Bersihkan wajah setiap hari ~ nampak mudah dan semua dari kita pun pasti tidak menghadapi apa-apa masalah. Tetapi tanpa kita sedar, ada beberapa kesalahan ketika bersihkan wajah ini yang telah kita lakukan. Owh! Apakah itu?

salah cuci muka

Pentingkah Bersihkan Wajah Dengan Betul?

Walaupun nampak mudah, basahkan muka dan sapu pencuci muka. Urut muka beberapa minit kemudian bilas dengan air. Siap! Nampak sangat simple tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Cara yang betul ketika bersihkan wajah sangat penting kerana tindakan yang salah boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit wajah kita sendiri.

Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah

  1. Salah pilih produk ~ Bagaimana nak tahu kita memilih pencuci muka yang betul? Pencuci yang sesuai adalah pencuci yang bukan sahaja dapat menghilangkan segala kotoran dan mekap di wajah kita, tetapi juga TIDAK mengurangkan kelembapan semulajadi pada kulit muka kita. Produk yang tidak sesuai akan menyebabkan kulit bertambah kering dan boleh mengakibatkan iritasi atau kesan merah (radang) pada kulit.
  2. Berlebihan ~ Mencuci muka sekali atau dua kali sehari adalah bagus untuk membersihkan kotoran. Tetapi berlebihan membersihkan muka akan mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Elakkan mencuci muka terlalu kerap sekiranya anda tidak bermekap, kurang berpeluh atau banyak terdedah kepada cahaya matahari.
  3. Salah suhu air ~ pernah tak anda dengar “air panas boleh membuka liang roma muka, dan air sejuk akan membantu menutupnya semula”? Hakikatnya sama sekali TIDAK BETUL. Liang roma kita tidak mempunyai otot untuk terbuka dan tertutup. Mencuci muka dengan air panas memang memberikan keselesaan dan ketenangan kepada otot wajah tetapi sebenarnya ianya akan membuatkan kulit wajah kita kering. Gunakan air suam atau memadai dengan air sejuk suhu biasa sahaja.
  4. Skrub wajah dengan kerap ~ Skrub wajah adalah bertujuan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Dan ini memadainya seminggu sekali atau paling banyak pun 2 kali seminggu sahaja
  5. Tidak membersihkan dengan betul ~ disebabkan mengejar waktu, ramai yang ambil mudah soal ini. Akibatnya pori-pori muka akan tersumbat. Bahagian bawah rahang, garis rambut dan hidung selalu diabaikain.
  6. Gosok muka atau lap muka dengan tuala ~ Haaa.. ini memang hampir semua dari kita lakukan ini selepas mencuci muka. Menggosok muka dengan menggunakan tuala sebagai cara mengelap ini SALAH SAMA SEKALI kerana boleh menghilangkan elastisiti kulit. Atau bahasa mudahnya meningkatkan kulit menjadi mudah kendur. Cara yang BETUL adalah dengan menekap sahaja tuala itu ke muka tanpa perlu menggosok-gosokkannya.kesalahan bersih wajah
  7. Bertangguh menggunakan penyegar dan pelembap wajah ~ sekiranya anda ingin menyapu penyegar (toner) atau krim pelembap, sapu dengan segera setelah mengeringkan wajah dengan tuala. Membiarkannya dalam jurang yang lama akan menyukarkan penyerapan nutrien pelembap ke dalam kulit.

Sumber asal: Majalah Rapi

Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah

One thought on “Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah

Comments are closed.