Anda pernah dengar minyak bunga matahari yang diekstrak dari bijinya? Tahukah anda kebaikan minyak bunga matahari ini untuk kecantikan dan kesihatan bukan sahaja untuk kulit tetapi hampir keseluruhan tubuh badan kita?

minyak bunga matahari untuk kecantikan kulit

Bunga matahari (heliantus annuus) merupakan salah satu tumbuhan tanpa musim yang sangat popular sama ada sebagai tanaman hiasan atau juga tanaman untuk menghasilkan minyak. Bungannya sangat unik kerana kuntumnya yang agak besar berbanding pelbagai jenis bunga yang lain. Setiap kuntum bunga matahari berupaya untuk membesar sehingga 30cm lebar, manakala pokoknya pula boleh tumbuh sehingga 5 meter tinggi. Tumbuhan ini berasal dari Amerika Utara di sekitar Mexico, tetapi boleh tumbuh subur juga di Malaysia.

Selain bentuk bunga matahari ini yang seolah-olah menyerupai mahkota bunga yang sangat cantik, bunga matahari juga mempunyai biji-biji bunga yang sangat bermanfaat dan bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Manfaat dan kebaikan minyak biji bunga matahari ini telah diketahui sejak zaman berzaman, sebab itu jugalah banyak minyak-minyak biji bunga matahari boleh didapati di pasaran sekarang, tidak kira sebagai bahan kosmetik, perubatan, atau sebagai minyak masak sekalipun.

Apakah manfaat dan kebaikan minyak biji bunga matahari?

Minyak bunga matahari yang diekstrak dari bijinya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya. Kandungan Vitamin E dan asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif tidak kira samaada untuk kegunaan dalaman atau pun luaran.

Antioksidan

Kandungan minyak biji bunga matahari yang kaya Vitamin E (bunga matahari merupakan sumber utama vitamin e) menjadikannya antioksidan yang kuat untuk menghalang dan meneutralkan radikal bebas. Ia juga anti-radang yang sangat membantu dalam masalah seperti arthritis, asthma dan eczema.

Kandungan Vitamin E yang tinggi juga menghasilkan kolesterol baik (HDL) dan mencegah dari proses oksidatif, juga menghalang LDL (kolesterol jahat) membina plak pada arteri ketika proses oksidatif.

Vitamin E juga mengandungi pitosterol yang memberikan kesan yang baik untuk membantu menurunkan kolesterol jahat di dalam darah

Mineral Untuk Kesihatan

Banyak mineral yang terkandung di dalam minyak biji bunga matahari ini selain dari Vitamin E yang telah disebutkan tadi. Antaranya;

  • Vitamin B
  • Asid Palmitic
  • Asid stearik
  • Lecitin
  • Tocopherols
  • Karotenoid
  • Magenesium
  • Selenium
  • Protein
  • Tembaga
  • Zat besi
  • Zink
  • Kalsium
  • Asid lemak Omega 6 (GLA)

Kandungan mineral dalam biji bunga matahari ini sangat baik untuk kesihatan. Magnesium membantu menurunkan tekanan darah (hipertensi) dan meredakan sakit kepala akibat migrain.

Selenium pula berperanan memperbaiki DNA dalam sel tubuh yang rosak dan membantu mencegah pertumbuhan sel-sel kanser yang merbahaya.

Sumber; Fitday, Nutrition and You

Kecantikan Kulit dan Wajah

Disebabkan minyak bunga matahari ini merupakan salah satu sumber Vitamin E yang tinggi, jadi sudah semestinyalah ianya berkait rapat dengan kecantikan kulit.

  1. Melembapkan ~ vitamin E bertindak sebagai emollient yang memerangkap kelembapan pada lapisan bawah kulit. Ini bagi memastikan kulit akan sentiasa lembap dan segar dalam jangka masa yang lama. Sekarang pun sudah banyak kosmetik yang menambah minyak bunga matahari sebagai bahan utama mereka.
  2. Anti Penuaan ~ Vitamin E bersifat antioksidan yang kuat yang menentang radikal bebas dan proses oksidatif. The University of Maryland Medical Center membuktikan produk yang mengandungi vitamin E boleh membantu menghalang kehilangan kolagen dan keanjalan kulit. Dalam masa yang sama, vitamin E juga membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan penuaan. Ada kajian yang menunjukkan dengan menyapu minyak bunga matahari pada wajah beberapa kali seminggu mampu membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.
  3. Anti-radang dan Anti-bakteria ~ Kajian dari University of Maryland Medical Center menyatakan vitamin E boleh membantu mengurangkan kesan terbakar (merah) dan keradangan pada kulit. “The anti-inflammatory benefits of sunflower oil for skin is evidently strong as the oil is high in Omega-6 (linoleic) fatty acid along with Vitamin E. The University of Maryland Medical Center reports that linoleic acid helps decrease inflammation in skin (i.e., acne, dermatitis, sunburns). The center also says that Omega-6 enhances the developing of new skin cells. Thus, sunflower oil for skin care ensures constantly rejuvenated and even skin surface.
  4. Pelindung kulit ~ vitamin E memelihara lapisan kulit, menurut Harvard Medical School. Mengamalkan minyak bunga matahari boleh menyediakan badan kita untuk sentiasa bersedia menghadapi kerosakan akibat daripada pencemaran alam sekitar dan kekurangan lembapan badan.

Sumber: Oilypedia

Kecantikan dan Kesihatan Rambut.

Minyak biji bunga matahari mengandungi GLA iaitu asid lemak Omega 6 yang sangat penting untuk rambut yang sihat. GLA juga dipercayai boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur yang menjadi punca botak tidak kira untuk lelaki ataupun wanita.

Sumber: Livestrong

Kesihatan Kardiovaskular

Minyak bunga matahari mengandungi rendah kandungan lemak tepu tetapi tinggi dalam mono-tak-tepu dan lemak poli-tak-tepu. Poli-tak-tepu dan lemak mono-tak-tepu dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kita mesti berhati-hati dalam pengambilan lemak. Jumlah pengambilan lemak perlu dikekalkan di antara 25 dan 35 peratus daripada kalori, dan sebahagian besar daripada jumlah ini harus diwakili oleh lemak mono-tak-tepu dan poli-tak-tepu. Ini adalah penting untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang rendah, kerana masalah tinggi kolesterol akan membentuk plak pada dinding pembuluh darah,menyempitkan dan secara langsungnya meningkatkan risiko strok secara mendadak.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, minyak bunga matahari mengandungi sejumlah besar vitamin E. Menurut beberapa kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan di Finland, apabila mengambil vitamin E, risiko penyakit jantung koronari menurun sebanyak 30 hingga 40 peratus, dan kadar kematian dari penyakit jantung juga menjadi lebih rendah.

Vitamin E juga mempengaruhi bilangan sel darah merah. Oleh kerana sel-sel darah merah yang bertanggungjawab untuk mengangkut oksigen ke sel-sel badan yang lain, ia adalah jelas mengapa merah sel darah yang tinggi sangat penting. Selain itu, sel-sel darah merah melepaskan ATP (adenosina trifosfat) dan S-nitrosothiols, dua sebatian yang mengembangkan saluran darah. Dengan cara ini, darah akan dapat mengalir secara normal ke kawasan-kawasan badan yang tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

TMG (Trimethylglycine), juga dikenali sebagai betaine, merupakan sebatian organik yang terdapat dalam biji bunga matahari dan sedikit sebanyak, dalam minyak bunga matahari. Kompaun ini berhenti sintesis yang sulfurik asid amino yang dipanggil homosistein yang terlibat dalam pembangunan penyakit seperti arteri atau trombosis vena dan penyakit koronari.

Sumber: 3 Fat Chicks

Tahukah anda, di dalam GLA Complex Shaklee juga mengandungi MINYAK BIJI BUNGA MATAHARI?

GLA Complex bunga matahari

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada bunga borage dan bunga matahari demi memberikan khasiat yang terbaik kepada anda. Baca di sini untuk lebih informasi tentang GLA Conplex.

Mahu dapatkan GLA Complex Shaklee sekarang?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

beli GLA Complex online

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Rujukan; 3FC

Vitamin Kita Shaklee

5 Kebaikan Minyak Bunga Matahari Untuk Kulit Dan Kesihatan Anda!
Tagged on:

2 thoughts on “5 Kebaikan Minyak Bunga Matahari Untuk Kulit Dan Kesihatan Anda!

Comments are closed.