lazada after party sales

Merawat Cirit Birit Dengan Cepat | Cirit-birit atau diarea boleh berlaku kepada sesiapa sahaja mungkin disebabkan oleh kemasukan virus, bakteria atau parasit ke dalam mulut melalui makanan. Cirit-birit boleh menyerang untuk tempoh dua atau tiga hari dan mungkin lebih daripada itu. Bagaimana cara merawat cirit-birit dengan cepat?

rawat cirit-birit dengan cepat

Alhamdulillah, syukur sangat hari ini saya dah kembali bertenaga. Seharian semalam saya hanya melepet di katil. Adakalanya sampai menggigil-gigil menahan sakit perut yang sekali-sekala datang memulas-mulas. Dah boleh diibaratkan seperti kontraksi sewaktu nak bersalin! Serius saya rasa itu yang paling teruk cirit-birit yang saya alami sepanjang beberapa tahun ini. Sampai terpaksa meminta husband saya EL separuh hari semalam kerana dah tak larat nak uruskan anak-anak di rumah. Tidak pasti apa yang saya makan, rasanya kenduri atau open house semuanya sama makanan yang dimakan seperti anak-anak dan suami. Tetapi saya sorang sahaja yang kena. Syukur juga kalau keadaan ini dialami oleh anak-anak, mungkin lebih teruk keadaan mereka menahan sakit.

Kisah bermula saya dah terasa tak sedap perut petang Ahad lagi. Tetapi sebab seronok famili husband ramai yang datang berkumpul di rumah, sakit perut pun macam ala-ala sahajala. Start tengah malam Ahad tu saya dah berulang alik ke toilet. Tidur malam pun terganggu dek kerana kerap terjaga ke bilik air. Dan bermula pagi Isnin pula, sakit perut semakin teruk. Memulas-mulas sehingga seram sejuk rasa kaki.

Teringat nota penting tentang apa yang perlu dielakkan atau diambil ketika cirit-birit yang diberikan oleh Doktor Intan Baiduri (doktor kegemaran saya sejak 2002 lagi) yang saya tampalkan di peti sejuk rumah.

tips hadapi cirit-birit

Tips apabila diserang cirit-birit. Apa yang perlu dan apa yang tidak?

  1. Berhenti semua makanan kecuali bubur nasi kosong bersama sup (tanpa lauk) dan bubur nasi bersama sup kosong dan telur sahaja
  2. Makan pisang untuk tenaga segera
  3. Minum Air Garam Rehidrasi (ORS) dilarut dalam rebusan air barli tanpa gula atau dilarut dalam air suam
  4. Makan kentang lenyek (mash potato)
  5. Selepas 2 jam, anda digalakkan untuk “challenge” usus dengan air kacang soya atau air barli dicampur dengan gula
  6. Tidak digalakkan untuk “challenge” usus anda dengan roti, air susu, milo atau horlicks (malt). Roti mengandungi yis dan gluten yang tidak mudah dihadam oleh usus yang meragam.

Apa ikhtiar saya merawat cirit-birit yang teruk ini?

Saya rujuk nota ringkas tadi, BERHENTI MAKAN kecuali bubur kosong. Perut yang sakit menyukarkan saya untuk berdiri dengan baik. Kaki pun menggigil-gigil, macamana nak masak bubur? Nak makan pisang? Pisang pun tak ada. Sedih betul rasanya tambahan pula saya hanya dirumah bersama anak kecil yang berumur 2 tahun pada masa itu.

Minum ORS? Ini saya tukarkan dengan Nutriferon bersama Performance Drink. Alhamdulillah, sedikit sebanyak meredakan kekerapan ke toilet tetapi sakit perut masih terasa walaupun selang masanya sudah meningkat. Owh mungkin akibat perut kosong dan angin pulak.

Nak makan mash potato? Mana pulak saya nak cari? Nak keluar dalam keadaan begini dengan anak kecil lagi adalah sesuatu yang mustahil bagi saya.

Saya tunggu selepas dua jam dan mula “challenge” perut saya dengan air kacang soya Shaklee ESP. Alhamdulillah kembali bertenaga tetapi masih belum meredakan lawatan ke bilik air. Tetapi saya dah semakin bertenaga sedikit berbanding awal pagi tadi.

Saya tak berani nak challenge usus dengan roti dan air susu kerana pernah beberapa kali saya mencubanya sebelum ini dan saya bertambah teruk apabila diserang muntah-muntah pula. Jadi saya cuma ambil Performance sekerap yang mungkin untuk mengelakkan badan dehidration. Masih berulang ke toilet sekali sekala tetapi ini adalah normal kerana usus kita ni panjang. Untuk clear semua jangkitan di usus boleh mengambil masa sehingga 2 atau 3 hari juga. Apa yang boleh kita lakukan ialah bertahan dan mendapatkan bekalan air yang secukupnya supaya badan tidak berterusan lemah dan hilang hidrat.

Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.Sumber

rawat cirit-birit dengan cepat

Dan pagi ini (Selasa) saya masih rasa tidak sedap perut tetapi mencuba dengan ikhtiar yang baru dengan mengambil Performace Drink, Nutriferon, dan Cinch Tea bersama-sama. Saya campurkan ketiga-tiga ini bersama air suam dan minum awal pagi tadi. Alhamdulillah, sakit perut hilang (walaupun saya cuma makan sup dah barli sahaja malam tadi), saya juga dah tak ke toilet, dan kembali bertenaga seperti biasa. Alhamdulillah, ikhtiar saya untuk rawatan cirit-birit yang cepat dengan Shaklee berhasil. Alhamdulillah.

Anda mahu mendapatkan Performance Drink, NutriFeron dan Cinch Tea?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Merawat Cirit-Birit Dengan Cepat
Tagged on: