Awas!! Elak Ketika Sahur | Tidak semua yang anda lakukan itu baik untuk kesihatan anda. Harus berhati-hati dan ada perkara yang mesti di elak ketika sahur!

Alhamdulillah, diam tak diam Ramadhan kembali lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan Kareem ini sekali lagi. Semoga kita mendapat keberkatan dariNya. Dan semoga Ramadhan ini juga lebih baik dari Ramadhan sebelum-sebelumnya. In Shaa Allah.

Ramadhan sebenarnya bulan terbaik untuk kita ‘merehatkan’ perut juga proses detoks yang baik terhadap tubuh badan. Menurut buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah s.a.w,

Bagi orang yang berpuasa, kekurangan pengambilan makanan menyebabkan metabolisme dan bekalan tenaga menurun. Bagi memenuhi keperluan tenaga, badan melakukan autolisis atau pemecahan sel-sel. Oleh sebab sel lemak adalah sel yang paling berkesan menghasilkan tenaga, maka sel-sel lemak dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak mengandungi toksid seperti DDT. Apabila sel pecah, toksid itu dikeluarkan daripada tubuh. Inilah yang dinamakan proses detoksifikasi.

Berbeza dengan waktu berbuka, waktu sahur adalah lebih susah untuk kita makan. Bangun awal pagi dan terus makan. Ada yang mengambil kesempatan makan cuma makanan kegemaran yang boleh membuka selera tanpa mengambil kira faktor-faktor tertentu. Awas! Anda harus berhati-hati dengan perkara yang harus di elak ketika sahur.

elakkan

Elak Makanan Bergoreng dan Berlemak

Makanan bergoreng dan berlemak mengandungi banyak kalori tetapi tidak sihat kepada tubuh badan kita. Ia boleh menyebabkan kita cepat penat ketika berpuasa. Makanan berlemak sukar untuk dicerna sehingga boleh menyebabkan kita terasa senak atau kembung.

Makanan yang bergoreng juga akan menyebabkan selera kita turut meningkat dan mendorong kita untuk makan dengan lebih banyak.

Elak Makanan Mengandungi Banyak Garam

Makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi seperti jeruk, ikan masin, sos, kerepek, dan telur masin akan mengakibatkan kita lebih haus ketika berpuasa. Risiko untuk kekurangan air akan lebih tinggi dengan pengambilan kumpulan makanan ini.

Elakkan Makanan Terlalu Manis

Mengambil makanan tinggi gula akan mengakibatkan glukosa di dalam darah naik secara cepat dan dalam tempoh beberapa jam kandungan glukosa dalam darah juga akan menurun dengan cepat. Akibatnya, anda mudah terasa lapar dan kehausan walaupun baru beberapa jam mengambil sahur.

Elak Mengambil Minuman Mengandungi Kafein

Minuman berkafein bersifat diuretic iaitu tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa. Tetapi hakikat dan kebiasaannya kita lebih gemar mengambil kopi sewaktu sahur kan?

Elak Minum Banyak Air

Kedengaran agak pelik, kan? Kita selalu beranggapan waktu sahur harus minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi sewaktu berpuasa di siang harinya. Tetapi ini sama sekali tidak tepat! Waktu yang baik untuk minum banyak air ialah berterusan dari selepas berbuka sehinggalah waktu bersahur. Minum air dengan banyak sekaligus sewaktu bersahur akan menyebabkan anda lebih cepat kenyang dan kurang makan. Bukan itu sahaja, minum air yang lebih banyak juga akan menyebabkan pundi kencing cepat penuh dan ini akan menyebabkan anda cenderung untuk buang air kecil dengan lebih kerap.

Dahlah kurang makan disebabkan cepat kenyang, hilang banyak air pula kerana kekerapan buang air kecil. Risiko untuk anda mengalami dehidrasi akan lebih tinggi.

Elak Tidur Selepas Sahur/Subuh

“Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap hari/pagi untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.” ~ Dr Zubaidi

Semoga bermanfaat untuk semua,

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Awas!! Elak Ketika Sahur!
Tagged on:

3 thoughts on “Awas!! Elak Ketika Sahur!

  • 3 July 2014 at 11:32 PM
    Permalink

    yang akhir tu memang fail skang, kekadang masa baca yassin pun tersengguk-sengguk..tgk afiq tidur, ngan sy pun tertidur sekali..padahal dah mandi tu..

    mata..oh mata..
    tutyrahiza recently posted…Atasi Kolesterol Dengan MudahMy Profile

    Reply
    • 4 July 2014 at 12:46 AM
      Permalink

      hihihi… betul tu tuty.. tp kalau tgk yang kena elak-elak ni.. yang tu jugak yang kita selalu buat.. pagi2 nak sahur telur goreng mata ngan ikan masin jugak la sedap.. pastu minum kopi.. hehehe.. byk rupanya kena improve ni..

      Reply
  • 8 July 2014 at 5:18 PM
    Permalink

    Good info Yana. Selalu lepas Subuh tidur balik je, rupanya lagi buat kita letih.

    Reply

Leave a Reply to tutyrahiza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge