Kolesterol sebenarnya TIDAK JAHAT. Dan percayakah anda bahawa KOLESTEROL BAIK UNTUK KESIHATAN kita?

kolesterol baik

Betulkah kolesterol baik untuk kesihatan? Bukankah kolesterol ini biasanya dikaitkan sebagai penyebab kepada risiko serangan jantung, dan seterusnya boleh meningkatkan risiko strok dalam masa yang sama? Banyak artikel di luar sana yang membincangkan hampir keseluruhan tentang keburukan kolesterol. Kolesterol itu.. kolesterol ini.. Tetapi tahukah kita bahawa sebenarnya kolesterol baik untuk kesihatan? Malah badan kita menghasilkan kolesterol untuk melakukan “tugas-tugas” penting bagi memastikan kita sentiasa sihat.

Apakah Fungsi Penting Kolesterol Terhadap Kesihatan?

Kolesterol berperanan dalam melakukan beberapa tugas penting di dalam badan kita. Kolesterol amat penting untuk menjaga dan memelihara dinding dan struktur sel badan. Sel-sel juga memerlukan kolesterol untuk membantu menyesuaikan keadaan apabila berlaku perubahan suhu dan amat diperlukan oleh sel saraf sebagai penebat.

Tanpa kolesterol, seseorang itu tidak akan dapat mengeluarkan banyak jenis hormon yang diperlukan dalam badan kita termasuklah hormon seks. Antara hormon yang terbina dari kolesterol ialah progestagens, glucocorticoids, mineralocorticoids, androgen dan estrogen.

Kolesterol juga perlu dalam badan kita untuk penghasilan “bile“, iaitu bendalir hijau di dalam hempedu (yang dihasilkan oleh hati juga dari kolesterol) yang berperanan dalam pemprosesan dan penghadaman lemak. Malah kolesterol juga diperlukan dalam penghasilan vitamin D di dalam tubuh badan kita, dengan kehadiran cahaya matahari.

Otak mengandungi sejumlah besar kolesterol berbanding organ-organ lain di dalam badan. Kira-kira 25% daripada jumlah paras kolesterol badan kita terdapat di dalam otak. Otak adalah unik kerana ia tidak dapat menyerap kolesterol daripada darah, malah perlu menghasilkannya sendiri. Kolesterol di dalam otak kita didapati dalam sarung myelin yang mengandungi sel-sel saraf, yang berperanan melindungi sel-sel dan juga membantu memudahkan penghantaran impuls yang mengawal pemikiran, pergerakan, dan perasaan (laporan dari Harvard Medical School). Besarnya alasan yang menyokong fakta kolesterol baik untuk kesihatan ini. Yang menjadi masalahnya, apabila kolesterol yang diperolehi daripada makanan membentuk plak dalam arteri, yang juga boleh menghalang aliran darah yang mencukupi ke otak. Maka di sinilah penyebab terjadinya strok.

Sumber: Livestrong.com

Bilakah Kolesterol Menjadi TIDAK BAIK?

Semakin keliru! Jika begitu banyak fungsi kolesterol untuk kesihatan badan kita, kenapa banyak kajian yang mengatakan kolesterol BAHAYA untuk kesihatan?

Jawapannya, kolesterol dan darah diibaratkan seperti minyak dan air, yang sama sekali tidak akan melarut bersama. Kolesterol adalah sebatian lemak yang tidak akan bercampur dengan darah (berasaskan air).

artheroclerosis

Apabila terlalu banyak kolesterol di dalam darah, di sini lah terjadinya plak yang terbentuk di bahagian dinding pembuluh darah kita. Semakin banyak kolesterol, semakin menebal plak yang terhasil. Penyempitan pembuluh darah ke arteri inilah yang disebut atherosclerosis yang akan menyebabkan strok dan serangan jantung.

kolesterol baik untuk kesihatan

ldl dan hdl kolesterol

Punca utama proses merbahaya ini adalah dari kolesterol jahat LDL yang akan membuatkan pembuluh darah tersumbat, manakala HDL (kolesterol baik) akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk di bawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Proses yang dilakukan HDL ini bolehlah disifatkan seolah-olah proses “pembersihan”  arteri kerana ia bergerak melalui saluran darah.

Sumber
Kolesterol Baik Untuk Kesihatan
Tagged on:

4 thoughts on “Kolesterol Baik Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge