Shaklee sumbang dana kepada Israel? Allahu Akbar!! Benarkah ianya berlaku?

Mengucap panjang saya bila ada yang sambil melulu “menyerang” mengatakan Shaklee sumbang dana kepada Israel! Habis gempar satu Malaysia sehingga ada yang sanggup membuang semua vitamin-vitamin Shaklee yang telah dibelinya sebagai tanda protes dan boikot!

Sabar.. nanti dulu.. Jangan terlalu mudah membuat kesimpulan tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Isu ini sudah lapuk sebenarnya. Setiap kali Gaza diserang hebat, setiap kali itulah cerita ini kembali kedengaran. Reda isu Gaza, berita ini pun diam sunyi sepi. Saya faham, sebagai umat Islam yang sensitif dan prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin, kita terlalu beremosi dan ingin mencuba sedaya upaya menentang apa yang boleh kita lakukan di Malaysia ini walaupun kita jauh. Dan salah satu daripadanya adalah dengan memboikot segala produk keluaran Israel dan apa-apa sahaja produk yang menyumbangkan dana mereka kepada Israel. Salah satunya, tindakan segeranya memboikot Shaklee kerana salah informasi.

“Wahai orang2 yang beriman! Sekiranya seorang fasiq datang kepada kamu dengan sesuatu khabar, maka periksalah dengan teliti.” [al-Hujurat: 6] 

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggung-jawabkan.” [al-Isra’ : 36]

Bagaimana isu ini bermula?

Mesti ada permulaan terhadap sesuatu berita kan? Kisahnya bermula dengan satu website dari sebuah komuniti Yahudi ini (Keneseth Israel) yang telah memaparkan logo SHAKLEE GLOBAL dalam list supporternya.  Nak lalui “pengalaman mengembara” sambil membuat sedikit research bersama kami? Jom!

1) klik www.kenesethisrael.com

shaklee sumbang dana kepada israel

Anda akan dapat melihat dengan jelas logo Shaklee di situ kan?

2) sekarang cuba klik pada icon logo Shaklee itu dan lihat ke mana mereka akan bawakan kita?

http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html

shaklee dana israel

3)  adakah ini web rasmi Shaklee? Itulah yang menjadi kekeliruan sebenarnya.

shaklee.com

Website rasmi Shaklee global ialah www.shaklee.com manakala website rasmi Shaklee Malaysia pula www.shaklee.com.my

4) Anda nampak tak berbezaan url?

kic.myshaklee.com dengan www.shaklee.com

Myshaklee ialah domain yang digunakan oleh independent distributor di sana.

5) sama situasi kita di Malaysia pun ada domain yang berlainan untuk website rasmi Shaklee dan independent distributor;

Di Amerika;

Website rasmi : www.shaklee.com

Independent distributor: myshaklee.com

Di Malaysia

Website rasmi: www.shaklee.com.my

Independent distribur untuk online widget: shaklee2u.com.my

shaklee malaysia
Website Rasmi Shaklee Malaysia
shaklee malaysia
Website Khas Buat Independent Distributor

Nampak macam sama kan? Kalau tidak diteliti dan difahami, memang boleh mengundang salah faham. Keneseth di sini berperanan sebagai badan komuniti yang berdaftar sebagai independent distributor Shaklee America, yang PERSONALLY telah menyumbang hasil jualan Shaklee nya kepada Israel. Jelaskan apa yang sebenarnya berlaku? Pihak Shaklee sama sekali tidak terlibat secara langsung dalam menyumbang dana kepada Israel ini.

Contoh ringkas, sekiranya saya dan independent distributor yang lain di Malaysia ini mendermakan sebahagian hasil jualan dan bonus Shaklee saya kepada Aqsa Syarif (badan kebajikan untuk menggembleng dana dan disalurkan kepada Palestin), jadi wajarkah mereka yang bukan Islam menghakimi Shaklee Malaysia menyumbang kepada Palestin?

Bagaimana pula Isu Shaklee dari Amerika?

Shaklee dimiliki oleh Roger Barnett, seorang billionaire dari Amerika Syarikat, yang juga pemilik Burberry (lebih lanjut di sini) dan beliau bukanlah seorang yang berbangsa Yahudi.

Kita harus berfikiran secara rasional, kalau mahu memboikot apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Amerika, mahukah kita juga turut sama memboikot hospital kerajaan kita kerana hampir keseluruhan ubat-ubatan dan vaksin adalah dari Amerika Syarikat. Patutkah kita memberhentikan anak-anak yang sedang belajar di Amerika Syarikat? Saya cuma mengambil kira apa yang rasional.

Suka saya nak memetik kata-kata Dr MAZA

Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan produk orang Yahudi, Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya 

Sumber: Sinar Harian

Teringat kisah sahabat Rasulullah s.a.w, iaitu Saiyyidina Uthman juga berurusan dengan kaum Yahudi dengan membeli sebuah perigi sebagai sumber air kepada umat Islam. Harga yang dikenakan pula terlampau tinggi, tetapi atas sifat dermawan dan ingin membantu kaum Muhajirin pada ketika itu, Saiyyidina Uthman tetap menginfakkan hartanya. Nampak kan? Point yang cuba saya sampaikan, berurusan dengan orang Yahudi tetapi untuk manfaat kita orang Islam.

Harapan saya semoga isu ini jelas dan kita mengambil ikhtibar untuk menyelidik dahulu sebelum terus menghukum. Dari kita terus-terusan menghukum sesama kita, lebih baik kita fokuskan apa yang lebih baik untuk meningkatkan ekonomi ummah kita. Bila kaya, macam-macam boleh kita lakukan. Nak menginfakkan wang yang banyak pun sudah tidak menjadi satu masalah. In shaa Allah. Jom kita sama-sama membantu apa yang mampu. Semoga Allah memelihara umat Islam yang dizalimi di Palestin dan memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka. In Shaa Allah, kemenangan itu PASTI derma palestin

Salam Sayang,

Vitamin Kita Shaklee

Shaklee Sumbang Dana Kepada Israel?
Tagged on:

3 thoughts on “Shaklee Sumbang Dana Kepada Israel?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge