Shaklee Effect? Bulan ni ramai yang bercerita tentang Shaklee Effect. Kat facebook, instagram, twitter pun dan banyak #shakleeeffect. Tiba-tiba saya teringat Shaklee Effect saya yang cukup meninggalkan “kesan” di dalam hati. Kalau teringat bab ini memang boleh tergelak sendiri. Saya nak kongsikan Shaklee Effect Ostematrix sepanjang saya mengandungkan anak ke 3 saya pada 2012.

shaklee effect ostematrix

Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan Ostematrix ini sejak saya berikhtiar set penyusuan untuk anak ke 2 sejak 2010. Bermula dari situ, saya memang konsisten amalkan Ostematrix ini. Saya amalkan bersama complete 3M Set (Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Alfalfa (jarang-jarang), Ostematrix + Omega Guard). Cuma saya boleh simpulkan sangat meriah susu yang Allah kurniakan kepada saya walaupun saya stress dengan kerja di pejabat, susu tetap ada. Alhamdulillah.. berjaya menyusukan anak saya cukup tempoh 2 tahun tanpa susu formula. Syukur rezeki dari Allah dan Shaklee sebagai perantara.

Cuma apabila saya mengandungkan anak ke 3, baru saya sedar Shaklee Effect Ostematrix ini sungguh besar kepada saya. Maklumla vitamin ibu hamil yang lain memang saya culas. Tak tahu kenapa susah sangat nak disiplinkan diri makan vitamin-vitamin yang lain itu semasa hamil kecuali Ostematrix!! Ini memang saya berjaya mengamalkan dengan konsistennya.

shaklee effect ostematrix

Apa yang saya dapat dari Ostematrix selama saya hamil? Shaklee Effect ~ Ostematrix?

Tidur yang lena dan mudah bangun pagi

Setiap kali hamil, saya memang sentiasa resah bila nak tidur. Serba tak kena, pusing kiri-pusing kanan mencari posisi yang sesuai dan selesa. Sehingga saya tak sedar bila masa saya tertidur dan akibatnya susah nak bangun pagi kerana tak cukup tidur. Alhamdulillah dengan Ostematrix saya memang senang lena di waktu malam. Ambil Ostematrix sebelum tidur bersama air suam kemudia letak sahaja kepala di bantal, terus boleh lena dan bangun pagi esoknya pun rasa fresh sangat. Alhamdulillah.

Migrain hilang

Ini satu lagi “penyakit” sewaktu saya mengandung. Dari anak pertama dan kedua, migrain senang sangat menyerang terutamanya bila balik dari kerja setelah seharian penat di ofis. Alhamdulillah, pengalaman mengandung kali ini tanpa sebarang serangan migrain.

Lancar dan lawas buang air besar

Saya ni memang ada masalah membuang. Kadang-kadang 2 hari sekali baru ke toilet. Tak tahu apa masalah sebenar tapi saya memang makan buah yang banyak sewaktu hamil. Air pun minum banyak. Masalah tetap sama setiap kali saya hamil. Tetapi kali ke3 ini memang berbeza. Seperti sudah dijadualkan, bangun pagi sahaja memang wajib membuang dan alhamdulillah lancar dan lawas serta tiada masalah sembelit.

Buasir tiada

Sejak hamil anak pertama, saya mengalami masalah buasir yang teruk disebabkan oleh kedudukan bayi yang rendah di dalam rahim dan menekan bahagian rektum saya. Masalah buasir ini semakin buruk sewaktu bersalin. Mengikut apa yang doktor kata, saya tiada pilihan kerana masalah ini tetap akan berulang setiap kali hamil dan bersalin kerana kedudukan rahim saya agak “special”. Dan memang benar, sewaktu anak kedua pada 2009 pun saya menderita masalah buasir yang sama.

Tetapi, rezeki saya dengan kehamilan kali ini (2012) langsung tiada buasir. Alhamdulillah. Dan sehingga ke hari ini setelah hampir 5 tahun mengamalkan Ostematrix, buasir saya hilang sama sekali. Syukur dengan rezeki Allah ini. Alhamdulillah.

