Masalah tinggi kolesterol begitu sinonim dengan masyarakat kita. Trigger kepada penyakit-penyakit pembunuh senyap atau tiba-tiba seperti strok dan serangan jantung yang sehingga kini masih memegang takhta PEMBUNUH UTAMA di negara maju dan berkembang.

kolesterol tiggi

Apa Sebenarnya Penyebab Tinggi Kolesterol?

Ada banyak penyebab yang menyumbang kepada timbulnya masalah tinggi kolesterol dalam darah, dah sebab utamanya adalah dari MAKANAN HARIAN kita. Selain itu gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras juga menjadi penyebab utama. Sementelah lagi rakyat Malaysia memang terkenal dengan “kurang rajin” untuk bersenam atau sekurang-kurangnya berjalan kaki setiap hari.

2 Faktor Penyebab Tinggi Kolesterol

Faktor yang sukar dikawal iaitu KETURUNAN dan USIA

  • apabila ada di kalangan ahli keluarga seperti ibu dan ayah yang mengalami masalah tinggi kolesterol ini, maka kemungkinan besar si anak juga turut mengalami masalah yang sama, dengan risiko sebanyak 6 kali ganda lebih besar.
  • kolesterol di dalam badan akan cenderung untuk meningkat setelah seseorang berusia 20 tahun.  Lelaki akan mengalami risiko masalah kolesterol yang meningkat dengan begitu drastik setelah berusia 50 tahun manakala golongan wanita pula hanya mengalami risiko yang lebih besar setelah menopos

Faktor yang masih boleh dikawal

  • Makanan harian

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari, dan bagi mereka yang megalami masalah jantung pula haruslah menghadkan pengambilan kolesterol kurang dari 200mg sehari.

jumlah kolesterol makanan

Lihat carta makanan ini, anda pasti sukar mempercayai bahawa anda telah mengambil lebih 3 kali ganda dari jumlah yang disarankan. Betul tak?

  • Kurang Aktiviti Fizikal

Cuba lihatgaya hidup masyarakat kita, kurang aktiviti atau pergerakan fizikal kan? Pergi dan balik kerja memandu kereta, parking sampai ke ofis. Di ofis pula duduk di kerusi sambil ketuk-ketuk papan kekunci, sambil makan jajan, di dalam bilik berhawa dingin yang langsung tak akan membuatkan anda berpeluh. Sihatkah cara begitu?

Lakukanlah senamanatau aktiviti fizikal minimum 2-3 kali dalam seminggu selama 30 minit setiap sessi. Aktiviti yang teratur dan sesuai dengan kemampuan dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

  • Merokok

Rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya bagi kesihatan tubuh yang juga mempengaruhi sistem kardiovaskular dalam berbagai cara, termasuk menurunkan kadar oksigen dan menyebabkan kerosakan pada jantung. Dalam sebuah penelitian yang dilakukan oleh Dr. Adam Gepner dari sebuah University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, Amerika Serikat, merungkaikan bahawa rokok dapat meningkatkan kolesterol jahat dalam darah dan membunuh kolesterol baik.

  • Berat badan berlebihan

berat badan dan kolesterolSeseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan sebenarnya menyimpan lemak dan kalori yang banyak di dalam badan. Dan berat badan yang berlebihan juga mengakibatkan banyak penyakit merbahaya. Semakin banyak lemak dan kolesterol terkandung di dalam darah, semakin berisiko untuk menghidap pelbagai penyakit maut. Namun begitu, tidak semestinya orang yang kurus tidak mempunyai masalah tinggi kolesterol ye.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Penyebab Utama Masalah Tinggi Kolesterol
Tagged on:                 

One thought on “Penyebab Utama Masalah Tinggi Kolesterol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge