.

sakit sendi pinggul

Mengenali Shaklee, dan merasainya sendiri Shaklee Effect, saya mula hadiahkan kepada mama set vitamin asas (Vitalea, B Complex, Vitamin C) juga set kesihatan sendi (Advanced Joint Health Tablet, Ostematrix dan Omega Guard). Dan saya mula merasai perbezaan pada diri mama bila setiap kali balik kampung, sudah jarang mama mengadu sakit-sakit sendi. Langkahnya juga sudah semakin panjang. Alhamdulillah. Saya tahu mama susah nak konsisten dengan set vitamin asas itu kerana setiap kali balik kampung, vitamin-vitamin itu tetap kekal banyak di dalam botol. Advance Joint Health Tablet yang sering out of stock pada masa itu membuatkan mama betul-betul konsisten dengan Ostematrix dan Omega Guard sahaja

Apa perubahan ketara yang saya nampak pada mama?

Tidur lambat dan bangun lebih awal.

Dialah yang tidur paling lambat di rumah dan dia jugalah yang paling awal bangun. Nampak setiap pagi cergas sahaja dan selalu tidak akan lepaskan peluang berjemaah Subuh di masjid.

Sistem imun bertambah baik

Jarang sekali dah mama diserang demam atau selsema. Alhamdulillah. Saya bercadang nak bekalkan Nutriferon pula untuk mama amalkan sekali sekala.

Daya ingatan semakin kuat

Ah, yang ini saya terpaksa akui. Jarang sekali mama lupa dengan apa yang kami katakan. Dan peristiwa apa-apa pun mama lah yang paling ingat.

shaklee effect omega guard

Semakin aktif berpesatuan

Sejak pencen, mama banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti persatuan di masjid. Persatuan ini pula memang aktif dengan gotong-royong la, lawatan sana sini la, mempengerusikan pelbagai majlis, dan bermacam-macam lagi aktivitinya. Kami kerap mendapat “update” aktiviti yang mama hadiri dan kami tau mama enjoy dengan kehidupannya sekarang. Alhamdulillah

Semakin “perasan” sihat, semua kerja nak buat

Ini memang kami semua nampak. Setiap kali kami balik kampung, mamalah orang yang paling “sibuk”. Dia lah yang bangun paling awal dan dialah yang tidur paling lambat untuk siapkan semua kerja. Dia juga yang merancang pelbagai aktiviti untuk kami bersama. Ada-ada rancangannya.

Dah jarang diserang asthma

Mama ada asthma. Pantang sejuk atau minum air sejuk mesti malamnya kena asthma attack. Kalau musim kenduri lagilah bertambah risikonya kerana hampir setiap kenduri menghidangkan ais. Dulu kami selalu “intai-intai” mama minum ais lepas tu tolong bising-bising ingatkan mama jangan minum ais. Tetapi sekarang Alhamdulillah, mungkin sejak konsisten dengan Omega Guard.

Kerap melancong

Mama semakin aktif melancong! Dalam setahun pun sampai 3 atau 4 kali ke luar negara. Ya, mungkin ini salah satu impian mama nak travel sebanyak mana tempat tambahan pula sekarang ni dah tak terikat dengan tuntutan kerja di pejabat. Kalau dah melancong tu, sah-sah la berjalan-jalan dan banyak bergerak. Tidak pernah sekali pun lagi mama merungut penat setiap kali pulang travel. Malah kerap mengirimkan gambar dia bersiar-siar hampir sepanjang hari di luar. Rehat cuma waktu tengah malam dengan tidur di bilik hotel. Mama dah kembali muda!

Dah boleh berdiri dan berjalan lama

Pernah sekali, sewaktu mama datang ke KL di rumah kami, kami tanyakan nak ke mana-manakah hari itu? Sementelah hari cuti dan boleh la bawa berjalan atau shopping. Mama tersenyum-senyum sambil menjawab “nak shopping kat Sogo, Jln TAR“.

Kami ke sana awal pagi menunggu pintu Sogo dibuka. Nak elak jammed punya pasal. Berjam-jam ikut mama memilih barang-barang sambil cuci mata sekali. Lunch pun di sana. Ingatkan selepas lunch tu sudah nak balik tetapi mama cakap nak ke Jln TAR pula. Banyak tempat teringin nak shopping, Gulatis, Kamdar, Harisson…

Hah??? Kami terkejut macamana mama boleh ada energy dan berjalan berjam-jam lamanya ini. Seharian kami di situ. Saya dan suami dah terasa kebas-kebas kaki tetapi tengok mama masih steady.

Selesai urusan di Jalan TAR petang itu dengan saya rasa kaki saya yang dah membengkak! Tapi mama masih mampu berjalan seperti biasa seolah-olah tidak pernah ada sejarah penderitaan berpuluh-puluh tahun sakit sendi tu.

Dalam perjalanan balik, sempat mama memberitahu ideanya.. “kita singgah Jusco la pulak ye

Haaaaah!!! Mama!! Kami Surrender!! Sungguh Shaklee Effect ini membuatkan saya mengaku “kalah” lawan berjalan dengan mama. Gembira bila melihat mama sudah tiada masalah sendi malah lebih “muda” dari kami walaupun sudah menjangkau usia 60-an.

Saya sayang mama. Semoga Allah memberikan kesihatan yang berkekalan kepada mama. Hanya doa yang dapat saya kirimkan setiap hari semoga Allah sentiasa memelihara insan tersayang ini. Tiada apa yang mampu membalas segala jasa-jasa mama tetapi saya gembira dengan Shaklee Effect ini yang banyak membantu mama lebih sihat. Alhamdulillah.

#shakleeeffectoog bersama AnakkuWiraku

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita[@]gmail.com atau boleh juga menghantarkan sms atau whatsapp ke talian 019-9109009.

Disclaimer: Perkongsian ini bersifat peribadi berdasarkan sharing dari seorang anak tentang shaklee effect Ostematrix dan Omega Guard terhadap ibunya. Hasil dan kesan mungkin berbeza bagi setiap individu yang lain.

Vitamin Kita Shaklee

Shaklee Effect Ostematrix dan Omega Guard: Kami Surrender!!
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge