Ramai yang nak kurus. Ramai yang dah mencuba pelbagai kaedah diet. Tetapi masih ramai masih gagal turunkan berat badan. Sampaikan terbawa-bawa kepada masalah stress pula jadinya.
Ramai yang kecewa setelah mencuba untuk berdiet berulang kali tetapi hasilnya tetap gagal. Penat, marah, sedih.. Akhirnya impian untuk kurus terkubur begitu sahaja. Ada yang lebih teruk semakin stress sehingga mula tidak mengawal pemakanan. Kesannya berat badan pula yang naik mendadak!
“Arghhh!! Stress!! Nak kurus!! Kenapa aku gagal turunkan berat badan?!”
Kenapa Gagal Turunkan Berat Badan?
Elak Waktu Makan
Ramai yang beranggapan bila berdiet, kena skip makan. Kalau makan banyak nanti berat makin naik. Jadi penyelesaiannya ramai yang skip waktu breakfast atau lunch. TIDAK BETUL sebenarnya cara begini. Untuk diet yang sihat, kita tidak boleh mengabaikan waktu makan. Perlu mengambil sarapan, makan tengah hari, dan makan malam dengan kuantiti yang berpatutan dan lengkap nutrisi seimbang. Makanan membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja-kerja seharian.
Jangan sesekali tinggalkan waktu makan ini kerana ianya akan menyebabkan otak dan badan kita menerima isyarat tidak perlu bekerja membakar kalori dan menyimpan lemak untuk untuk menghasilkan tenaga. Seelok-eloknya cuba amalkan makan malam lebih awal di antara pukul 7 dan 8 malam.
Kenapa Gagal Turunkan Berat Badan?
Enggan Bersenam
Ini lagi satu masalah utama kebanyakan dari kita yang nak berdiet. Nak kontrol makan sahaja tanpa melakukan apa-apa senaman walaupun cuma senaman ringan. Eh, mana boleh macam tu!
Senaman penting untuk meningkatkan metabolisme tubuh badan kita. Dan seterusnya memudahkan proses pembakaran lemak. Barulah berat badan senang nak turun kan..
Kenapa Gagal Turunkan Berat Badan?
Tidak Ambil Kalori
Waah.. ekstremnya diet sehingga langsung tidak mahu menjamah kalori. Badan kita perlukan kalori cuma haruslah di awasi dalam kuantiti dan jumlah yang betul. Bukan TIDAK mengambil langsung!
Jumlah kalori yang diperlukan setiap hari berbeza di antara lelaki dan wanita
- Lelaki ~ 2,000 – 2,500 kalori
- Wanita ~ 1,500 – 2,000 kalori
Rujuk di sini tentang cara kira kalori yang diperlukan.
Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan mengganggu metabolisme badan dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti;
- pening-pening
- kurang bertenaga
- loya
- cirit-birit
- sembelit
Sumber rujukan : cyberslimcentre
Kenapa Gagal Turun Berat Badan?
Cuma Makan Buah dan Sayur
Ini bukan makanan yang seimbang. Badan juga memerlukan protein, karbohidrat, dan lain-lain nutrisi yang seimbang. Buah dan sayur bukan penyelesaian untuk makanan seimbang sepanjang hari.
Kenapa Gagal Turun Berat Badan?
Mengamalkan Salad Mayonis
Wah.. memang sedap salad sayur atau buah bersama mayonis. Tetapi kalau dah terlalu banyak, ianya boleh mengakibatkan berat badan anda meningkat juga tau kerana kandungan kalorinya yang tinggi. Hati-hati ye.
Menurut Kevin Zahri, mayonis adalah antara 10 makanan paling menggemukkan di Malaysia! Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Kenapa Gagal Turun Berat Badan?
Tidak Minum Susu
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Banyak kajian yang membuktikan bahawa susu boleh membantu mengurangkan berat badan, salah satunya mengatakan sebatian aktif yang terdapat di dalam susu (nutrien) mampu memberikan kesan pembakaran lemak dengan lebih efektif.
Kenapa Gagal Turun Berat Badan?
Mahukan Keputusan Drastik
Ramai yang mahukan keputusan yang cepat, penurunan 2-3 kg seminggu!! Owh kita sepatutnya risau sekiranya berat badan kita jatuh mendadak kerana penurunan berat badan yang ideal adalah hanya sekitar 500 gram – 1 kg seminggu sahaja.
Jika lebih dari penurunan normal ini, hati dan buah pinggang anda mungkin akan mengalami komplikasi kerana dipaksa untuk bekerja dengan lebih kuat untuk menggantikan glukosa dalam darah.
Anda boleh baca selanjutnya di sini tentang penurunan berat badan yang sihat dalam seminggu.
Dah makan set slimming Shaklee tapi tak kurus jugak!
Suplemen bukan ubat kurus yang boleh membuatkan berat badan anda terus hilang 5-10kg dalam masa seminggu. Suplemen adalah makanan tambahan yang perlu diamalkan secara konsisten dan membantu menampung kekurangan nutrien serta mempercepatkan kadar metabolisme anda. Suplemen juga boleh membantu mengurangkan selera makan yang keterlaluan, menyingkirkan lemak dan kolesterol dari dalam badan secara berperingkat-peringkat. Kesusuaiannya juga bergantung kepada banyak faktor dan berbeza-beza bagi setiap orang. Secara logiknya pun kita telah membina “lemak” di dalam badan selama bertahun-tahun dan mahukan penyingkirannya hanya dalam masa sebulan? Logikkah?
Pastikan anda mengambil air masak yang secukupnya setiap hari untuk membantu meningkatkan metabolisme anda di samping konsisten dalam mengamalkan set slimming itu.
Owh jangan lupa, 7 faktor utama “kenapa gagal turun berat badan” yang dah dihuraikan di atas tadi juga perlu diambil kira.
Semoga bermanfaat untuk semua. In Shaa Allah
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Pingback: "Saya Tak Makan Tapi Berat Badan Naik!" | Starvation Mode