Tak sakit atau ngilu gigi lagi.

Semasa kehamilan pertama dan kedua, saya sukar nak makan atau minum makanan atau minuman yang panas atau terlalu sejuk. Gigi mesti rasa ngilu je. Ubat gigi pun kena pakai yang special untuk gusi dan gigi sensitif sepanjang mengandung tu. Memang susah kalau nak makan bila order makanan panas pun kena tunggu sejuk dulu, perut lapar pun kena tahan. Kalau degil makan juga, alamatnya sampai tak boleh tidur malam berdenyut-denyut rasa sampai ke kepala. Gigi pun tak boleh berlaga sesama sendiri sebab kesan ngilu tu boleh buat saya menangis.

Tetapi kali ini, makanlah apa sahaja.. minumlah apa sahaja tetap tiada apa-apa kesan pada saya. Saya bebas nak makan makanan panas dan boleh minum air sejuk dalam masa yang sama. Best!! Kebebasan untuk makan!! Subhanallah, nikmatnya bila Allah bagi rasa tak sakit gigi ini sebab sakit gigi ni memang azab sangat rasanya.

Berat badan terkawal

Mengandung kali ke3 ini saya diberikan rezeki kurang muntah-muntah dan morning sickness. Kalau anak-anak yang terdahulu, sampai melepet saya muntah-muntah teruk. Orang lain sampai 3 bulan sahaja kalau morning sickness pun. Tetapi saya sampai 6 bulan! Memang teruk sangat.

Alhamdulillah kali ke 3 ini saya tak alahan teruk. Sekali dua sahaja muntah-muntah di awal kehamilan. Makan? Bagitahulah apa sahaja saya boleh telan dan saya memang suka makan atau lebih tepat lagi MAKAN BANYAK sepanjang tempoh mengandung kali ke3 ini.

Saya pernah terbaca tentang pengambilan kalsium yang cukup dalam diet seharian kita akan membantu mempercepatkan kehilangan lemak kerana kalsium bukan sahaja mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan tetapi juga meningkatkan metabolisme badan, dan sebab itu kalsium boleh membantu mengawal berat badan. Betul! Berat saya cuma naik sekitar 9 kg sahaja sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan. Tetapi baby yang keluar bukan tak cukup berat pun. Paling “berat” antara ketiga-tiga anak iaitu 3.44 kg.

Saya tiada gambar full semasa pregnant. Ada separuh badan macam ni sahaja selepas 36 minggu
Saya tiada gambar full semasa pregnant. Ada separuh badan macam ni sahaja selepas 36 minggu

Kejang kaki tiada.

Rutin harian saya pergi dan balik kerja dengan tren LRT setiap hari. Dari Ampang ke stesen LRT Bandaraya. Mungkin yang pernah biasa dengan tren ini tahu bagaimana keadaan tangga di stesen-stesen LRT ini yang TIADA escalator dan TIADA lif (memang tidak mesra OKU langsung!). Saya terpaksa menapak naik tangga turun tangga di LRT Ampang dan turun tangga naik tangga di LRT Bandaraya yang tingginya maak ai!! Saya pernah kira dulu berapa anak tangga yang perlu saya daki setiap hari tetapi saya dah lupa 🙂

stesen lrt bandaraya
Stesen LRT Bandaraya. Escalator cuma ada yang berbumbung hijau itu sahaja. Yang most of the time tidak berfungsi pada masa itu (2012)

Balik kerja memang tipu kalau saya cakap tak lenguh, dan tak kejang. Dalam tren pun kadang-kadang terpaksa berdiri dengan perut memboyot kerana masyarat kita memang masih ramai yang tidak sensitif dengan keperluan ibu-ibu hamil ini.

Alhamdulillah, memang Shaklee Effect yang ketara untuk saya kali ini bila saya JARANG sekali mengalami kejang kaki dan lenguh-lenguh. Seingat saya sewaktu awal-awal kehamilan sahaja.

Kekal cergas 

Bab ini memang akan terkantoi bila saya share di sini.

Sewaktu saya hamil 7 bulan, saya pernah buat kerja gila travel ke Singapura dalam satu hari. Dengan alasan mengidam saya pujuk husband ke Johor Bharu selepas balik kerja petang Jumaat. Kami sampai Johor Bahru tengah malam Jumaat itu dan terus check in ke hotel.

shaklee effect ostematrix

Pagi-pagi Sabtu itu bila husband tanya mahu jalan ke mana? Saya jawab “Singapore!”. Dan disebabkan kegilaan kami, kami travel naik bas dan MRT berjalan-jalan (jalan kaki) ke sekitar Singapura itu sepanjang hari dengan membawa 2 orang anak kecil, dan saya hamil 7 bulan waktu itu! Waaahhh! Memang tak sangka saya “kuat” berjalan dengan perut yang memboyot sepanjang hari dan patah balik ke Johor Bahru pada malam hari yang sama juga. Teringat waktu itu suami seakan pelik melihat saya;

” Sayang makan apa ni? Berjalan dengan perut boyot macam tak ingat dunia.. saya pun dah rasa give up serik berjalan dengan anak-anak kecil ni lagi dah”

P/s: owh ini kalau ibu saya baca “rahsia” yang saya simpan hampir 3 tahun ini boleh terbongkar! Sorry mama, inilah Shaklee Effect Ostematrix:)

Contraction bersalin ~ macam main-main

Ini yang paling kelakar bila saya ingat. Dan ini juga Shaklee Effect Ostematrix yang PALING BESAR untuk saya.

Sewaktu hari nak bersalin, saya rasa macam mild contraction sahaja tetapi sebab fikirkan saya dah overdue, saya pergi juga ke hospital. Sampai di wad bersalin, nurse yang bertugas waktu tu terus cek bukaan jalan dan dengan paniknya bagitahu dah 10 cm! Kena bersalin sekarang juga!

Saya dan suami memang panik sebab tak jangka dah memang waktu, tengok mesin CTG di sebelah memang contraction dah 90% ke atas. Nurse siapkan saya dan tanpa apa-apa ubat penahan sakit saya disuruh bersedia untuk “push”.

Terdengar nurse bagitahu “ok yana, boleh push sekarang!” tetapi disebabkan saya blurr dan rasa contraction yang tak begitu kuat saya jawap ” jap nurse… nak minum kejap”

Suasana tiba-tiba bertukar gamat dengan nurse dua orang tadi tergelak-gelak geli hati sehingga ada seorang lagi nurse datang join sekali nak tahu apa yang kelakar sangat.

Sambil suami sua air kat mulut saya, saya sempat berfikir dan bertanya lagi “macamna nak push ye nurse? saya mcm blurr pulak”

Sekali lagi nurse bertiga itu gamat gelakkan saya, sambil cakap

“awak amik cukup magnesium ni.. kalau cukup magnesium memang contraction pun kita rasa kurang tambahan pula kalau anak dah no 2 atau no 3, dah pernah rasa “sakit” tu.. sampai nak kena fikir macamana nak push”.

Serius!! Ini Shaklee Effect Ostematrix yang begitu meninggalkan kesan mendalam kepada saya. Seronok hamil dengan Ostematrix! Anda juga patut merasai Shaklee Effect Ostematrix ini.

#shakleeeffectoog happening di blog AnakkuWiraku

Mahu dapatkan Ostematrix?

Anda boleh menghubungi kami atau membuat pembelian terus di sini. Kemudian sila hubungi kami dan berikan no invoice sebagai bukti pembelian untuk mendapatkan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.

order shaklee online

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Disclaimer: Perkongsian ini adalah perkongsian peribadi saya tentang pengalaman hamil dengan Ostematrix. Hasil dan kesan mungkin berbeza bagi setiap individu.

Vitamin Kita Shaklee

Shaklee Effect Ostematrix Buatkan Nurse Tergelak di Bilik Bersalin
Tagged on:         

9 thoughts on “Shaklee Effect Ostematrix Buatkan Nurse Tergelak di Bilik Bersalin

Leave a Reply to Noor Faizah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge