Tekanan darah tinggi atau hypertension merupakan “silent killer” atau pembunuh senyap kerana serangannya tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit belakang mahupun sakit gigi. Sekiranya tidak dicegah atau dirawat (bagi yang telah mengalami masalah ini), ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia. Jadi amatlah penting untuk kita sentiasa berjaga-jaga dan kawal tekanan darah setiap masa.

bahaya darah tinggi
Komplikasi kesan dari masalah tekanan darah tinggi yang tidak dirawat

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keturunan keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

tekanan darah tinggi
Panduan tekanan darah dari WHO
  • Tekanan darah yang normal dan sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg  pula digunakan sebagai penanda aras bacaan untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat

Saya kongsikan di sini 12 tips untuk kawal tekanan darah kita. Semoga bermanfaat untuk semua.

tips tekanan darah

  1. amalkan mengambil daging (daging merah), ayam atau itik dari bahagian tanpa lemak dan telah dibuang kulitnya. Ya, elakkan memakan daging ayam, itik atau burung tanpa membuang kulitnya terlebih dahulu.
  2. tingkatkan pengambilan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang dalam diet seharian anda
  3. kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa hydrogenated
  4. kurangkan pengambilan manisan atau gula-gula tidak lebih dari 5 kali seminggu sahaja
  5. kurangkan pengambilan makanan atau minuman dengan gula tambahan (seperti air tin, jajan, dan sebagainya)
  6. amalkan produk tenusu bebas lemak atau 1% rendah lemak
  7. kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi dalam diet seharian
  8. Berhenti merokok! Sekiranya anda masih merokok sepanjang hari, tekanan darah anda akan berterusan meningkat dan amat mustahil untuk mencapai tahap yang normal
  9. Hadkan pengambilan alkohol (haram bagi umat Islam). Pengambilan alkohol akan meningkatkan tekanan darah dan juga mengurangkan keberkesanan ubat darah tinggi yang dibekalkan doktor.
  10. sentiasa berhati-hati dengan pertambahan berat badan. Kurangkan berat badan anda!
  11. lebih 50% mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi adalah dari golongan yang berlebihan berat badan. Amalkan senaman ringan yang berterusan setiap hari seperti banyakkan berjalan, berenang, mengayuh basikal dan apa sahaja aktiviti harian yang dapat membantu anda mengeluarkan peluh.
  12. tekanan darah tinggi selalu berkait rapat dengan STRESS. Cuba untuk sentiasa bertenang dan mengawal pernafasan setiap kali anda merasakan diri dalam keadaan tertekan. Mungkin boleh mencuba sesuatu yang lebih relax seperti yoga, bermain dengan haiwan peliharaan, atau apa sahaja hobi yang boleh membantu anda menghilangkan tekanan.

Kita harus sentiasa berwaspada dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah untuk memantau tahap kesihatan kita. Segera bertindak sekiranya tekanan darah mula meningkat dan pencegahan awal adalah lebih baik dari merawat.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Mahu Mencuba Mengawal Tekanan Darah Anda Dengan Shaklee?

Anda mungkin boleh mencuba Ostematrix, B Complex dan Omega Guard (set asas) . Nak kan detail yang lebih? Baca di sini

Nak Order Sekarang Set Darah Tinggi Shaklee?

Klik di sini! Dan sila hubungi kami selepas itu untuk tujuan konsultasi, dengan hanya memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

set darah tinggi shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

12 Tips Kawal Tekanan Darah
Tagged on:                     

3 thoughts on “12 Tips Kawal Tekanan Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge